Rabu, 21 November 2012

Cinta Buku Lagi Pt. 3

As Salam semua

Selesai segala urusan di fakulti, Piqa room mate aku masa second year ajak lunch sama. Memandangkan ada kelas yang batal dan telah diganti sebelum cuti jadi secara harafiahnya, yeay!!! I'm free. Plan punya plan, Mid Valley je lah yang paling hampir. Nak merantau jauh sangat kang nanti fulus keluar macam air paip pulak. Haih! Hidup di KL ni, duitlah jadi musuh utama kan. Grrrrr.....

Proceed. Lepas lunch kat Noodles Station Piqa terpaksa pulang ada kelas. Aku pulak yang tak berapa nak puas meronda Mid *padahal dah boleh hafal setiap ceruk dah* meneruskan niat ke MPH Bookstore.  Aku memang pantang sebenarnya nampak kedai buku. Entah sejak bila. Sebab memang masa kecik lagi, kalau aku nampak kedai buku tak pun kedai stationary, menggeletik aku ni lain macam je. Time tu rasa macam masuk syurga sekejap. 

tiga jam pantas berlalu

Belek punya belek. Dekat tiga jam jugak rupanya aku spent masa kat situ. Kalau pergi sana, aku memang ada port baik punya untuk aku menyorok sikit, bawak lah 3-4 buah buku untuk buat pre-reading. So far Alhamdulillah takde lagi kena halau dengan pekerja MPH ke hape. So kiranya tempat aku tu selamat lah. Walaupun atas kepala je CCTV. 

Empat  buah buku yang setelah melalui proses Pre-Reading aku berkenan sangat-sangat. 

1. CERPEN by NADIA KHAN (Fixi Novel) ---- Harga : RM 18.90


Sejak aku baca Novel Kelabu, Nadia Khan menjadi penulis kegemaran aku selepas Ahadiat Akashah. Dan daripada dia lah aku terus meminati kesemua novel keluaran Fixi yang dah pun ada dalam tangan. Cerpen merupakan buah tangan terbaru Nadia Khan yang sangat epik. Menggabungkan cerpen-cerpen tebaik NK yang pernah memenangi banyak anugerah. Kau bayangkan lah, aku buat pre-reading je kat buku ni tahu-tahu dah dekat 50 helai aku selak satu per satu isinya. Tak sedar pun manusia melintas, tak sedar pun masa ber tik-tok-tik-tok. Punyalah syiokkkkk!!! Cerpen pertama dia je dah memang superb. Dan disusuli dengan banyak cerpen yang memang umph. Kau bacalah sendiri. Lagi-lagi tu... "Kopi, Adele dan Bubur Ayam McD". 

Rating : 4 / 5 BULAN & BINTANG 




2. BERSYUKUR SAAT DIUJI by MUHD KAMIL IBRAHIM ( Galeri Ilmu ) 
---- Harga : RM 22.00



Motivasi. Yes, unsur yang sangat aku suka. Somehow dalam hidup ni memang kita kena disogok dengan motivasi dan nasihat. Barulah hidup ni tak terlalu menyasar. Prof. Muhd Kamil Ibrahim, aku kenal sejak ayah aku menjadi peminat Travelog Haji, buku pertama beliau lagi. Aku tak pernah baca pun buku tu. Ayah aku memang dikeleknya je buku tu kemana saje. Tapi, yang aku tahu ayah aku cerita Prof adalah  seorang yang sangat humble walaupun berpangkat dan berpendidikan tinggi. To be honest, at first aku nak hadiahkan buku ni pada ayah aku sebab ye lah, semua tahu kan sekarang ni kami sekeluarga sedang diuji. Kira bertepatan sangatlah dengan tajuk buku tu. Tapi masa aku buat pre-reading which is the first time aku baca hasil tulisan Prof, aku tertarik. Beliau gunakan daya pemerhatian yang sangat hebat untuk digest setiap hikmah kejadian. Beliau menghargai setiap benda yang berlaku dalam hidupnya dengan penuh positif dan penyerahan kepada Ya Rabb. Skill itulah yang cuba aku gunakan dalam hidup sekarang ni. Skill memerhati dan belajar daripada orang lain. Terus aku tak fikir panjang. Beli!

RATING : 5/5 BULAN & BINTANG 


3. THE ZAHIR by PAULO COELHO (Harper) ---- Harga : RM 34.90


Sejarah & Konflik dalam perhubungan suami isteri dan perhubungan zaman perang dulu. Aku peminat novel sejarah. Last novel sejarah yang aku suka dan baca adalah 1511. Karya Faisal Tehrani. Superb. Yang ini pulak menarik minat aku masa pre-reading sebab konflik hubungan suami isteri tu yang mana akhirnya kita sedar yang dalam segala masalah ada penyelesaian dan kasih sayanga dalah penyelesaian yang terbaik. Penggunaan perkataan Bahasa Inggerisnya masih lagi aku dapat faham tanpa perlu merujuk kamus, kiranya bukan Queens English lah. Ayat yang direct dan sesuai untuk belajar bahasa Inggeris. 

RATING : 3/5 BINTANG



4. THE FAMILY WAY by TONY PARSONS (Harper) ----- Harga : RM 39.90


Family ladies. Ah-ha. Itu naluri aku. Keluarga paling penting dalam apa juga cara dan masalah. Sebab tu aku sanggup 2 minggu sekali balik Johor semata-mata nak pastikan mak dan ayah aku terjaga. Aku suka novel ni sebabnya aku masih terpengaruh lagi dengan Novel "Teusday With Morrie" yang mana salah satu gist cerita tu mengenai betapa pentingnya family dalam kehidupan. Dan aku terus beli novel ni. Came up dengan konflik antara suami isteri kerana masih belum ada anak, kisah emosi dan konflik seorang perempuan yang sayangkan baby tetapi tak mencintai bapa baby tu dan akhir sekali konflik seorang wanita yang punya segalanya dalam hidup, kerjaya, duit, paras rupa, pendidikan tapi adakah tanpa 'keluarga' dia masih bahagia??? See. Kau nampak tak semuanya cerita yang sama dengan cerita yang kita hadapi setiap hari. That's why aku beli novel ni. ;) 

RATING : 3.5/5 BINTANG 




Melalui pembacaan lah kita dapat timba ilmu. Memang betul, buku itu jambatan ilmu. Ilmu yang bermanfaat akan membawa kita kepada kebahagian dan pastinya ke syurga juga. Insya-Allah. ;)




P/S 1: Bulan & Bintang = SUPER DUPER BEST (recommended)
           Bintang  = SUPER BEST (takde paksaan)

P/S 2 : Untuk Cinta Buku part sebelum-sebelum ni, korang taip je keyword "BUKU" pada ruangan search kat atas tu, maka muncul semuanya.




0 komentar:

Posting Komentar


Top