Selasa, 14 Agustus 2012

Ready Raya

As Salam semua

Bunyi mercun dah sana sini meletup, lagu raya dah berkumandang laju je kat corong radio. Itu tandanya, raya dah hampir sangat dah. Uish, excited sangat aku tahun ni. Alhamdulillah, syukur pada Ya Rabb sebab kesihatan ayah yang semakin baik membolehkan keluarga aku menyambut raya dengan meriah tapi masih tetap ala kadar.

Tahun dulu-dulu, dalam rumah aku ni biasanya aku lah legend dalam bab kad raya. Mesti champion sebab dapat kad raya paling banyak. Adik dengan akak aku semua kalah. Walaupun sekarang ni kata orang kad raya bukan lagi pilihan pertama untuk mengutus salam aidilfitri, tapi aku masih lagi dapat kad raya. Dari teman blogger. Peh, kembang semangkuk aku dapat kad raya. Ye lah, kad raya pertama untuk tahun ni lah. 



Cantik kan kad raya dari blogger Syakir Rahman ni. Terima kasih banyak-banyak. Cantik betul tulisan tangan dia. Kemas je! Teringat terus zaman budak-budak dulu, raya lah paling heaven. Kutip duit raya, main bunga api, beli baju cantik, kasut cantik-cantik. Bila dah besar ni, lain pulak heavennya raya, raya adalah masa gathering. Boleh jumpa kawan-kawan sekolah, borak-borak, lepak-lepak. Seronok! Ni aku dah plan dah dengan kawan-kawan nak pergi beraya rumah cikgu-cikgu, kawan-kawan. Menziarah dan melawat. Tanya khabar. 

Okeh, seterusnya... 

Kalau kat Johor ni, ada satu amalan orang Jawa yang biasanya kiteorang buat dah nak dekat-dekat raya ataupun waktu hari raya tu sendiri. Amalan Munjung! Munjung ni kira macam kau masak-masak ketupat, lodeh, sambal kacang, ayam rendang semua and then kau bagi-bagi kat jiran tetangga dan saudara mara. Kira macam bersedekah sama lah.

Sedap! Eh, lupa nak snap gambar sambal kacang yang super sedap tu lah.

Sabtu lepas, sungguh aku tak sangka Cik Puan Bunga hantar juadah munjung sampai ke rumah aku. Gigih betul CPB, sanggup hantar jauh-jauh, dari Yong Peng ke Kluang. Dalam hujan lebat. Alahai terharulah! Cinta luar biasa antara aku dengan blogger hebat ni memang dah sampai tahap serius. Sekarang ni, bukan kiteorang je saling mengenali. Family pun dah kenal-kenal.


Terima kasih kakak atas ingatan tulus ikhlas tu. Sedap masakan emak akak. Kehkehkeh. Memang betul, masak dengan penuh kasih sayang kan. Nanti raya, wajib datang rumah kita tau. Kita camwhore banyak-banyak. Adam pun macam dah betah je duduk rumah kita. Boleh lah nak pinjam seminggu dua.  Heheheh! 

Oh lupa, hari tu jugak aku pergi Simpang Renggam. Memang famous IKS Simpang Renggam, Kluang bila nak raya ni. Sebab kat situ ada jual kuih raya yang murah dan sangat sedap. Orang Singapore, Brunei, Indonesia semua datang situ borong kuih raya. Family aku memang tiap-tiap tahun ke situ. Kuih memang uptodate dan sedap! Jadi, sempat jugaklah aku balas munjung CPB dengan kuih kegemaran aku. Chocolate Ball dan bahulu gulung jem nenas. Sedap woh! 

Mabuk kuih raya

So, macam mana persiapan hari raya korang? Mesti lagi meriah! Alhamdulillah aku dah siap dah kemas rumah, bilik, pasang langsir, buang segala sawang mawang. Taraaa dah cantik. Tak sabar nak isi kuih dalam balang, nak makan ketupat, kuah lodeh, bergedil, sambal kacang, daging rendang, lemang. Humang aih!!! Melantak ajer kejenya! Hehehe. Paling tak sabar nak kutip duit raya lah dari mak cik pakcik semua. Layak lagi tau! ;P

Eh, eh nak buat teaser baju raya sikit boleh? Heheheh. Baju raya korang warna apa? Mana tau sama, boleh kita buat marhaban ramai-ramai. Kehkehkehkeh. Tahun ni mata aku macam berkenan pulak dekat warna ala-ala merah. Nampak macam killer sikit kan. 

 Pink Lace bag dari La Beau Monde. Milik Rozana Razali 
dan Leather Clutch dari Butik Kekasihku 

Last but not least. Ni semua buat readers Blog Hanya Dari Mata ok! 




p/s: Nanti raya, mana yang datang ke Kluang atau kawasan berdekatan, marilah jemput datang rumah! 





0 komentar:

Poskan Komentar


Top