Selasa, 20 November 2012

What Makes Me Confident : Pre-Amble

As Salam semua

Aku dapat idea ni dalam bilik mandi. Apa punya tempat lah. Tapi aku memang pernah dengar orang kata, bilik mandi aka bilik termenung memang tempat mendapat ilham. Ah! Persetankan dimana aku dapat ilham ni. As long as it is idea, i will share it with you guys! ;) Don't worry ok. 

Eh, back to top. Kau baca tajuk entry aku kan? Kau rasa apa yang bakal aku tulis? Siap pre-amble and coming soon berchapter bagai kan... hehehe. Lantak lah. Ok, actually bila aku baca blog-blog perempuan yang lain, mesti ada tips kecantikan, produk review and maybe some tutorials how to make up or whatever yang berkaitan dengan kecantikan. My blog? Naaa... ada 1-2 je. Baru beberapa hari lepas je aku upload pasal tu ubat mata tu. Well definitely, bila baca blog bloggers cantik sapa tak kagum kan. I'm really impressed with their beauty. Seriously! And then yeah for surelah akan ada conflict dalaman dalam diri aku yang kata... "alaaa dorang pakai benda sikit-sikit pun cantik, sebab memang cantik. tak payah nak full-makeover bagai! Aku ni, letak tepung gomak sekilo pun belum tentu cantik!" Haaa...ada tak yang terasa atau terfikir macam tu masa baca entry-entry kecantikan mereka??? Cepat angkat tangan! Hehehehe.... 

Well, my dear lovely friends.... 

Stop to thing like that. Self-reminder too. Sebabnya, ni haa aku belajar dari kawan bilik aku, Qeela. "Fateen, everybody had their own way to be beauty and you must remember, beauty is in the eyes of the beholder!" kata minah Kelate yang cakap dia Masya-Allah super lemah gemalai dan mempesona. 

Aku angguk lah pelan-pelan. Cuba mencerna satu persatu ayat dia. Yerp, betul! Betul! Buat apa nak compare diri kita dengan orang lain. Tak kan lah orang gemuk macam aku sesuai untuk dress up macam orang kurus buat hanya kerana mata kita kata pemakaian dia cantik. Itu cantik di badan dia kan. Vice versa! Dan sayang-sayang semua.... Hello!!!! Tak semua orang kurus tu cantik tau! Sebab apa? Sebabnya kecantikan itu hak milik setiap insan. Hahahahah kan dah keluar tagline Becky M. Leogardo. Pengasas kosmetik BML dulu tu.... 

Dan disebabkan itulah aku beranikan diri untuk came-up dengan entry ni. Tapi tak nak lah  letak tajuk entry as.... "TIPS KECANTIKAN bla-bla-bla" ataupun "PRODUK YANG SAYA PAKAI UNTUK CANTIK bla-bla-bla" atau pun "NAK CANTIK CARA SAYA bla-bla-bla". Secara tersiratnya *ewah* tajuk entry macam tu boleh menyaiko *read as men-psycho* orang lain. Yep, memang niatnya untuk share our produk yang diguna but sometime others will intepret differently. Maybe they think that "KALAU NAK CANTIK, KENA IKUT MACAM SIPOLAN  TU, KENA BELI APA YANG DIA PAKAI, KENA DRESS UP CARA DIA and so on!" . No-no-never! Just be yourself. This is just a suggestion. Maklumlah, paranoid kan dengan kecantikan. Tapi janganlah sampai macam tu. Ikut kemampuan kita. Ukur baju kat badan sendiri. 



Kau cakap dengan aku, perempuan mana yang tak nak cantik? Mana??? Aku yang so-so je cantik ni pun nak jadik cantik. Sebabnya, keacantikan itu membawa kepada banyak benda yang membahagiakan. Membawa kepada personaliti, keyakinan, body language, malahan kepada jodoh juga! But you must think wisely! Don't ever compare yourself with others. It just bring you down! Terima seadanya apa yang diberi ni okey, sayang! 

So, I turn out the title. And hope everybody will get what my message is and let all of you shine, beauty and confident just the way you are! Get it.... ??? 

Ehem-ehem. Confident, confident jugak, tapi jangan sampai jadi riak ye! Nauzubillah! 

Kawan-kawan yang selalu tulis produk review, teruskan ye... sebab saya memang suka baca entry anda. Anda memberi inspirasi pada kami semua, termasuk saya!!! ;)




p/s: Ah-ha... Manusia adalah sebaik-baik penciptaan Allah. Syukur dengan apa yang ada. Kalau kita menyesal, samalah kita menyesal dengan kurniaan siapa??? *bagus....jawab sendiri ye!*






0 komentar:

Posting Komentar


Top