Jumat, 03 Agustus 2012

Video Ini Bantu Anda Tampil Cantik Di Hari Raya!

As Salam semua

Alhamdulillah dah masuk hampir 15 Ramadhan dah kita. Macam mana persiapan hari raya korang kali ni? Rasanya mesti dah beli baju raya semua kan. Sapa yang tak nak cantik. Aku pun nak cantik jugak. Tapi sebelum tu, apa kata korang tengok video dari kawan-kawan kita yang nun jauh di sana tu... bagus video ni. Boleh bantu kita untuk cari pakaian hari raya yang sesuai lagi mengikut syarak!

Hehehe, comey-comey belaka bakal doktor kita semua ni kan. Kreatif betul dorang ni. Superb video dan paling penting mesejnya sampai.
  •  Berhiaslah secara sederhana. Jangan melebih-lebih kerana itu dikategorikan tabbaruj. Iaitu sehingga boleh menarik perhatian orang lain terutamanya lelaki kerana boleh mendatangkan fitnah.
  • Walaupun berjubah, biarlah ia sempurna dari aspek menutup aurat dan syaraknya. Jangan ingat bila dah berjubah itu tandanya aurat dah terselindung! *ini ingatan buat aku jugak ni!*
  • Bersolek itu dibenarkan tetapi sekali lagi, jangan berlebihan. Nanti lelaki ajnabi pandang sehingga boleh menaikan nafsu, dah dapat share dosa.
  • Covering and wrapping is different. Make a good choice. Covering is the best. *tepuk bahu sendiri, ingatkan diri!*
  • Bertudung juga biar sempurna. Supaya bertambah sempurna usaha kita menutup aurat. Jangan terlalu  mahu mengikut fesyen dan gaya artis semata-mata.  Kalau tidak, usaha kita GAGAL!!! *juga ingatan buat aku*
Insya-Allah video ni sedikit sebanyak dapat membantu kita menjadi muslimah yang sempurna. Ingatan buat kawan-kawan juga buat diri aku sendiri. Berlapang dada dalam menerima teguran dan moga Syawal akan datang memberi barakah buat kita semua. Insya-Allah! ;)
p/s: Entry aku suatu masa dulu mengenai JUBAH & TABBARUJ 

0 komentar:

Poskan Komentar


Top