Selasa, 13 November 2012

Benci Merah Jambu

As Salam semua

Dulu lah kan, lebih kurang 10-15 tahun dulu kalau korang tanya aku warna apa yang aku tak suka aku tanpa fikir tiga empat kali laju je sebut  warna pink. Reason? Entah. Takde reason spesifik. Cuma masa tu aku kalau nampak pink, aku rasa warna tu macam terlalu perempuan. Tak sesuai kot dengan peribadi aku yang kononnya on that time macam kasar sikit. Kehkehkeh. Sikit je lah kasarnya. Sekarang dah lemah gemalai dah... Pfft...



Tapi, jangan terperanjat. Sekarang ni bila dah besar feeling pada pink tu dah lain jadinya. Yeah, still don't have any reason. Sekarang ni, mata aku macam boleh terima pulak warna pink. Dalam banyak-banyak pink, aku suka dusty pink, pastel pink atau pun lavender pink. Hamek kau! Banyak kan namanya. Kehkehkeh. Maybe ramai antara kita yang confuse. Apa beza warna semua tu. Bukan semuanya pink ke??? Yes, basically semua pink. Tapi tak serupa.

1. DUSTY PINK

Dusty pink ni pada aku lah memang sesuai untuk mereka yang berkulit sawo matang. Mereka yang berkulit putih melepak kalau pakai colour ni mungkin akan nampak sedikit pucat. Bukan tak boleh, tapi pucat sikit lah. Namun yang penting, those pakai colour ni mesti nampak ayu dan lembut. Sebab colournya akan reflect bila pencahayaan bagus. Aku tengok sekarang banyak jugak pengantin gayakan dusty pink ni dan dicombined dengan silver, brown dan gold. Cantik sangat!!!






2. PASTEL PINK

Yang ini memang kegemaran ramai wanita. Termasuk aku. Tapi aku cuak sikit nak pakai. Sebab aku tak berapa nak cerah. Saturation tinggi. Colour ni memang paling padan di pakai oleh mereka berkulit cerah. Yang kulit gelap pun sesuai jugak. Cuma kena pandai match dengan other colour lah. Tak boleh the whole colour pastel pink. Nanti nampak suram. Lagi satu, those yang suka this colour for lipstick... hati-hati ye. Sebabnya effect pastel pink pada bibir jika tersalah gaya akan menyerlahkan kekuningan gigi. Untuk wedding, oh memang selalu colour ni diketengahkan dan diadun dengan tiffany / baby blue. Sweet!








3. LAVENDER PINK

Last sekali Lavender Pink. Lavender Pink ni memang comel tapi nampak lebih garang. Sesuai dipakai oleh semua. Tak kira kulit cerah, sawo matang mahupun gelap. Colour ni dipakai untuk night dress sangat cantik dan klasik colournya. Sebab dia ada sense of exclusive. Colour lavender pink ni sangatlah menyerlah jika digayakan dengan warna putih ataupun krim yang minimalis. Lagi bertambah eksklusifnya.




Dan the current fact yang aku tahu adalah, selain warna putih Rasulullah juga suka warna merah jambu. Malahan dari segi psikologinya, warna merah jambu dikaji sebagai warna yang melambangkan sifat seorang yang romantis, penuh hormat, ayu dan kepasrahan. Bagi seorang jejaka pula, mereka yang pakai warna pink bukanlah sepatutnya dilabel sebagai lelaki lembut mahupun gay tapi menurut psikologi, lelaki yang mengenakan warna pink adalah lelaki yang pengemas, romantis, bertanggungjawab dan lebih maskulin sebenarnya. Tapi janganlah tibai hari-hari pink. Tu hovvvverrrrr namanya!

Untuk aku, so far ada beberapa benda yang berwarna pink yang aku miliki.

tanpa disedari, dusty pink stuff banyak jugak aku ada ;)

dan nampaknya macam ada lah satu dua pasang baju pink dalam wardrobe. Heheheh. Cuma berani atau tak je aku pakai. Tengoklah, kalau kena gaya dan rasa macam nak feminin sikit.... tak salah aku cuba pink kan? Yer, kita sedar kita tak berapa cerah. Hehehehe....





p/s: sedar tak yang hati manusia juga boleh berubah.....



0 komentar:

Posting Komentar


Top