Selasa, 07 Agustus 2012

Super-Mak

As Salam semua


Ni anak manja + malas macam aku punya keje. hehehe! ;) 

Bulan-bulan puasa ni kan, aku sangat impress dengan kaum ibu. Tersangatlah bangga dengan capability mereka. Lagi-lagi buat ibu yang bekerja. Jelas kelihatan kuasa super-woman mereka yang tidak dipunyai oleh kaum lelaki. Kuasa super-woman mereka sebenarnya dijana atas dasar kasih sayang. Sebab tu keletihan mereka ketepikan, yang penting keluarga dapat layanan first class masa bulan Ramadhan ni. 

Mereka tak letih, balik kerja terus sediakan juadah berbuka puasa untuk keluarga. Masak apa yang ada. Kalau tak larat sangat, barulah beli juadah kat bazar. Tapi sedaya upaya mereka cuba menyediakan juadah dari air tangan sendiri. Semua selera ahli keluarga kalau boleh nak ditunaikan. 

Tak cukup dengan tu, sahur pun mereka sediakan sebaiknya. Pukul 4 pagi dah bangun. Dengan mata kelat-kelat, sisa kantuk masih ada... tangan terus jerang air panas. Nak buat milo untuk anak-anak. Bagi tenaga nanti masa siang hari. Tak lah letih sangat mereka tu. Alahai... mulianya hati seorang mak kan. 

Pukul 5 pagi, ketuk bilik anak. Kadang-kadang sekali. Tapi biasanya banyak kali lah. Tak putus asa kejut anak bangun sahur. Dia khuatir, kalau miss sahur esok anak tak larat puasa. Lapar dan dahaga. Kalau dapat anak yang manja, sanggup si ibu suap mereka. Sampai ke katil dibawaknya makanan. Semuanya demi memastikan si anak menjalankan ibadah puasa dengan sempurna. 

Rasa-rasa korang, lepas sahur tu...para ibu sambung tidur tak? Memang tak. Terus dia kemas rumah. Basuh pinggan, kemas rumah, dapur, lap itu ini, sapu sampah. Serba-serbi dua tangan tuanya selesaikan. Memang super-power! Kalau yang bekerja tu haaa teruslah siapkan diri dan anak-anak untuk ke sekolah. Dan tugasnya berterusan sehari-hari. 

Tapi, yang menyentuh perasaan....


Mereka tak pernah merungut. Tak pernah rasa terbeban. Kerana bagi mereka, itu bukan satu tugasan biasa. Itu adalah amanah, yang ganjarannya adalah pahala dan redha dari Allah itu yang dicarinya. 


Terima kasih mak! 



p/s: buat yang telah kehilangan ibu, Al-Fatihah buat mereka. Moga ditempatkan di sisi para syuhada! 





0 komentar:

Poskan Komentar


Top