Minggu, 30 September 2012

Sophie Paris for Shopaholic!

As Salam semua

Ini post tertunda. Lebih kurang 2 minggu jugak aku tunda. Insya-Allah lepas ni dah takde dah tunda-tunda. Ada kelapangan, laju je aku kasi up entry. 

Last two weeks, aku berkesempatan ke butik Sophie Paris dekat PJ. Agak tersorok jugak butik dia. Bersebelahan Menara AmCorp. Well, macam korang... this is my first time dengar brand ni. Tapi, jangan down-grade dulu. Tak kenal maka tak cinta kan. 


Butik dia sangat cantik ye sayang-sayang kaki shopping semua! Sangat awesome, sampai kau rasa kau tengah shopping dekat Kota Paris! Wow!!!! Tak caya? Meh aku tunjuk sikit.






Yes, pilihan bag dekat sini sangat banyak dan menawan qalabu ye. Jangan risau, harganya berpatutan. Design pulak memang trendy. Rambang mata aku dibuatnya. Untuk pengetahuan, SP ni menjual pelbagai jenis aksesori lelaki dan perempuan. Beg tangan, tudung, dompet, baju, shawl, jam tangan, beauty product dan banyak lagi. Korang boleh usha page dorang disini





Haaa terliur tak? Tergoda mengada-ngada tak? Baru dapat gaji kan? Poket penuh kan? Bukan korang je rambang mata, aku sekali meroyan masuk situ. Pegang itu nak. Pegang ini nak. Haish pakal je, duit tak berapa nak meriah. Kalau tak dah borong dah... hehehehe. 

beauty product.
yang tiub warna oren tu, mask. sangat best dipakai. nanti ada masa aku review lah.

ini aku rembat. harga RM 98. 


Memang puas hati beli barang dekat situ. Feeling lah sekejap macam dekat Paris kan. Nanti ingat bila-bila nak try beli perfume dia. Macam best je. Wangi pun boleh tahan.... kumpul duit dulu.


p/s: shopaholic, try this ok!


Jumat, 28 September 2012

Gampang. #UM Mock Trial 2012

As Salam semua

FESKUM, Festival Konvokesyen UM bakal berlangsung minggu depan. Yeah, semua orang tengah excited. Lagi-lagi bakal graduan. Tapi bagi aku, excitednya FESKUM adalah disebabkan MOCK TRIAL. Yeap, MOCK TRIAL.

Eh, tak tahu MOCK TRIAL tu apa? To be simple, ia adalah sebuah pementasan perbicaraan dalam mahkamah yang memaparkan kronologi sesebuah kes. Tapi yang syok bukan dalam keadaan serius. Dalam keadaan yang super duper lawak!  Sepatah kata Matthew, Head of Publicity MT2012 adalah 

"Tujuan Mock Trial ni dipersembahkan adalah untuk memperkenalkan prosedur dan cara sebuah perbicaraan kes dijalankan di mahkamah, di samping menghiburkan hati para penonton. Kitorang menggunakan cara yang santai dan lawak untuk mendedahkan proses mahkamah dan kehakiman kepada khalayak ramai demi merakyatkan undang-undang."

Tiap-tiap tahun, kalau FESKUM memang event ni lah yang menjadi Hot Seats. Kes yang dipaparkan sangat-sangat menarik, mengujakan dan penuh dengan kejutan. Kiranya macam korang tengok Live show untuk sebuah kes penyiasatan. 




2012, dengan tajuk GAMPANG, UM Mock Trial memaparkan sebuah kisah berkisar....



Seorang doktor telah dituduh melakukan satu pembunuhan kejam terhadap seorang wanita yang sedang mengandung 5 bulan. Hasil bedah siasat, mangsa dipercayai mati kerana kehilangan terlalu banyak darah akibat daripada, tikaman di tekak dan ditambah pula dengan belahan di bahagian perut berkepanjangan 10 cm, dengan menggunakan objek tajamMayat mangsa pula ditemui disuatu kawasan lain, iaitu ditanam dalam tong dipenuhi dengan simen di Lot 7 kawasan pembinaan perumahan Budu Residence yang dimiliki oleh Puncak Moh Besa Berhad. Disamping itu terdapat beberapa calaran dan kelaran di bahagian muka dan bahu mangsa hasil daripada bedah siasat yang sama.Bayi didalam kandungan mangsa dipercayai telah dikeluarkan dan direntap dengan kuat dari rahim mangsa, dan dipercayai dipotong dadu serta dikisar dengan menggunakan pengisar berkuasa tinggi berjenama Toyoshita yang ditemui di dalam makmal 7 aras 6 Hospital Karamsya, Ulu Kerang, Kuala Lumpur.


Haaaa... apa korang rasa??? Seram tak seram tak? Tu baru sikit tu. Kang kalau bubuh banyak-banyak ada yang tak tidur malam. Nak tahu lebih lanjut, kena datang sendiri saksikan UM Mock Trial 2012.


Well, maybe ada yang tertanya-tanya, sedap sangat ke Mock Trial UM ni??? Sabar-sabar, ni meh aku tunjuk ni. Bukan calang-calang orang tau peminat kami. Selalu korang yang minat dia kan, la ni dia minat UM Mock Trial jugak tau!


Nak datang? Silakan....untuk apa pertanyaan mengenai tiket korang boleh call dua nombor di bawah ni. Atas permintaan ramai, mereka sediakan 48 Hot Seats ye... Nampak tak nampak tak, macam goreng pisang panas ye tiket mock habis terjual! 



Tak dapat datang? Tiket habis? Don't worry... Show us your support dan dapatkan t-shirt ini.... Style sangat! 

Aku pulak yang exited. UM Mock Trial memang tak pernah menghampakan aku. Yang pasti GAMPANG akan menggegarkan malam-malam anda!



p/s: Tahun ni Hamis Jalikha datang tau.....



Palsu

As Salam semua

Tak sangka pulak aku rupanya kes yang aku kena tu, bukan aku sorang. Rupanya ramai lagi blogger yang seangkatan yang turut ditampar. Sapa tak panas hati kan kalau blog milik kau, yang menjadi sumber inspirasi, diari luahan suka duka hati kau orang kutuk. Kalau kutuk senyap-senyap atau personal takpe. Ini kutuk terang-terang. 

Actually, aku ada terfikir jugak memang sahih ke budak tu yang tulis comment macam tu kat blog aku? Ye lah kan, hati manusia mana sama. Sedangkan rambut jugak lain kaler. Tapi tu lah... terlajak perahu boleh undur, terlajak kata badan merana.

Akhirnya, sangkaan aku tepat belaka....

The owner of the blog buat kenyataan yang menafikan komen yang diberikan di shoutbox aku semalam bukan dia punya.... SILA BACA SINI

So, kalau dah dia kata bukan dia.... aku pun takde masalah nak maafkan. Sebab bukan dia kan dia kata.  Tak kan aku nak cakap tuduh mati-mati kata dia yang buat. Tak tahulah, jembalang mana yang dah advanced pandai guna internet dan berblogwalk bagai... 

To Tyrra, kalau itu bukan awak, akak syukur sangat-sangat. Akak pun mintak maaf, since I'm a lil bit harsh with you dear. Ye lah, kalau awak di tempat akak pun akak rasa awak melenting kan... so sama-samalah kita mintak maaf. Kita doakanlah orang yang buat pedajal kat nama awak tu berhenti dan mintak maaf pada awak!

and finally....


To that haters yang penakut lagi pengecut....

You are NOTHING for me and please STOP you super duper silly comment!




Terima kasih ;)



p/s: Case closed! 

Selasa, 25 September 2012

Ditampar

As Salam semua

Mula-mula niat di hati aku nak update pasal benda yang baik-baik. Yang menyenangkan hati malahan menenangkan jiwa. Tapi tu lah, memang wujud orang yang tak boleh tengok orang lain senang. Kalau korang perasan, quiet long jugak aku tak update blog dan beronline. Keterbatasan WiFi membantutkan segalanya. Than, hari ni aku baru nak online dan update blog since I've bought something to make my life more easy suddenly someone post this at my blog...



Well, what do you think? Hurmmmm.... marah? Sedih? Suka? Bangga? Geram? Tak pelah. Itu opinion dia. Masing-masing ada pendapat sendiri kan. Nak suka atau tak suka, itu semua pilihan dia. Mungkin di mata dia, blog aku sebegitu. Tapi di mata aku, blog yang buruk ni dah cukup membanggakan aku. 

Cuma, aku rasa Tyrra kena belajar sikit lagi. Belajar skill untuk menegur tapi tak menyakitkan hati orang lain. Belajar macam mana nak jaga maruah dan nama baik orang lain. Yang paling penting, belajar macam mana nak hormat perasaan orang lain. Sebab dalam dunia ni, memang kita diberi pilihan untuk suka atau tidak sesuatu perkara, tapi kita takde pilihan dalam menjaga perasaan orang lain. Suka atau tidak, jangan sekali-kali mengguris hati orang lain. 

Tapi takpelah, maybe blog Tyrra cantik. Jom usha blog dia kat sini.




p/s: For my dear Tyrra, thanks a lot for your compliments. I will consider it soon! ;) 




Minggu, 16 September 2012

Kucing & Kuman

As Salam semua


Nak share sesuatu yang sangat menarik pasal kucing. Nampak gaya macam aku busy sikit kan, so aku copy paste je lah. Tapi, serius...faktanya memang best! 


Nabi menekankan di dalam beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhuk menggunakan air bekas minuman kucing.

Kenapa Rasulullah SAW berani mengatakan bahawa kucing tidak menjadi najis kepada manusia? Persoalannya, bagaimana Nabi mengetahui badan kucing tidak mempunyai najis? 


Jawapannya, kulit kucing mempunyai otot-otot yang berfungsi untuk melawan sel bakteria.

Otot kucing juga dapat menyesuaikan diri dengan sentuhan otot manusia. Pada permukaan lidah kucing pula dilapisi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini berbentuk bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit.

Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun air yang akan jatuh dari lidahnya. Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.

Kajian Yang Dijalankan

Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing mengikut pelbagai perbezaan usia, posisi kulit, punggung, bahagian dalam tapak kaki, bibir, dan ekor. Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sampel melalui usapan. Di samping itu, kuman juga diletakkan pada bahagian-bahagian tertentu. Diambil juga cairan khusus (air liur) yang berada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.

Hasil yang didapati selepas ujikaji adalah:

1. Hasil yang diambil dari kulit luar tidak mempunyai kuman, meskipun dilakukan berulang kali.

2. Tempat yang kuman sengaja diletakkan menunjukkan hasil negatif sekitar 80% (20% mempunyai kuman), jika dilihat dari air liurnya. Ini menunjukkan kucing dapat melawan kuman yang diberikan kepadanya.

3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga menunjukkan ketidak hadiran kuman.

4. Hanya sekali kuman dijumpai semasa proses penyelidikan. Kuman ini termasuk dalam kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang selalunya membiak dalam tubuh manusia dalam jumlah yang kecil seperti enterobacter, streptococcus, dan staphylococcus. Jumlahnya kurang dan membiak dalam lingkungan 50 ribu pertumbuhan.

5. Kajian tidak menemui jenis kuman yang beragam dan berbahaya. Perbagai sumber yang dipercayai dan hasil penyelidikan laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikrobakteria. Air liurnya bersih dan boleh membersihkan seluruh badannya.

Ulasan para doktor yang bergiat dalam bidang kuman, Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Klinik Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemui kehadiran kuman pada lidah kucing. Jika mempunyai kuman, itu menunjukkan kucing itu akan atau sedang sakit.

Selain itu, Dr. Gen Gustafsirl menemui kuman yang banyak pada anjing, manusia 25% dari anjing, kucing mempunyai separuh kuman dari manusia. Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Said Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai peranti pembersih yang bernama lysozyme.

Kucing tidak menyukai air kerana air merupakan tempat yang sangat subur dalam pertumbuhan bakteria. Kucing juga sangat menjaga kestabilan suhu tubuhnya.

Jika diperhatiakan, kucing tidak banyak berjemur dan tidak suka mendekati air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor yang membuatkan kuman tidak ada pada tubuh kucing.

Disebabkan itu, ada sesetengah pengamal perubatan menggunakan  kucing untuk menjilat bahagian-bahagian luka pada tubuh manusia kerana kuman dapat dikurangkan dan cepat menyembuhkan luka tersebut. 



p/s 1: Subhanallah. Sebab tu kucing kesayangan Rasulullah. Aku rindu Glory TT_____TT

p/s 2: Tapi najis kucing ada kuman ye...jangan diambil mudah pulak! 




Selasa, 11 September 2012

Sekelip Mata

As Salam semua

Macam mana ye nak mulakan ayat ni. Alahai, bila hati dah terlalu gembira, otak aku macam tak berfungsi pulak nak mengarang ayat. Kehkehkeh. Dia macam brain freeze sekejap. Yang paling penting dari tadi aku tak lepas ucapkan syukur Alhamdulillah. 


Memang tak terduga dan tak tersangka lah. Aku bersyukur sangat. Dengan sekali cuba, berjaya. Sebelum aku cuba tu, memang dalam hati dah niatkan untuk mak dan ayah. Mungkin agaknya urusan aku dipermudahkan sebab niat gitu. Sebab kalau ikut logik akal macam mustahil untuk semudah itu. Itulah kuasa doa mak dan ayah kan... Alhamdulillah.

Menangis aku terharu. Sungguh besar kuasa Allah. Sungguh segalanya dipermudahkan. Amin.




p/s: Ya Rabb, hidup dan matiku mengharap redha-Mu Ya Rabb, demi mak dan ayah, apa jua aku sanggup lakukan. Kau permudahkanlah urusan hidupku, kau bimbinglah aku dan aku redha dengan ketetapan-Mu Allah! 





Minggu, 09 September 2012

Zyraroxx Bikin Follower Datang Bertubi-Tubi

As Salam semua

Selamat sudah aku pulang ke kampus. Penat. Jangan cerita. Tambah pulak ada insiden-insiden tak terduga dan mengejutkan buat aku hilang fokus dan kus semangat sekejap. Takpelah, nanti senang-senang aku ceritalah, peram dulu kasi naik bau. Muahaahah! Itulah tensionnya dunia realiti. 

Back to fantasy, I mean here, my virtual life. 



Aku tengok eh ramai je yang join segmen Zyraroxx ni. Aku memang suka blog dia ni. Sebab blog dia comel dengan dudel dudel emo dia. Yes secantik orangnya lah. So, since ramai mengajak aku join segmen dia buat ni, apa salah aku turut serta kan sebagai tanda sokongan dan menambah kenalan. Ecewah, ayat macam retis lah pulak. Phuii lah! 


Last but not least, bagi memenuhi permintaan terakhir Zyra, kena lekatkan jumlah follower sekarang. Eh Alhamdulillah ada 2554 orang yang sayang kita lah. Eh, tapi mesti ramai lagi kan. Tapi yang 2554 ni kira gentleman lah, berani tunjuk sayang kita depan-depan. Kehkehkeh. Poyonya ayat gua! 



So, itu aje. Sekian. Salam kenal ye. 



p/s: Ni nak pegi jalan blog semua yang join. Eh, rajin pulak aku malam ni. 



Jumat, 07 September 2012

Niat Di Hati Nak Tolong Orang Melayu, Tapi...

As Salam semua

Panas berapi. Malas nak cakap banyak, makin banyak aku cakap bukan semua settel, makin serabut makin naik darah aku. 

Baju raya akak aku dihantar dekat satu tailor ni lebih kurang 2 minggu sebelum raya. FYI, ni tailor yang pertama kali akak aku try since the Chinese lady, our best tailor sebelum ni dah jatuh sakit.  Memang dah tau tak kan siap masa hari raya. Jadi, masa hari hantar tu the tailor said 2 weeks after raya dah boleh ambil baju tu. Akak aku ni pun terus lah balik tanpa tengok semula kad tempahan tu. Dah tailor tu cakap 2weeks after raya kan. Dia pun memang tak rancang baju tu untuk baju raya. 

Sekarang ni dah masuk minggu ketiga hari raya. Memang sengaja aku ambil lambat sikit sebab minggu kedua raya tu aku sibuk sangat. Akak aku dah lama balik KL, esok turn aku pulak. Aku akan bawak sekali baju dia tu esok. Sesampainya aku kat kedai tailor tu...

Aku: Kak, baju ni dah siap kan?
Tailor: Hmmmm eh belum siap lagi ni, ikut tarikh lah. Kan 31 September?
Aku: Ha? 31 September? Tapi kakak saya cakap, akak suruh amek 2 minggu lepas raya. Ni dah masuk 3 minggu raya. Tak kan belum siap kak?
Tailor: Belum. Kita buat ikut tarikh, lagi 2-3 hari nak amek barulah kita buat. Ikut turn. *muka kerek*
Aku: Saya rasa akak yang salah, mungkin akak nak tulis 31 Ogos agaknya. 
Tailor: Taklah, mana ada. Awak yang salah. Memang akak janji dengan akak awak 31 September ameknya. *sambil mata dah besar-besar. Bajet nak takutkan aku lah!*

 *macam ada tak kena lah. Hmmmm fikir jap sambil belek-belek kad tempahan. GOTCHA!!!*

Aku: Akak, memang sah akak salah! 
Tailor: Apasal pulak?
Aku: Dalam sejarah dan sepanjang saya hidup tak pernah ada 31 September. Bulan sembilan ada 30 hari je kak. So, maknanya memang akak nak tulis 31/8 tapi akak tersalah tulis jadi 31/9. Jadi, saya betullah. Walaupun saya tak tengok kad tempahan ni, akak sendiri janji 2 minggu lepas raya maksudnya 31/8. Ni pun saya dah lewatkan seminggu dari yang sepatutnya. *win!*
Tailor: *belek-belek kad sambil buat muka bengang* Kalau macam tu, esok awak ambil lah baju ni. Akak siapkan hari ni. 
Aku: Takpelah kak. Esok saya dah balik KL. Lagipun saya rasa kalau sehari akak mesti tak siap jugak sebab akak kan perlukan 2 bulan untuk siap sepasang baju kurung biasa. Kalau dalam masa sehari akak boleh buat, hmmmm nanti mesti tak senonoh jadinya. Tak nak lah saya tambah masalah. Saya decide nak amek balik kain ni.
Tailor: Tak nak sudahlah! Nah ni kain awak. *sambil campak plastik kain depan aku. jilake!*

 Sambil aku berjalan keluar kedai saje aku cakap kuat-kuat. 

Aku: Sedih dengan perangai peniaga Melayu. Tak reti diuntung. Kita nak tolong dia tapi biadap dengan customer. Memang tak majulah jawapnya! 

more than 2 months diperlukan untuk sepasang baju kurung!
EPIC FAIL. 

Terus aku tinggal, masuk dalam kereta. Chow!

Sumpah, mati hidup balik tak nak pergi tailor tu lagi. Ingat kita ni bodoh ke. Aku tak marah sangat kalau dia tersilap tulis atau baju tu tak siap lagi. Aku faham dengan keterbatasan tailor yang memang tak cukup tangan nak menjahit baju lagi-lagi di musim perayaan, tapi tolonglah tolonglah jaga hati dan perasaan customer anda. Aku tak pernah berharap untuk dilayan seperti King, tapi layanlah aku seperti manusia yang membantu kau dalam menambah sumber rezeki. 

Aku perasan, ni lah kelemahan orang Melayu dalam bab berniaga. Budi bahasa dan layanan tak diletakkan di tempat yang tinggi. Macam mana nak maju? Sedangkan kepuasan pelanggan itu bergantung besar kepada layanan peniaga kepada pelanggan. Jangan ikut mood sendiri aje. Kepala angin dia je diturutkan, habis kita ni pelanggan diketepikan. 

Bila kita buat kat bangsa lain kata orang Melayu tapi tak nak tolong Melayu. Macam mana nak tolong kalau diri sendiri yang buat customer lari? Fikirkan lah ye....




p/s: Kesian akak aku.... dah feeling-feeling nak pakai baju baru!



Kamis, 06 September 2012

Hari-Hari Terakhir

As Salam

Jumaat. The final day. 

The last day I'm home.

Okeh, cuti semester dah habis. Yes, sedih. Sedih sangat. Aku bukan sedih sebab tak dapat makan best-best, tak dapat jadi princess lagi, tapi sedih sebab satu - tinggalkan mak, ayah dan mama (makcik yang jaga aku since baby) dua- tinggalkan binatang-binatang comel penyeri hidup aku. 

Bila waktu macam ni, mula lah mak aku macam tak nak layan aku dah. Buat-buat marah aku. Tak nak manjakan aku lagi. Bukan niat dia nak buat gitu tapi dia tak nak aku sedih sangat masa pisah sebab dah tiga bulan ada disisinya kan. Kata orang putuskan kasih lah. Tapi, sumpah aku akan sedih. Aku sedih sebab aku risau. Takde sapa nak tengok-tengokkan mereka. Orang tua kan, kadang-kadang sakit pening datang tiba-tiba. Tengok, taip macam ni pun mata aku dah genang air mata. Haissh! Gembeng betullah!!!

Semalam, semua stok makanan, ubat-ubatan, dan barang keperluan aku dah belikan. Complete boleh sampai 2-3 minggu. Aku tak hirau sangat keadaan aku. Tak pelah kalau balik KL takde stok makanan pun tapi jangan mak ayah aku takde makanan. Bukan takde duit, tapi keterbatasan upaya mereka tu menyebabkan aku memang berat hati nak tinggalkan mereka. Tapi, walau apapun, aku tetap tawakal pada Allah. Mohon Dia bantu aku untuk jaga dua wali aku ke syurga ni.  T___T *alamak air hidung meleleh dah...

Kontot sekarang dah macam pinggan ye! Ini gambar lama. 
Pastu toleh pulak pada empat ekor binatang comel penyeri hidup aku. Tambah lagi sayu hati aku. Alahai tengok muka sekor-sekor sedihnya. Kimi, Glory, Kontot dan juga Tutu. Macam mana nanti ye korang? Aku harap pandai-pandailah korang jaga diri ye. Mak ayah aku ada, akan jaga korang macam aku jaga korang. Cuma Glory je. Mungkin awal-awal mesti dia cari aku. Sebab ni first time aku nak tinggalkan dia lama sikit. Eh, menitik lagi air mata ni. Haish! 

Glory posing macam biasa. 
Ini Abang Kawasan. Jangan buat main.

Takpelah, kita berpisah kerana Allah ye sayang semua. Aku nak pergi belajar. Bukan pergi suka-suka. Jangan risau, aku akan balik. Kalau takde halangan. Korang semua jaga diri baik-baik, behave dan tolonglah sekali jagakan rumah aku dan jugak tengok-tengokkan mak ayah aku. Kau semua doakan kami sekeluarga murah rezeki, panjang umur dan dilindungi Allah SWT. Supaya, aku boleh jaga dan bela korang sampai bila-bila. 

Aku sayang korang! Kita pisah sekejap je ye. Baru perasan, gambar Tutu takde. Tutu si ikan puyu sangat pemalu.


p/s: Sayunya hati lahai...







Senin, 03 September 2012

Sepuluh Tolak Satu Bukan Sembilan, Tapi Sembilan Belas!

As Salam semua

Bulan baik hari baik ni, aku kalau bolehnya malahan dah pun seboleh-bolehnya untuk elak daripada menulis entry berbaur negatif. Yelah, kalau dah semua elok tak kan lah kita nak complain kan. Tapi, itulah bila tak ditegur, tak sedar yang diri buat kesalahan. Untuk entry ni, seluruh keluarga aku yang suruh aku publish. Kira dapat sokongan penuh untuk aku ketengahkan isu ni. 

Kau nampak kan title entry aku. Yes itu formula baru. Formula tu bukan aku yang cipta tapi Allah yang cipta. Allah dah janji dalam urusan bersedekah, harta kekayaan kita tidak akan berkurang tapi semakin bertambah. Kerana sedekah itu membiakkan harta, menyucikan jiwa dan memberi manfaat dan pahala yang berlipat ganda. 

Bulan Ramadhan dan Syawal ni paling sinonim dengan amalan bersedekah. Pahala dan fadhilat sedekah dalam kedua-dua bulan ini memang dilipat gandakan oleh Allah SWT kerana insan-insan yang bersedekah kepada mereka yang memerlukan merupakan satu perbuatan mulia dan sangat disukai Allah. 

Namun, benarlah  firman Allah 

"Dan sesungguhnya dia(manusia) sangat berlebihan dalam kecintaannya terhadap harta." (Surah Al-'Adiyat ayat 8)


Disebabkan kecintaan yang melampau menyebabkan lahirnya sifat bakhil dan kedekut dalam hati seorang muslim sedangkan Allah telah meletakkan salah satu sifat seorang muslim bertaqwa adalah mereka yang bersedekah dan menginfaqkan rezeki di jalan Allah. 
“(iaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan solat, dan menginfaqkan sebagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka.” (Al Baqarah: 3)

Iyer, wujud dikalangan kita insan yang tidak sedikit pun terbuka pintu hatinya untuk mengejar fadhilat bersedekah di bulan mulia ni. Mereka lebih mementingkan diri sendiri. Bukannya tidak mampu, malahan rezeki Allah kepadanya melebihi dan melimpah ruah. Bukan sekadar cukup untuk anak beranak makan, malahan tujuh keturunan pun belum tentu habis makan. Malangnya, ujian kekayaan telah membutakan hati mereka. Tidak terusik langsung sanubari mereka untuk menghulurkan rezeki dan menggembirakan hati insan lain. Sungguh sedih aku melihat perangai sebegini. Bukannya budak kecil yang masih boleh dilentur. Dah tua dah, berpendidikan tinggi, berjawatan besar, berkedudukan, tapi langsung tak reti menghulur. Mungkin dalam pandangan dia, kalau dia bersedekah maka luak dan sedikitlah kekayaan yang dia ada. Masya-Allah. Meh baca ni, ini Rasul yang kata


"Sedekahlah kalian, kerana sesungguhnya sedekah dapat menambah harta yang banyak. Maka bersedekahlah kalian, nescaya Allah menyayangi kalian." (Sabda Rasulullah) 

Aku tak tahu lah korang tahu atau tak, penah jugak aku dengar pepatah orang Melayu "Semakin kaya, semakin kedekut" Wal Nauzubillah. Aku mintak sangat supaya dijauhkan sejauh-jauhnya sifat macam ni. Sapa yang tak nak kaya kan, aku sendiri pun kalau nak cari laki cari yang kaya. Kaya memang boleh menyenangkan hidup, tapi sepatah kata bapak aku, "tak guna kau kaya tapi kau tak reti bersedekah! Harta kekayaan bukan dibawak mati." Tu lah pesan bapak aku kat aku dengan adik beradik aku. Sumpah, sampai mati pun aku akan ingat. 

Masa aku sekolah agama dulu, ustazah selalu pesan kat kiteorang. 

"Kalau kita dapat rezeki dari Allah, sebahagian daripada rezeki kita tu bukan kita punya. Tapi orang lain punya!"

Mula-mula aku macam blur jugak lah. Apa maksud ustazah aku ni. Kalau dah Allah bagi rezeki kat aku, tak kan aku nak bagi kat orang. Orang lain, carilah sendiri. Usaha sendiri. Senang-senang je nak mintak kat orang. Tapi, time by time... aku realize yang disitulah letaknya amal bernama sedekah! Amalan memberi kepada seseorang dan menggembirakan hatinya. Timbal balasnya, hanya Allah Maha Mengetahui. Kau bagi satu, sepuluh kau dapat balik. Sapa lagi untung, kaaaaau jugak!

Macam nak hadiahkan je sorang satu kat 'mereka' supaya terbukak hati
Takpelah, sama-samalah kita doakan insan-insan ini supaya mendapat hidayah Allah dan sedar fadhilat sedekah itu. Aku yang muda ni berpesan sebab aku sayang.Takpelah, rezeki itu datangnya dari cara berbeza! Tak dari mereka, mungkin dari orang lain. Tapi Insya-Allah ada dan masih ramai insan pemurah di dunia ini.




p/s: Cakap banyak pun tak guna, takpe Allah itu adil. Ini Entry dulu.

Minggu, 02 September 2012

Gadis Ini Pandai Terbang! [Sila Bantu Blogger Mrs.VIP]

As Salam semua

Gadis sesat

ustaz : awak dari mana sebenarnya
dia : saya dari german, saya belajar di unversiti kehidupan.bla bla bla....saya ni ada kungfu, saya pernah belasah 5lelaki india. saya pandai terbang, adik beradik semua lelaki.

bila keadaan nampak mengarut sangat kami decide bawa ke balai untuk settelkan.

saya , ayah, ustaz dan dia. kami berempat ke balai.

sampai dibalai kami terus di bawa ke bilik siasatan. sarjan menyoal tanpa henti, kadang2 dia geleng kepala sebab keadaan budak ni mcm sakit.  apa yang saya boleh simpulkan disini katanya die penah masuk hospital sebulan.tapi xcakap hospital apa sakit apa. katanya dia ada darah bangsawan, keturunan diraja brunei. dia boleh becakap dengan alam bunian dan boleh nampak hantu. katanya dulu penah ke tahfiz tapi sehari aje sebab kena halau DENGAN HANTU.bila dah mengarut sgt polis minta dia berhenti bercakap. 


Mula-mula plan nak post entry lain, tapi bila mengenangkan salah sorang teman blogger Kak Zetty tengah buntu dah perlukan bantuan... hmmmm aku consider dulu entry ni. Eh, korang juga kena bantu sama tau. Kan ringan sama dijinjing, berat sama dipikul. 

Kalau nak tahu kisah selanjutnya, KLIK SINI. Bantu Kak Zetty jom. Mana tahu, ada info atau mana-mana pihak yang juga ada pengalaman sebegini. Memang budak ni macam ada something wrong some where, tapi tak kan nak dilepas gitu je kan. Takut nanti lain pulak jadinya kalau orang yang tak bertanggungjawab jumpa. Kesian dia. Hidup dalam dunia sesatnya... 

Moga ada jalan dan pertolongan dari Allah buat usaha Kak Zetty ni. Amin



p/s: Kelakar jugak kalau layan orang mental ni


Sabtu, 01 September 2012

Macam Dah Kenal Lama!

As Salam semua

Selamat Hari Merdeka, Malaysia!  Belum terlambat kan. Baru lepas dua hari je. Proud to be Malaysian. Moga kemakmuran dan keharmonian negara terus kekal dalam tangan muda-mudi pejuang bangsa. Lupakan sengketa, kekalkan merdeka!

apasal jari lentik sangat tu! FAILED. 

Okeh, habis cerita merdeka.

Sambung balik eh, entry pasal raya. Raya kali ni memang agak seronok untuk aku dan keluarga. Sapa yang missed my older entry pasal raya, KLIK SINI aje. Tahun ni, raya ada special sikit buat aku. Sebab tahun ni, ada seorang blogger cantik, Cik Puan Bunga  datang beraya rumah aku. Fulamak. Memang terharu lah. Dari bulan Ramadhan lagi masing-masing dah merancang untuk menemukan dua keluarga. Yelah, asyik kita je yang kenal-kenal. Family bila lagi kan. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. 

Start dari hari dia munjung tu, kiteorang dah janji untuk datang beraya. Mula-mula plan tunggu CPB datang rumah aku dulu, tapi malangnya suami CPB tak dapat cuti jadi kebetulan hari tu aku nak ke Yong Peng untuk ziarah keluarga, terus plan nak singgah rumah CPB jugak. 

Pandai nampak CPB cover belakang aku! Ceit. 

Kedatangan kiteorang disambut sangat-sangat mesra oleh keluarga CPB. Mak, ayah, adik semua ada. Paling 'mesra' Adam Irfan Xaharis lah. Anak bujang CPB. Alhamdulillah syukur jugak, sebab nak cari rumah CPB tak susah mana pun. Ayah aku kan macam navigator. Semua ceruk pelusuk kampung dia tahu. Kacang goreng je rumah CPB ni. 

Aku dengan CPB tak payah ceritalah, memang dah kepochi kau letak mana pun jadi. Rupanya bukan kiteorang je kepochi, mak dengan ayah kiteorang pun sama naik. Ayah CPB sporting sangat melayan ayah aku yang suka tanya itu ini. Dorang punya cerita lagi universal. Dari zaman penjajah sampai zaman sekarang. Kejap-kejap ketawa, kejap-kejap mengekek masing-masing. Eh, seronok je tengok. Macam tu jugak dengan mak aku dan mak CPB. Dah macam satu keluarga dah kami. Segan sikit-sikit je kami ni. Heheheh!

Kaum bapak pun kepochi jugak rupanya. 
Oh, oh, tak sangka pulak... Embun Nazura, adik CPB masakkan kami Seafood Spaghetti. Kalau nak harap CPB, emmmm dia kata dia kureng sikit bab masak. Sabar je lah. Hehehehe! Uisssh, lazat woh spaghetti di Aidilfitri. Tapi pasal malu, makan sekali je. Tak tambah pun.... Lepas ni, sapa nak cari bini, cari macam Embun Nazura tau. Pandai masak, ayu, sopan gitu. Kalau kakak dia. Hmmmm... hmmm...hmmmm... jawab sendirilah. Kehkehkeh

Hasil tangan Embun Nazura. CPB pandai masak sambal telur ajer! 
Kat rumah CPB jugak, tak sangka dapat jumpa dengan salah sorang readers blog aku. Mula-mula tu dia macam malu-malu je nak tegur, dah nak balik tu baru dia bagitau yang dia selalu masuk blog ni. Eh, eh, terperasan femes ames sekejap kita. Heheheh. Thanks Ziera

Bride-to-be. Ehem!
Lepas dah makan semua, camwhore itu sudah pasti. Tinjau-tinjau lah kawasan rumah CPB. Huisssh besar kawasan rumah dia! Siap ada pondok, ada meja lepak depan rumah, ada taman, memang terasalah suasana kampung tu kat rumah CPB! Seronok je rasa. 

CPB kena buli. Limited edition ni. 
Anak jawa 
Semua melayan Adam. Bujan sorang-sorang kan
Diam tak diam, tau-tau dah lebih sejam kiteorang meronggeng rokiah dekat rumah CPB. Tu lah, budak bandar, sekali jumpa kampung, jumpa parit, jumpa tanah lapang, jumpa pondok macam terkesima sekejap. Mula lah membayangkan kenikmatan dan kesejukan suasana kampung. Lagi-lagi musim raya, kampunglah tempat paling meriah kan! Haih, mengidam betul nak rasa suasana kampung yang damai permai.

Sebelum balik, haruslah bermaafan dengan tuan tanah. Mintak halal makan minum, kasar bahasa, tepuk tampar mana-mana. Dah dua-dua mulut kepochi, mesti punya ada sentap-sentap kat hati ni.

EPIC OF THE YEAR!
Kau tengok, epik sungguh gambar ni. Kau nampak kan, CPB memang pembuli sejati. Muka gangster tak ingat dunia. Kehkehkeh. Kak Long sangat rupanya. Mintak cium tangan bagai. Padahal, dia lagi banyak buat dosa dengan aku. Hahahaha! Dah dekat rumah dia, boleh lah tunjuk eksyen. Cuba buat perangai kat rumah aku. Siaplah kau kak! Kehkehkehkeh.

Tulah, bila difikir balik, aku dengan CPB bukan sapa-sapa. Hanya sekadar teman blogger. Bukan saudara, apatah lagi geng zaman remaja. Tapi, itulah kehendak Allah. Menemukan dua hati, dua keluarga menjadi saudara. Syukur Ya Rabb atas sillaturahim ini. Moga ianya kekal sampai ke alam sana. Moga ukhuwah ini mendapat barakah dan redha-Mu jua.



p/s: Tunggu CPB update blog ni gamaknya....




Top