Sabtu, 01 September 2012

Macam Dah Kenal Lama!

As Salam semua

Selamat Hari Merdeka, Malaysia!  Belum terlambat kan. Baru lepas dua hari je. Proud to be Malaysian. Moga kemakmuran dan keharmonian negara terus kekal dalam tangan muda-mudi pejuang bangsa. Lupakan sengketa, kekalkan merdeka!

apasal jari lentik sangat tu! FAILED. 

Okeh, habis cerita merdeka.

Sambung balik eh, entry pasal raya. Raya kali ni memang agak seronok untuk aku dan keluarga. Sapa yang missed my older entry pasal raya, KLIK SINI aje. Tahun ni, raya ada special sikit buat aku. Sebab tahun ni, ada seorang blogger cantik, Cik Puan Bunga  datang beraya rumah aku. Fulamak. Memang terharu lah. Dari bulan Ramadhan lagi masing-masing dah merancang untuk menemukan dua keluarga. Yelah, asyik kita je yang kenal-kenal. Family bila lagi kan. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. 

Start dari hari dia munjung tu, kiteorang dah janji untuk datang beraya. Mula-mula plan tunggu CPB datang rumah aku dulu, tapi malangnya suami CPB tak dapat cuti jadi kebetulan hari tu aku nak ke Yong Peng untuk ziarah keluarga, terus plan nak singgah rumah CPB jugak. 

Pandai nampak CPB cover belakang aku! Ceit. 

Kedatangan kiteorang disambut sangat-sangat mesra oleh keluarga CPB. Mak, ayah, adik semua ada. Paling 'mesra' Adam Irfan Xaharis lah. Anak bujang CPB. Alhamdulillah syukur jugak, sebab nak cari rumah CPB tak susah mana pun. Ayah aku kan macam navigator. Semua ceruk pelusuk kampung dia tahu. Kacang goreng je rumah CPB ni. 

Aku dengan CPB tak payah ceritalah, memang dah kepochi kau letak mana pun jadi. Rupanya bukan kiteorang je kepochi, mak dengan ayah kiteorang pun sama naik. Ayah CPB sporting sangat melayan ayah aku yang suka tanya itu ini. Dorang punya cerita lagi universal. Dari zaman penjajah sampai zaman sekarang. Kejap-kejap ketawa, kejap-kejap mengekek masing-masing. Eh, seronok je tengok. Macam tu jugak dengan mak aku dan mak CPB. Dah macam satu keluarga dah kami. Segan sikit-sikit je kami ni. Heheheh!

Kaum bapak pun kepochi jugak rupanya. 
Oh, oh, tak sangka pulak... Embun Nazura, adik CPB masakkan kami Seafood Spaghetti. Kalau nak harap CPB, emmmm dia kata dia kureng sikit bab masak. Sabar je lah. Hehehehe! Uisssh, lazat woh spaghetti di Aidilfitri. Tapi pasal malu, makan sekali je. Tak tambah pun.... Lepas ni, sapa nak cari bini, cari macam Embun Nazura tau. Pandai masak, ayu, sopan gitu. Kalau kakak dia. Hmmmm... hmmm...hmmmm... jawab sendirilah. Kehkehkeh

Hasil tangan Embun Nazura. CPB pandai masak sambal telur ajer! 
Kat rumah CPB jugak, tak sangka dapat jumpa dengan salah sorang readers blog aku. Mula-mula tu dia macam malu-malu je nak tegur, dah nak balik tu baru dia bagitau yang dia selalu masuk blog ni. Eh, eh, terperasan femes ames sekejap kita. Heheheh. Thanks Ziera

Bride-to-be. Ehem!
Lepas dah makan semua, camwhore itu sudah pasti. Tinjau-tinjau lah kawasan rumah CPB. Huisssh besar kawasan rumah dia! Siap ada pondok, ada meja lepak depan rumah, ada taman, memang terasalah suasana kampung tu kat rumah CPB! Seronok je rasa. 

CPB kena buli. Limited edition ni. 
Anak jawa 
Semua melayan Adam. Bujan sorang-sorang kan
Diam tak diam, tau-tau dah lebih sejam kiteorang meronggeng rokiah dekat rumah CPB. Tu lah, budak bandar, sekali jumpa kampung, jumpa parit, jumpa tanah lapang, jumpa pondok macam terkesima sekejap. Mula lah membayangkan kenikmatan dan kesejukan suasana kampung. Lagi-lagi musim raya, kampunglah tempat paling meriah kan! Haih, mengidam betul nak rasa suasana kampung yang damai permai.

Sebelum balik, haruslah bermaafan dengan tuan tanah. Mintak halal makan minum, kasar bahasa, tepuk tampar mana-mana. Dah dua-dua mulut kepochi, mesti punya ada sentap-sentap kat hati ni.

EPIC OF THE YEAR!
Kau tengok, epik sungguh gambar ni. Kau nampak kan, CPB memang pembuli sejati. Muka gangster tak ingat dunia. Kehkehkeh. Kak Long sangat rupanya. Mintak cium tangan bagai. Padahal, dia lagi banyak buat dosa dengan aku. Hahahaha! Dah dekat rumah dia, boleh lah tunjuk eksyen. Cuba buat perangai kat rumah aku. Siaplah kau kak! Kehkehkehkeh.

Tulah, bila difikir balik, aku dengan CPB bukan sapa-sapa. Hanya sekadar teman blogger. Bukan saudara, apatah lagi geng zaman remaja. Tapi, itulah kehendak Allah. Menemukan dua hati, dua keluarga menjadi saudara. Syukur Ya Rabb atas sillaturahim ini. Moga ianya kekal sampai ke alam sana. Moga ukhuwah ini mendapat barakah dan redha-Mu jua.



p/s: Tunggu CPB update blog ni gamaknya....




0 komentar:

Posting Komentar


Top