Kamis, 23 Agustus 2012

Manisnya Raya!

As Salam semua

Macam mana raya korang? Harapnya semua dalam keadaan meriah, bersederhana dan yang paling penting penuh rasa syukur. Kalau tahun lepas, aku takde publish any entry pun pasal raya. Sebab last year, kesihatan ayah tak begitu menggalakkan. Jadi family lebih prefer untuk stay kat rumah dan tunggu sedara mara berkunjung.


Tahun ni, Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat. Kesihatan ayah semakin meningkat. Since Ramadhan lagi dia dah ada tenaga yang luar biasa. Boleh puasa penuh, buat terawikh kat rumah, khatam Al-Quran dan jugak bangun tahhajud. Sungguh aku terharu dengan semangat cekal ayah. Aku yang sihat segar bugar ni, memang kalah lah dengan ketekunan dia beribadah. Syukur Alhamdulillah.

My prime-man ever! 
Jadi, bila ayah dah semakin sihat, raya kali ni lebih ceria dan gembira buat aku adik beradik. Boleh menziarah rumah pakcik dan makcik dan paling penting dapat bawak ayah jalan-jalan and happykan dia.  Bila dia happy, tak mengadu sakit-sakit badan... tentulah kiteorang sekali happy.

First day of Syawal. Royal Blue Theme 
For the first day of Syawal, aku as usual lah kena jadi delivery girl. Hantar makanan munjung buat sanak saudara. Tahun ni ada sepuluh rumah yang kena hantar. Mereka semua adalah insan-insan kesayangan keluarga. Sebagai membalas budi baik mereka, kami kongsikan sedikit kemanisan juadah aidilfitri buat mereka. Bukanlah kata yang tak dapat tu tak sayang ye!

Dua Delivery-Girls yang cam-whore 
Sepuluh rumah. Sepuluh bungkusan. Sepuluh juta kasih sayang
Lepas dah settel hantar delivery tu, sesi bermaafan pun bermula. Alamak takde gambar pulak lah. Sebabnya semua muka nangis-nangis comot-comot kan. Ye lah, dosa setahun dikumpul untuk dimintak maaf dalam satu hari mana mungkin tak meleleh air mata kan. Haruslah air hingus keluar sama. Syahdu sangat lah. Tacing rasa. Lagi-lagi bila mak dan ayah cium pipi kita sambil bisik untuk jadi anak solehah. Lagilah aku sentap habis. Skip eh part ni....

Second day of Syawal dan mula caca-marba theme
Selain makcik dan pakcik datang ziarah ayah... kawan-kawan pun ada. Alhamdulillah tahun ni, aku dapat gather raya dengan kawan-kawan  masa sekolah dulu. Kalau hari biasa, maasing-masing sibuk, jadi raya ni lah ada kelapangan untuk gathering. Macam-macam cerita. Gelak tak ingat dunia.

Both the debaters
Akim. Gonna fly to Dubai soon
Doctor to be. Dr. Asri Zaini. Sebok promote Jakarta dia tu! 

Ze Ladies. Sapa kahwin dulu agaknya ni ye? 
Oh tak lupa, walaupun aku ni tak berapa nak kecik jangan korang ingat aku terlepas dari mendapat duit raya. Masih ada lagi insan-insan berhati mulia dan pemurah yang sudi bagi duit raya kat aku. Katanya belajar lagi kan... so masih available untuk terima duit raya. Lagi besar isinya. Tu yang aku suka tu.

Duit raya pertama from abang sepupu

Tolong tambah collection saya boleh? 
Kalau raya ni, mana sah kalau tak cerita pasal makan kan. Yeah, I am food's lover. Tahun ni, juadah makanan mak aku macam selalu. Ketupat, kuah lodeh, sambal kacang, ayam kari dan rendang daging. Memang sumpah menggiurkan air liur.

Ketupat Ketupit 
Burasak Bugis
Dan untuk tahun ni, first time aku merasa burasak. Sebelum ni memang pernah jumpa. Tapi tak penah makan pun. Burasak ni makanan kebesaran orang Bugis. Sedap rupanya! Lemak masin gitu. Aku merasa makan masa beraya rumah Akim. Mak aku tak pandai nak buat. Dia anak jawa. Ayah aku pulak orang Banjar. Tu yang tak pernah buat.

Overall, my raya is super awesome. Full of syukur and happiness. Banyak lagi gambar sebenarnya. Asyik menyelit je kat kamera orang, tu yang belum dapat dalam simpanan. Hehehe. Insya-Allah ada kelapangan aku update lagi. Nak cerita sikit pasal topik "KEDEKUT DI HARI RAYA". Sapa yang kedekut, nanti kita tunggu sama-sama ye! Sendiri mau ingat lah! Selamat Hari Raya ;)


p/s: Dah mula dah musim kahwin dan tunang-tunangan! Jeles aiii youuuu





0 komentar:

Posting Komentar


Top