Senin, 30 Juli 2012

Sang Pemimpin Ke Syurga

As Salam semua



Terngiang-ngiang lagi. Masih segar di telinga aku bila mana seorang teman membisikkan bahawa "Setiap orang ada bahagian masing-masing." Aku tunduk. Akur. Memang benar dan tepat. Diam membisu aku kat tepi dia sambil tahan air mata. Dia menyambung "Yang membezakan kita adalah kekuatan! Kau kena kuat. Kuat untuk diri kau dan kuat untuk keluarga kau." Akhirnya kocak air mata itu tumpah. Di genggam erat tangan aku. 

Bercelaru otak aku bila mana mengenangkan nasib diri. Mungkin jauh ketinggalan dari yang lain. Tidak sempurna dan tempuh banyak halangan. Kalau orang lain gembira bila mana duit biasiswa menjengah mesin ATM, aku pula terketar-ketar berkira dan menghitung. Sebahagian buat keluarga, sebahagian buat diri sendiri. Itu sahaja yang mampu. Dan ketika itu, aku membayang masa depan. Moga awan cerah di depan. Kalau orang lain gembira menghabiskan cuti hujung minggu makan angin dengan keluarga, aku pula sibuk membeli barang kelengkapan rumah supaya tidak kosong sepeninggalan aku nanti. Kalau orang lain, bila naik cuti semester dihantar ibu bapa, aku pula gigih meredah ibu kota menapak kaki turun dari sebuah bas ke sebuah bas. Tak kisahlah, asalkan tanggungjawab sebagai anak aku penuhi. Mereka adalah prioriti. 

Sabarlah wahai hati,

Tak mudah hari ni tak bermakna tak mudah untuk hari esok. Ikatan keluarga itu kukuh. Ikatan itu murni. Ikatan yang diredhai pasti ada bantuan dari Illahi. Susah senang hadapi lah bersama. Ayah dan mak itu kan nadi hidup. Penguat nafas menempuh hari depan. Doa dan redha mereka pasti ada untuk anak-anaknya. Walau hari ni nampak diri aku seperti 'kalah' tapi aku yakin, aku tetap jadi anak kebanggan ayah dan emak. Bukan aku seorang. Kau jugak, yang membaca entry ini. Banggakanlah mereka jua... Bukan wang ringgit yang dipinta tapi pengorbanan ikhlas dan kasih sayang itu membuatkan cinta mereka sempurna. 

Tugas seorang anak itu mudah. Maka mudahlah juga jalannya seorang anak ke Al-Jannah selagi dipimpin ibu bapanya...Insya-Allah. Semoga ayah cepat sembuh. Semoga aku, mak, along dan adik tabah dengan dugaan Illahi, dan moga doa kita semua dimakbulkan suatu hari nanti. Amin. 



p/s: Susah-susah dulu, senang kemudian kan... 





0 komentar:

Posting Komentar


Top