Selasa, 31 Juli 2012

Permata Buat Isteri

As Salam semua

Kalau dulu masa aku sekolah, bila dengar perkataan curang dengan pasangan je automatik aku tahu curang atau selingkuh itu hanya berlaku di pihak lelaki. Aku pun tak tahu kenapa tipikal sangat aku masa tu. Mungkin sebab pengalaman dan pergaulan yang cetek menyebabkan aku hanya mengikut arus. Tak pun berfikir secara rasional. 

Time by time, aku baru sedar yang perbuatan tak bermoral ni turut berlaku di kalangan para isteri. Nauzubillah! Bukan sekali dua aku dengar, banyak kes dah yang dihadapkan depan aku. Itulah rencamnya manusia. Seribu satu perangai. Ada sahaja yang tak dipuaskan. Tak langsung disyukuri nikmat yang ada. 

Memang kalau ikut umur aku yang baru cecah 23 tahun ni, aku bukanlah selayaknya insan yang patut menegur perkara sebegini. Malahan, aku juga takut sekiranya teguran aku ni kena batang hidung sendiri. Tapi pendirian aku berbeza. Tak kira tua mahupun muda, sesiapa juga boleh beri nasihat. Malahan amalan nasihat menasihati itu sangat dituntut agama. Lebih-lebih lagi dalam hal sebegini. Hal yang melibatkan kukuhnya sebuah masjid impian. 

Aku tak risau sangat kalau perempuan yang curang itu hanya sekadar seorang girlfrend ataupun tunangan orang. Sebab aku rasa selama masa itu, semua orang mempunyai hak untuk memilih. Memilih yang terbaik buat diri sendiri. Tapi bila mana seorang perempuan yang bergelar isteri dan seorang ibu berlaku curang pada sang suami, aku mengucap panjang. Tak terbayang aku, bagaimana kehidupan perempuan tersebut yang sanggup berpura-pura mencintai, mampu hidup bersama dan menipu suaminya sedangkan hatinya mengingati orang lain. 


Tempat seorang isteri itu adalah disisi suami. Tugas seorang isteri adalah menjaga maruah, harta dan nama baik seorang suami bukannya menduakan dia. Berdosa besar hukumnya seorang isteri yang menduakan suaminya kerana seorang perempuan yang bersuami haram untuk menikahi mahupun mengingati seorang lelaki lain.  

Serba serbi dari luaran langsung tak nampak dimana kurangnya. Aku rasa sang suami sudah cukup memberikan kebahagiaan, keselesaan dan kemewahan. Tapi tak dapat aku pastikan secara batinnya bagaimana. Tapi, kalau tak puas secara batin tak kan anak berderet sampai lima? Namun, alangkah terkejutnya aku bila jawapan yang diterima dari seorang isteri curang yang telah berpuluh tahun hidup dengan si suami tadi ialah 

"Dalam perkahwinan, akan timbul satu masa bila kau mula bosan dengan pasangan!" 

Kelu lidah aku. Tak terduga aku jawapan itu datangnya dari mulut seorang isteri, seorang ibu dan seorang yang disanjungi masyarakat. Aku tertanya-tanya, perlu kah bosan menjadi isu? Adakah kau samakan perkahwinan dengan hal-hal duniawi yang lain seperti pekerjaan? Hari ni suka, esok dah benci. Bukankah satu masa dulu, akad nikah yang kau aminkan doanya merupakan simbol bahawa kau menerima dia sehingga ke akhir hayat kau wahai isteri? Kenapa perlu berpaling tadah dengan si suami yang setia itu? Apa dosanya? Layakkah kau dijadikan contoh buat anak-anak kau? 

Bila aku hadap kes macam ni, aku terus teringat kata Ustazah Solehah, ustazah yang mengajar Munakahat masa aku darjah khas sekolah agama dulu. Dia pernah berpesan pada kami "Sekiranya mana-mana wanita meminta cerai daripada suaminya tanpa sebab yang kukuh, maka terhalanglah dia daripada mencium haruman syurga." Riwayat Abu Daud. 


Pada aku, selagi seorang wanita bernama isteri, selagi si suami menjalankan tanggungjawab nafkahnya zahir dan batin, tidak pernah mencederakan kamu, menjadi imam hidupmu,  teruslah taat dan setia kepada dia. Jangan sesekali menimbulkan isu bodoh semata-mata mahu melepaskan diri. Syukurlah jodoh kau dengan dia. Belum tentu insan yang kau kejar itu mampu membahagiakan kau sebagaimana si suami setia ini berikan! Redhalah dengan kekurangannya dan jadilah isteri yang melengkapi bukan isteri yang menyakitkan hati. Sesungguhnya, imam terbaik kau berada di depan mata. Bukan insan yang cuba menghancurkan rumah tangga kau itu! 

Pesanan buat diri sendiri juga yang suatu hari bakal menjadi seorang zaujah pada seorang suami. 

p/s: cuba dengar lagu Kopratasa- Permata Buat Isteri... masihkah kau ingat? 







Dato' Dr. Syeikh Muszaphar Bakal Timang Cahaya Mata Kedua!

As Salam semua

Rezeki Ramadhan kali ni nampaknya buat keluarga angkasawan negara kita, Dato' Dr. Syeikh Muszaphar Syukor apabila beliau memberitahu bahawa isteri kesayangan Dr. Harlina disahkan hamil 11 minggu. Alhamdulillah. Nampaknya makin seronok lah Bella dapat adik dah ni. Kena panggil Kakak Bella dah!!! 
Tahniah Dr. Syeikh dan Dr. Harlina. Moga semuanya dalam lindungan Allah. 




p/s: Alhamdulillah, Dr. Harlina kini semakin manis apabila bertudung sempurna! Jom singgah blog Dr. Harlina ------------> http://barelysupermommy.com/

Senin, 30 Juli 2012

Taubat Ramadhan Seorang Gay

As Salam semua

Bulan ini bulan barakah. Bulan yang penuh pengampunan. Bulan yang mana setiap inci perbuatan kau jika disertai keikhlasan dan di niatkan kepada Ya Rabb maka pahala lah ganjaran yang bakal kau terima. Insya-Allah. Semua itu janji Allah. Dan sekali lagi Allah telah memberi kan satu kenikmatan kepada aku. Nikmat untuk membawa pulang seorang lagi anak Adam kembali ke jalan lurus-Nya. Hidup di dunia ini sememangnya penuh pancaroba. Tak kuat menepis ombak, mudah saje kau karam ditelan gelombang. Tapi kau kena ingat, selagi Allah itu yang kau ada... kau ada semuanya. Kau punya satu kekuatan yang tersangat luar biasa. 

Allah itu maha pengampun. Maha penyayang. Sayang-Nya tidak berbelah bagi pada kita hamba-Nya ini. Ingat lagi tak pada entry gay aku yang pernah membuatkan aku menangis satu masa dulu? Sekali lagi, hari ini Allah bantu aku. Sungguh aku terharu. 



Apa lagi kepuasan yang kau perlu ungkapkan bila mana seorang anak Adam telah kembali pulang ke jalan lurus. Allah Maha Mengetahui. Segala idea yang Dia berikan pada aku dalam entry tersebut rupanya memang memberi kesan kepada golongan-golongan ini. Syukur Alhamdulillah. 

Aku tetap teruskan doa buat insan-insan lemah seperti mereka ini yang masih ramai di luar sana. Aku harap mereka ikhlas mengubah haluan hidup. Aku harap mereka kuat dalam melawan nafsu. Dan aku juga berharap moga Allah permudahkan urusan anak Adam ini untuk berhijrah dan bertaubat. Amin. 



p/s: T____T bulan ini sungguh suci. 


Blog Coklateyes Semakin Profesional?

As Salam semua

Aku ni, kalau takde mood nak update blog kau letak lah depan aku sejongkong emas pun belum tentu lagi jari jemari aku ni laju menaip keyboard untuk update entry. Tapi, sekali mood tu sampai bukan kata satu entry aku up, kadang-kadang sampai 5-6 entry dalam masa sehari. Laju je idea keluar macam paip bocor tepi jalan, free tak payah bayar. 

Jadi blogger ni, salah satu impian aku adalah memprofesionalkan Blog Hanya Dari Mata ni. Matlamat jauh ni. Aku takde pun nak blog femes, tapi cukuplah blog aku memberi manfaat kepada mereka yang baca. Mesti ada terfikir, kejadah apa nak profesionalkan blog, bukan ke blog aku ni hanya sekadar picisan luahan hati saje? Well, macam yang aku pernah mention awal-awal dulu. Aku tak pernah anggap blog sebagai diari. Aku anggap blog sebagai tempat berkongsi kasih dan ilmu. Memang adakala aku letak private story dan luahan perasaan yang gundah gulana, tapi bukan secara direct. Kata orang cover-cover line lah! Jadi, dari segi penulisan entry sendiri kena jadi matang dan pro, barulah privacy kita tak terganggu. 



Hari ni, Blog Hanya Dari Mata melakar sejarah sendiri. Aku upgrade sikit kasi pro. Korang perasan tak url blog dah tukar? Daripada http://coklateyes.blogspot.com/ kepada www.coklateyes.com tapi jangan risau, Kalau korang masih stick dengan yang .blogspot tu pun takpe sebab dua-dua masih lagi redirect pada blog yang sama. Takde beza. Sebenarnya dah lama dah aku plan nak buat benda ni. Tapi kau tau lah aku kan. Bab-bab online business ni. Mana senang nak percaya. Walaupun harganya bawah RM50, duit tetap duit wo!  Kena cari yang betul-betul, barulah aku setuju untuk gunakan servisnya. 

Untuk perkhidmatan tukar domain ni, aku gunakan servis daripada www.hostingrajawali.com melalui En.Abdur Rozak. Aku kenal En.Abd. Rozak ni pun daripada salah sorang blogger juga, Ecadwinkyasha yang jugak baru dapat domain sendiri. Perkhidmatan yang En.Abd. Rozak berikan memang tip top. Memang mesra pelanggan. Sebelum ni ada jugak 2-3 reseller yang aku contact untuk berurusan, tapi semua pertanyaan aku dorang jawab nak tak nak. Kau bukan tak tahu cara aku kan, dari A sampai Z aku tanya. Selagi aku tak faham, aku akan tanya. Supaya taklah aku rasa tertipu. Benda-benda yang libatkan online ni macam taboo sikit untuk aku! Tapi syukur diperkenalkan dengan reseller yang sangat bagus! 

Servis, tutorial semua lengkap dan diberikan semuanya percuma. Kau hanya perlu bayar registration je yang hanya memakan kos RM34 setahun. Kira-kira hanya RM 2.80 sebulan. Murah tak, murah tak? Lebih murah dari topup korang yang seminggu RM10 tu kan? Kira melabur sikit lah untuk blog. Barulah orang nampak kita serius berbloging. Dari segi kepuasan pelanggan, aku memang bagi 5 bintang pada reseller ni. Memang tip top layanan dia. Satu-satu soalan dan kemusykilan aku dijawab dengan baik dan penuh sopan santun. Memang mesra pelanggan. Lagi satu, servicenya sangatlah pantas. Malam tadi, aku confirmkan untuk beli domain sendiri, terus En.Abd Rozak ni prepare semua benda. Tengahari tadi aku bayar dan sms dia, tak sampai 30 minit, semua benda dah setel. Tutorialnya mudah faham dan sangat menyenangkan kau. Takde coding-coding apa bagai pun! 

Kalau kau tanya aku, apa kebaikan ada domain sendiri ni mesti aku tergagap-gagap nak jawap. Ye lah ni bukan bidang aku woi. Cuba kau tanya aku pasal makanan ke, abang-abang hot ke, boleh lah dengan yakin aku jawap. Tapi, don't worry baby. Aku dah siap dah nak bagi korang segala info berguna. Kan aku cakap blog aku bukan untuk aku sorang. Untuk korang jugak. Jadi, apa kata kau baca kat sini tentang kebaikan domain sendiri ni. Mana tahu terbukak hati nak melabur sikit untuk blog kesayangan korang kan? 

So, sekarang ni...salah satu impian untuk blog dah tercapai. Puas hati sangat-sangat.  Ada beberapa lagi yang masih dalam perancangan. Insya-Allah kalau ada rezeki, ada lah nanti aku buat next step. Jadi, korang pulak macam mana? Kata sayang dengan blog korang tu.... than, show your love baby! 


p/s: amacam preparation raya korang? 

Sang Pemimpin Ke Syurga

As Salam semua



Terngiang-ngiang lagi. Masih segar di telinga aku bila mana seorang teman membisikkan bahawa "Setiap orang ada bahagian masing-masing." Aku tunduk. Akur. Memang benar dan tepat. Diam membisu aku kat tepi dia sambil tahan air mata. Dia menyambung "Yang membezakan kita adalah kekuatan! Kau kena kuat. Kuat untuk diri kau dan kuat untuk keluarga kau." Akhirnya kocak air mata itu tumpah. Di genggam erat tangan aku. 

Bercelaru otak aku bila mana mengenangkan nasib diri. Mungkin jauh ketinggalan dari yang lain. Tidak sempurna dan tempuh banyak halangan. Kalau orang lain gembira bila mana duit biasiswa menjengah mesin ATM, aku pula terketar-ketar berkira dan menghitung. Sebahagian buat keluarga, sebahagian buat diri sendiri. Itu sahaja yang mampu. Dan ketika itu, aku membayang masa depan. Moga awan cerah di depan. Kalau orang lain gembira menghabiskan cuti hujung minggu makan angin dengan keluarga, aku pula sibuk membeli barang kelengkapan rumah supaya tidak kosong sepeninggalan aku nanti. Kalau orang lain, bila naik cuti semester dihantar ibu bapa, aku pula gigih meredah ibu kota menapak kaki turun dari sebuah bas ke sebuah bas. Tak kisahlah, asalkan tanggungjawab sebagai anak aku penuhi. Mereka adalah prioriti. 

Sabarlah wahai hati,

Tak mudah hari ni tak bermakna tak mudah untuk hari esok. Ikatan keluarga itu kukuh. Ikatan itu murni. Ikatan yang diredhai pasti ada bantuan dari Illahi. Susah senang hadapi lah bersama. Ayah dan mak itu kan nadi hidup. Penguat nafas menempuh hari depan. Doa dan redha mereka pasti ada untuk anak-anaknya. Walau hari ni nampak diri aku seperti 'kalah' tapi aku yakin, aku tetap jadi anak kebanggan ayah dan emak. Bukan aku seorang. Kau jugak, yang membaca entry ini. Banggakanlah mereka jua... Bukan wang ringgit yang dipinta tapi pengorbanan ikhlas dan kasih sayang itu membuatkan cinta mereka sempurna. 

Tugas seorang anak itu mudah. Maka mudahlah juga jalannya seorang anak ke Al-Jannah selagi dipimpin ibu bapanya...Insya-Allah. Semoga ayah cepat sembuh. Semoga aku, mak, along dan adik tabah dengan dugaan Illahi, dan moga doa kita semua dimakbulkan suatu hari nanti. Amin. 



p/s: Susah-susah dulu, senang kemudian kan... 




Kolej Doktor-Doktor Kacak!

As Salam semua

Pujaan hati nombor satu, Abang Dell yang kini telah arwah. RIP baby! 
Kalau korang nak tahu, habis semester lepas satu UM kecoh sebab dengar khabarnya semua budak-budak senior dah tak dapat duduk hostel lagi. Kolej-kolej hanya dibenarkan untuk pelajar junior. Sapa yang dah tahun 3 hingga tahun 4 jangan haraplah dapat kolej. So sad. Sungguh. Aku seboleh-bolehnya nak duduk dalam kampus je. Tak mau sewa rumah atau bilik ni. Ayah aku pun tak berapa setuju aku duduk luar kampus. Maklumlah, KL kan. Kalau nak duduk rumah teres, sewa mahal. Lagi-lagi kawasan Bangsar atau PJ tu. Kalau dekat Pantai Dalam pulak, kebanyakannya rumah flat. Lagipun kawasan tu, ramai warga asing. Tu yang ayah aku tak berapa setuju untuk lepaskan aku duduk luar. Kalau dalam kampus, keselamatan lebih terjamin dan segala keperluan macam laundry, cafe, wifi semua dah ada. 

First application aku, semua reject. Kiranya masa tu, aku memang dah dapat bayangan lah yang muka aku kena duduk luar kampus. Tapi tak putus asa, buat lah rayuan. Mengharap masih lagi ada kolej yang sudi terima aku sebagai warganya. Akhirnya hari ni, doa aku dimakbulkan. Pagi-pagi lagi dah check dah status rayuan aku. Berdebar jugak jantung. Dalam kepala dah terfikir-fikir, apa plan seterusnya jika rayuan pun gagal. 

Alhamdulillah, syukur pada-Mu Ya Rabb


Keputusan rayuan aku berjaya. Walaupun tak dapat kolej yang lama, Kolej Ungku Aziz. Takpe. Masih syukur sebab sekurang-kurangnya masih duduk dalam kampus. Tak lah risau mak dan ayah aku. Untuk pengetahuan, kolej ni adalah kolej budak-budak medik. Sebab terlalu dekat dengan PPUM. Pernah lah jugak usha kolej ni dulu. Makan kat cafe dia semua. Not bad lah environmentnya. Insya-Allah aku akan cuba berbakti pada kolej Ibnu Sina sama macam aku berbakti pada KUAZ satu masa dulu. Plus ada bonus, makin rapat lah aku dengan budak-budak medik. Eh, mana tau jumpa jodoh kan. Tak ke untung gitu??? 


Terus excited dah rasa hari ni. Rasa macam masuk kolej masa first year dulu. Terus plan nak deko bilik dan meja study cantik-cantik. Haishhhh, bila ingat pasal kampus...sedar tak sedar tinggal sebulan lebih je lagi duduk kat rumah. Lepas tu, sayonara!!! 



p/s: tiba-tiba terigat TV Show favourite kakak aku, House! 


Jumat, 27 Juli 2012

Pudding Caramel & Blueberry Cheese Cake Paling Famous Di UiTM Arau. Nak Cuba Rasa?

As Salam semua

Sejak dua menjak muncul rancangan Master Chef ni, semua perempuan tak lagi mendambakan lelaki-lelaki kacak sebagai putera di hati. Tapi kami, kaum wanita mengimpikan seorang jejaka yang pandai memasak. Yang masakannya enak-enak belaka. Sebab lelaki bila pandai masak, nampak sangatlah sweet. Sapa kata tak macho? Kau tengok Dr. Fazley, kau tengok Jehan Miskin, kau tengok Azwan Ali. Eh! Salah. Heheheeh jangan saman saya ye Double A! ;)

Awal Ramadhan hari tu, Epi, junior aku masa form six dulu kata dia ada buat caramel pudding & cheese cake. Pudding caramel dan cheese cake dia memang dah lama terkenal kat Uitm Arau. Kiranya memang paling laku dan paling femes lah. Aku apa lagi, terus lah order dengan dia. Memang dah lama mengidam makan cheese cake. Kebetulan masa tu, adik beradik aku semua ada balik kampung, jadi memang meriah dan seronoklah makan ramai-ramai kan. Lagi satu, Epi cakap kalau sedap dia mintak aku promote kat blog. Wah, boleh sangat lah Epi. Tu yang dia siap bagi harga baik punya kat aku!


Untuk pudding caramel ni, kat Uitm dia jual sepotong RM 2 tak salah aku. Murah sangat tu wei. Dahlah gebu, manis, lembut, lemak berkrim. Memang complete sedap rasanya. Aku terus order bukan satu dua slices, terus satu loyang! Yummmmaaay!



Resipi lepas ni pulak lagi lah buat korang terliur meleleh-leleh air liur. Tapi harap sabar dan kuatkanlah iman korang ye, al maklumlah bulan puasa. 

yang ini size mini. tapi rasanya megaaaaa sedaaaaaap!

ni satu loyang punya. Cukuplah buat raya pertama ni. 
Cheese cake Epi ni memang 10 bintang aku bagi. Bukan satu thumb up, double thumbs up tau tak. Manis, lazat, creamy, gebu, lembutnya bukan kepalang. Satu family aku suka. Semua puji-puji kelazatan cheese cake Epi. Untuk hari tu, Epi tak buat Blueberry cheese cake, dia buat Strawberry cheese cake. Takpe, tak kisah perisa apa. Janji sedapnya sama. Ayah aku siap suruh tempah untuk hari raya pertama lagi. Dia suka sangat!

Goda? Please lah, sapa tak tergoda woi! 
Dengar khabarnya lepas ni, si Epi bercadang nak try satu lagi resipi. Yang ini, silap hari bulan boleh tergugat iman puasa aku ni tau tak. Sapa yang tak kuat iman, aku sarankan, baik jangan tengok. 


Jadi, pada budak budak Uitm Arau khususnya, silalah contact Epi kalau nak rasa kelazatan resipi orang bujang ni. Tapi bukan sekarang lah, sekarang kan puasa.Nanti naik semester nanti. Oh, lupa nak bagitau. Epi ni MPP Uitm Arau. Kalau tak kenal, nah ni orangnya. Nak order melalui FB pun boleh rasanya kan Epi, ni link FB Epi. Selamat telan liur ye semua....





p/s: Kalau dapat laki kencang kat dapur, hari-hari manja-manja nak makan sedap!



Rabu, 25 Juli 2012

Gathering Iftar Yang Sangat Memori.

As Salam semua

Korang masih ingat tak satu persatu kawan-kawan zaman sekolah rendah mahupun menengah dulu? Aku percaya mesti ada yang tak ingat, kalau ingat pun mesti ada sebab-sebab tertentu macam dulu masa sekolah, dia pernah tercirit dalam seluar ke, atau pun masa kelas matematik dulu dia pernah kena denda kaw-kaw punya ke, tak pun mesti kau penah admire dia kan??? Hahahaha! Kantoi. 

Well, bila musim cuti semester macam ni, perkara pertama yang terlintas kat kepala aku adalah gathering bersama rakan-rakan sama main cop tiang zaman muda dulu. Satu satu muka kesayangan aku muncul dalam ingatan. Alhamdulillah, masing-masing berjaya dengan bidang tersendiri. Yang jadi akauntan, engineer, businesswoman, geologist, dokter, arkitek,polis, cikgu semua ada lah. Complete set. Kira esok lusa kalau aku ada hal apa-apa, insan-insan ini lah yang aku cari dulu untuk merujuk. 

Tadi, ada kesempatan untuk berbuka puasa bersama dengan kawan-kawan sekolah rendah aku dulu. Nama kelas aku dulu masa sekolah rendah 6 Setia namanya. Ada 41 orang pelajar. Ramai kan. Tapi itu tahun 2001. Untuk 2012, yang masih setia hanyalah 5 orang. Bukan kata yang lain tak setia, sibuk agaknya. Takpun malu kot nak join sama. Tak apa lah, mana yang ada. 

Walaupun hanya berlima, dua lelaki dan tiga perempuan je yang ada, tapi mulut kepoh nauzubillah. Ni kira kalau bawak majlis ni boleh gegar meja wei. Dengan gelak, dengan kepoh, dengan pot pet pot pet, dengan membahan sesama sendiri. Memang cukup. Yang lelaki dua orang tu jangan kau fikir dia pendiam, tapi bab troll orang nombor satu tu! Hahahaah.

Aktiviti pertama, haruslah berbuka puasa sama-sama. Alhamdulillah, dua set family meal licin bersih dikendurikan lima sahabat ni. Tanpa segan silu. Tanpa malu. Bila dah kawan, tak usah memalu lah kalau kau nak kokak kepala ikan kerapu tu. Buat macam rumah sendiri je. 


Kalau tahun lepas kiteorang buka puasa ala buffet, untuk tahun ni semua sepakat nak makan cara hidang. Tak banyak beza pun harganya. Alhamdulillah, percubaan pertama makan kat restoran ni berbaloi. Sedap dan murah. Kau nak tengok satu magic tak??? 



Yes, licin. Semua kenyang, semua menjilat jari. Lepas solat maghrib semua, terus plan aktiviti yang sesuai dilakukan. Orang lain solat terawih, kiteorang pulak pergi main bowling. Kalau bab bowling ni, aku memang awal-awal dah surrender lah. Dan jangkaan aku tepat, sememangnua aku Ratu Longkang. Entah apa malang entah, semua bola tak nak straight. Geram je! Grrr....


Last sekali sebelum balik, the ladies troll Adi. Seorang yang berlagak cool kononnya. Dia lupa mana letak kunci kereta, si Suhaila pergi nyorokkan dalam beg telekung aku. Ceh, bila dah macam tu, cool entah ke mana. Muka pucat lesi. Menggelabah gila-gila. Tapi tetap tu membahan aku sebagai ratu longkang. Puiii! ;) Siap warning aku lagi, tahun depan dia memang nak troll aku kaw-kaw. Siap sedia je lah! Hahahahaa

Adi-me-sue-biha

haikal hujung tu aka pemilik blog Kroniknya Dunia.
 *cubalah kau baca, nescaya kau akan rasa kronik jugak!


Walaupun kita tak selalu jumpa, tapi kenangan kita masa kecik-kecik tetap dalam ingatan. Kita tetap sama walaupun sekeliling kita beza. Kita tetap kawan walaupun susah dan senang. Sebab kita semua dididik untuk saling setia dan support each other. Insya-Allah ;) 

Akhir sekali, sekarang ni aku dalam mood bersyukur yang tak terhingga sebab mak dan ayah hadiahkan aku sesuatu yang sungguh aku tak terduga. Terima kasih banyak-banyak mak, ayah. Terima kasih jugak untuk Hero Pujaan Pertama aku, Dell yang sungguh banyak berjasa. Juga Hero nombor dua aku, Si Cenonet HP




p/s: Rindu zaman kecik dulu. Zaman main cop tiang! 






Senin, 23 Juli 2012

Sponsor Radio Internet, Temin.fm : 24 Jam Lagu Best Woh!!!

As Salam semua

Ramadhan dah masuk hari keempat kan? Cepat masa berlalu. Tup tup tinggal seminggu lagi nak raya. Aku macam biasa lah, duduk rumah memang feel lah seratus peratus puasa. Nak kata tidur je tu tak lah. Busy macam anak sepuluh jugak nampak gayanya. Menguruskan urusan dunia. Kehkehkeh. Sempat lagi kan nak buat ucapan? Kalau korang kata lambat, aku tetap nak ucap "Selamat Menjalani Ibadah Puasa Buat Muslimin & Muslimat specially readers dan follower blog aku ni". Ni blog aku kan, suka hati lah nak ucap cepat ke lambat. Hewhewhew! 

Cerita pasal puasa ni kan, nak kata aku malas takde lah sangat. Nak kata aku busy pun tak jugak sebenarnya cuma entak kenapa jari jemari aku ni dah tak lembut pulak nak menaip entry macam aku kat kampus dulu. Kalau masa belum cuti semester ni, pantang ada idea sikit laju je jari aku ni menaip satu per satu perkataan untuk entry blog. La ni, ya Rabbi nak buat separuh entry pun macam kena paksa kerja buruh kasar! Malas woi!!! 


Kalau kau perasan kan, kat sebelah tepi blog aku ada satu perubahan besar. Certeka, certeka! Yes, yes! Tu ada satu column baru "Speaker Tajaan"! Tu lah kan, blog ni memang macam-macam sumber rezekinya. Blog aku dipilih sebagai salah seorang sponsor untuk Radio Temin. FM. Radio 24 jam tanpa henti. Haaaa kalau korang kata tak pernah dengar pun nama radio ni? Yerp, aku pun sama. Tak pernah dengar kan. Tapi, please please please jangan cepat under estimate sesuatu. Kau dengar dulu! Ohhhhoooiiii lagu-lagu dia main boleh tahan wo! Current song beb! Ni, masa aku taip ni around 2-3 pagi still ada deejay yang duk bebel-bebel tanpa boring. Siap promote blog aku lagi tu, kadang-kadang kena bahan jugak! Sabar je lah. Kehkehkeh. 

Korang cuba klik link ni, link webpage radio ni. Kat situ ada macam-macam yang korang boleh buat. Paling aku suka tu diaaa, boleh request lagu. Aku dah try, sekejap je terus dimakbulkan permintaan korang tu. Tak payah tunggu lama-lama. Lagi? Korang boleh chatting-chatting jugak dekat situ. Mana tau, ada rezeki jumpa jodoh kan? Heheheh! Tak cukup tu, kat website ada banyak cerita dan info-info terkini yang boleh lah sikit sebanyak tambah maklumat korang. Tak lah orang panggil korang katak bawah tempurung kan. Haaa kan bagus tu, semua ada. Complete set lah. 

Dengan tagline "Ate Moh Ler Kite Dengor", radio internet ni agak fresh untuk jadi halwa telinga para visitor, reader dan follower blog aku. Tak lah stick dengan satu lagu je kan. Korang boleh dengar lagu dari zaman rock kapak, jiwang leleh mahupun ke zaman sekarang, ala-ala lagu easy listening gitu. Apa tunggu lagi, cepat-cepat request lagu kegemaran korang. Tapi jangan lupa, letak nama blog Coklateyes sebagai sumber info korang ye. Eh, tekan sekali button LIKE kat FB Temin.fm. Semoga sukses Temin.fm! Go baby, go baby! 



p/s: nak try jadi deejay agak-agak layak tak???

Jumat, 20 Juli 2012

Anak Kucing Angkat

As Salam semua

Sapa-sapa yang tau facebook aku, start daripada aku cuti semester lepas aku memang dah meroyan cari anak kucing. Sana-sini aku cari anak kucing. Bukan takde kucing kat rumah ni, ada. Namanya Kimi. Kucing jantan paling hot lagi seksi, cuma biasalah kan kucing jantan aku yang sekor ni sangat super hero aktif. Dia takdenya nak layan kau gesel-gesel hidung ke, main bulu-bulu dia ke, apatah lagi nak peluk dia kepam-kepam. Memang tak lah. Dia datang dekat kau bila dia lapar je. Waktu dia kenyang dia main lari bagai harimau kumbang! Laju gila babas dia lari. Aku yang gemok ni nak kejar memang semput lah! Hahahaha. Jadi, disebabkan aku dahaga kasih sayang seekor kucing, aku ke hulu ke hilir mencari anak-anak kucing yang manja. Lama jugak aku usha page sana sini. Dari KTAJ Adoption Online sampaikan ke Malaysian Cats Free Adoption, hari-hari aku tengok. Cari kucing yang sesuai dan berhampiran untuk diambil sebagai anak angkat. 

Setelah lama mencari, memang rezeki sangat aku dengan anak bulus yang sekor ni. Ada seorang doktor di Bangsar, berhampiran sangat dengan UM nak bagi anak kucing untuk adoption. Mula-mula aku fikir nak bawak naik bas guna pet carrier, tapi bila fikir balik takut pulak syarikat bas tak benarkan. Jadi kebetulannya, ada kawan aku nak pergi interview kat KL jugak, jadi aku tumpang dia dan mintak tolong  untuk bawak anak kucing kesayangan aku ni. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan.


Sesampainya aku kat rumah tuan empunya tu, aku tak sangka pulak doktor ni asal dari family orang kaya. Aku sendiri kagum dengan rumah dia. Ada swimming pool bagai, ada court tenis, ada air pancut semua. Huh, aku sendiri rela jadi kucing kalau dapat tuan orang kaya macam ni. Dato' tu ada 25 ekor kucing yang semuanya gebu bagai. Siap ada anak kucing yang mata dia sebelah biru dan sebelah lagi gold. Gerammmmmm je!

mata kaler lain-lain. tapi belum putus susu lagi ni...
Setelah main-main dengan kucing yang 25 ekor tu, aku kena pilih salah sekor untuk diadopt. Ada dua yang nampak manja dengan aku dan memang aku berkenan. Yang sekor bulunya warna putih dan ekor warna coklat, lagi best mata dia biru kristal. Yang sekor lagi, ekor kembang, warna mix putih dan gold. Muka comel dan aktif.  Dua-dua nampak cantik dan manja. Memang susah nak buat pilihan. Rambang mata aku. Untuk buat final decision ni,  sambil aku dukung dua-dua anak bulus tu, aku cakap dalam hati. "Sapa yang nak ikut kita balik Johor?"

Tiba-tiba salah sekor anak kucing ni terus baring kat dada aku masa aku dukung tu, sambil mata dia pandang aku. Manja sangat macam faham apa yang aku cakap dalam hati tadi tu..... Alhamdulillah... Dia sudi bermanja dengan aku. Yang mana satu korang rasa???

yang ini.....






Comey kan? Comey kan! Sumpah, aku pun jatuh cinta dengan dia. Sepanjang drive back to Kluang, dia senyap je. Tak banyak ragam. Duduk diam-diam. Bulu dia halus sangat macam baldu. Putih, gebu. Mata bulat. Ekor spiral dan kembang. Manja dan sangat playful. Memang buat orang geram nak geget-geget dia! Alahai.... rezeki aku agaknya.

Sesampainya kat rumah, family aku semua suka lah dengan dia. Terus esoknya kiteorang bawak dia pergi vet, belikan vitamin, cage, ring ball, makanan dia semua. Than, setelah bincang dengan ayah aku, ayah decide nak letak nama dia sebagai Glory. The meaning of great honor, fame, pride and luminosity. Harapnya Glory serasi tinggal dengan aku dan keluarga aku. Moga Glory membawa rezeki jugak pada kami semua. Amin!



p/s: Selamat Berpuasa semua. Moga Ramadhan ini membawa barakah pada kita semua



Rabu, 11 Juli 2012

Blogger Bercinta Dengan Isteri Orang!

As Salam semua

Masih ingat lagi tak, kisah percintaan terlarang antara aku dan seorang blogger famous ni? Sehingga sanggup ku renang sungai dan lautan meredah jam Kluang-Batu Pahat semata-mata nak jumpa kongsi ketawa dengan dia. Hehehehe. Cik Puan Bunga lah sapa lagi. Kepochi yang kalau kau dengar ketawa dia, kau pun boleh gelak sama. Tak jauh beza pun gelak dia dengan gelak Kiah Propa tu.

Sebelum aku exam hari tu, Cik Puan Bunga ni mengidam benar nak makai baju Superman lah, Transformer lah, Hard Rock Cafe lah, Justin Bibior lah... padahal tu semua outdated kan? Tapi dah orang jenis ketegaq. Kau bising macam mana pun lah, fanatik tetap fanatik. Jadi, sayang punya pasal, layankan lah orang tua tak berapa muda ni! Kihkihkih. Boleh baca pengembaraan aku mencari barang rare tersebut kat sini. Memang super duper gigih. Macam aku cakap, basah ketiak woi! Tapi usaha aku berbaloi.


Hari minggu yang lepas, pembuktian cinta telah berlaku. Si dia datang ke Kluang dengan kekasih hati nombor satunya untuk ber'mesra' dan berkenalan dengan aku. Kekasih ciliknya, Adam Irfan Xaharis tidur, lambat sangat tunggu mamanya make-up. Bila dikejut mahu taknya budak tu mengamuk kan. Jadi terpaksalah tinggal dengan nenek. Alaaahai. Rindu gila kot aku dengan budak muka K-Pop tu.

Abang Izal senyap je makan sambil senyum sikit-sikit bila kiteorang memekak macam sepuluh tahun tak jumpa. Sorry Abang Izal, isteri anda sayang saya lebih sikit masa tu!Kehkehkeh. Cik Puan Bunga pulak asyik buat perangai manja dia. Potongkan ayam lah, suap-suap lah. Memang mencabar iman aku sebagai orang bujang ni. Jeles ai you! Memang sahih lah, Abang Izal penyabar. Kalau aku dah lama dah kena CPB ni. Heheheh!
Abang Izal sopan je. Bini dia? Kau tengok sendiri lah.
Abang Izal belanja. Terima kasih!
Aku dengan CPB kalau tak bergosip tak sah. Tapi kami sahut cabaran Abang Nara, bergosip secara berhemah. Makanya, kami bukanlah mengumpat mahupun mengata. Cuma membincangkan hal-hal duniawi dan perilaku manusia yang Masya-Allah, dasyatnya tak terkata. Selain tu, apa lagi. Haruslah pinjam bahu dan telinga dia seminit dua, buat menadah kisah suka duka kehidupan aku ni kan. 


Tercapai jugak CPB nak merasa pakai baju superman dia tu. Aku cuak jugak manalah tau kalau terlalu besar saiznya. Tak pun terkecik ke. Naya je beli mahal-mahal tapi tak dapat gembirakan hati kesayangan. Puas aku berdoa supaya baju ni boleh buat CPB senyum happy. Rupa-rupanya.... bukan senyum je... ketawa mengekek pun ada! Bahagia aku tengok dia bangga dengan hadiah aku yang tak seberapa tu.



Dan sebagai menambah bahagia aku lagi, akhirnya baju Superman sangat anggun dipakai CPB di hari sukan kecil sekolahnya. Walaupun hanya barangan uptown, di tambah pula baju tu hanyalah untuk bau-bau masam peluh bersukan, tapi disebabkan baju tu penuh kasih sayang semuanya nampak awesome kan! Awesome macam kami berdua lah! 



P/s: Balik KL sekejap. Ada urusan. Malasnyaaaaa lahai.... 




Kamis, 05 Juli 2012

Muka Cantik Kau Tu Tak Guna!

As Salam semua

Wohoi. Lama sungguh tak update blog. Ingatkan balik rumah, mood menulis entry mencanak naik, rupa-rupanya. Dum dum dum....jatuh merundum! Idea ada, tapi tahap kemalasan melampau-lampau. Ye lah, tak kan balik rumah asyik nak memerap dalam bilik je kan. Haruslah bermesra-mesra dengan jiran tetangga. Lagi-lagi makcik yang punya anak bujang kacak. Ehem, tumpang lalu mak. Eh, salah. Makcik! Kehkehkeh. Actually, tak lah gitu. Aku busy jugaklah. Sebelum pergi event GetUp Kluang tu, aku ada satu interview kat KL. Jadi uruskan all the materials for interview. Doakan ye interview berjaya! Lepas tu, uruskan urusan family pulak. Turun naik JB. Tu yang memang tak menyempat nak update blog. Ada yang rindu tak? Heheheh. Kalau ada, Alhamdulillah. 

Tadi, aku ke JB. Ke Menara Tabung Haji di Jalan Ayer Molek. Ada urusan keluarga sikit kat sana. Alhamdulillah segala urusan dipermudahkan. Mula-mula plan nak naik bas je. Malas nak drive sebab nak pergi sorang kan. Cuak gila rasa. Tak pernah pun pergi JB naik bas sorang-sorang. Entah macam mana, malam tadi ada kawan aku tiba-tiba call aku dan baik hati nak hantarkan aku. Alhamdulillah. Syukur ada kawan yang tahu susah senang aku. Thanks awak. 


Sampai kat sana, hujan lebat sangat-sangat. Sementara menunggu giliran tu, aku memang perasan ada seorang pegawai kat situ cantik sangat. Super duper cantik lah. Muka macam arab sikit. Aku tengok sekali, tak cukup. Kena tengok 2 kali. Lawa punya pasal kan. Sambil melayan instagram, aku sabar tunggu giliran. Datanglah seorang pakcik tua dalam lingkungan 65 tahun. Dah uzur dah. Kurus je. Sambil basah sikit-sikit kena hujan. Pakcik tu berurusan dengan akak cantik tadi tu. Lepas brief pakcik tu dalam 2-3 minit, akak tu suruh pakcik tu isi borang semua. Pakcik tu diam je, angguk tidak. Geleng pun tidak. Takde cakap apa pun. Dia terus ke satu sudut sambil belek-belek kertas tadi. Tak lama lepas tu, dia ke kaunter semula. Panggil akak cantik tu dan serahkan borang. 

Tak memasal....

Akak Cantik: Pakcik, pakcik tak reti baca ke? Tak tahu ke macam mana nak isi borang? Semua kosong je! *suara menengking habis sambil mata terjengil keluar. Macam monster! Terkejut aku.
Pakcik Tua: Tak nampak lah nak. Tulisan kecik sangat. 
Akak Cantik: Kalau tak isi betul-betul, macam mana saya nak proses. Pakcik isilah macam mana cara pun. *Sambil hempas kertas tu. Lepas tu dia blah. Orang ramai semua pandang semacam dekat akak tu. 
Pakcik Tua: Ambil balik kertas tadi, tengok kiri kanan. Kesiannya dia!

Eh perempuan ni!!! Ini sudah lebih! Aku geram.Telinga aku berasap je dengar suara tengking nyaring-nyaring ni. Cilakak akak ni! Saje cari pasal. Aku pergi kat pakcik tu. Dalam hati dah merancang-rancang nak sound direct je kat pompuan cantek tapi biadap tu. Kurang adab betul layan customer macam tu. Itu satu hal, pakcik tua pulak tu. Haish, mana budi bahasa kau woi! 

Aku bawak pakcik tu pergi kat meja yang ada. Aku tolong isikan mana yang aku tau. Orang tua kan, memanglah macam tu. Mata tak nampak. Tulisan kat borang kan memang cenonet. Lepas tu, kadang-kadang manalah orang tua tahu sangat nak isi borang. Salah ke kalau kau tunjuk kan pakcik tu. Tak payah nak tengking-tengking. Tak pun, mintak pakcik tu cakap. Kau tulis! Susah sangat ke. Lepas aku dah isi form pakcik tu semua, aku pun bagitau kat kerani depan untuk panggil "Akak Chantek" tu tadi. Dia datang, muka ketat giler. Than aku serahkan borang tu kat dia. 

Aku: Kak, ni borang pakcik tua yang akak tengking-tengking tu tadi. 
Akak Cantek: Awak ni sapa? Anak dia?
Aku: Saya bukan sapa-sapa. Bukan keluarga pakcik tu, bukan pegawai pun dekat sini. Orang biasa, tapi saya tau lah cara macam mana nak cakap elok-elok dengan orang. Lagi-lagi orang tua. 
Akak Cantek: Pandang aku macam nak makan orang! Terima kasihlah. 
Aku: Sama-sama. Kak, lain kali sebelum tengking orang, cuba bayangkan kalau orang tu ahli keluarga akak. Orang buat macam tu. Apa ek akak rasa? Tak elok kak, tengking orang tua. Kalau ye pun PMS, jaga adab. Jaga budi bahasa. Tak guna muka cantik, tapi biadap kak. 
*sambil aku tinggalkan dia dengan beribu soalan. Duduk balik sebelah pakcik tua tu sementara tunggu pegawai yang in-charge aku keluar. 


Hamek kau! Kena berdas-das dengan aku. Aku takde niat pun nak biadap dengan dia. Aku cakap baik-baik je, cuma macam biasalah pedas gila kan. Aku memang tak puas hati betul kalau ada orang yang berurusan dengan hal ehwal pelanggan atau orang ramai ni tapi budi bahasa out. Memang aku rasa nak maki je. Bukan apa, dah tau dah bidang tugas kau melibatkan orang ramai, yang banyak ragam banyak perangai, kau cubalah tonjolkan perilaku yang baik. Memang mood orang ada turun naik, tapi agak-agak lah. Be professional. Awak berkhidmat. Awak dibayar gaji. Salah ke kalau cakap elok-elok. Lagi-lagi dengan orang tua. Kau cuba lah faham sikit keadaan orang-orang tua. Kau tak ada mak ayah ke? Kau tak takut kalau mak ayah kau orang lain layan macam tu? Ingat sikit lah kakak! 



p/s: Kacak luar, kacak dalam juga! 







Minggu, 01 Juli 2012

GetUp Kluang 2012 Gegarkan Kluang!

As Salam semua

Love.Trust.Respect [Proud to be JOHOrean]
Mana mungkin orang macam aku ni cuti semester memerap je kat rumah. Oh tidak! Satu kemustahilan buat aku. Family aku pun mesti akan pelik kalau masa terluang, aku duduk kat rumah je. Hahahah. Semalam kat Kluang, sibuk orang duk kepoh pasal GetUp Kluang organized by Kluang Mall & JOHO. Event yang first time diadakan kat bandar ni. New breath gitu kan. So, aku pun plan dengan bespren poreber aku yang sorang ni untuk sama-sama berjimba. Sambil-sambil menjoyah bersama. 

Suesuk & Me
Bukan selalu jumpa, sekali jumpa. Tak ingat dunia
Event tu, aku tak sure bermula pukul berapa. Aku pergi sebelah petang membawak ke malam. Diadakan di Kluang, The Street iaitu dihadapan Kluang Mall. Main road tu dorang tutup habis. So, agak besar jugak event ni. Ada macam-macam aktiviti aku tengok. Daripada photography clinic by Amri Ginang dan Kukubesi, awesome lah photoshoot dorang. Dua orang legend dalam bidang photography kan? Ada konsert, charity, car boot sale, cycling dan banyak lagi. Tak semua aku tau pun. Mostly it is for the youth! Car boot sale yang diorganize oleh JOHO, as usual menjadi tumpuan aku. Tak beli apa pun. Suka cuci mata je. Takde sangat barang yang aku berkenan.

Meet up new friends, Shelly. Kawan Suesuk yang attend Car Boot Sales. Peminat Fynn Jamal ni!
Fixie Bicycle Tour
The Legend, Amri Ginang

semalam abang ni buat semua orang terpegun. 
Sebelah malamnya pulak, ada konsert yang diserikan oleh artis-artis macam Altimet, Fynn Jamal, Monoloque, Atilia dan beberapa band underground yang pemes ames kat JB macam Statik. Aku tak berapa kenal sangat, tapi kalau Suesuk, bff aku ni kenal semua. Budak UTM Skudai kot! Haruslah familiar with all the gig kan?

Gambar-gambar sekitar event malam tadi aku ambil dari facebook senior aku masa STPM dulu, Momok Blurps dan kawannya, RazeeAsada Akimura . Dah jadi antara photographer terhebat kelahiran Kluang. Cayalah! Bangga sekejap. Kalau orang Kluang nak pakai photographer untuk event, silalah jemput mereka. Boleh dapat murah, kalau sebut nama aku tiga puluh tiga kali. Kehkehkehkeh. 


Atilia comel & Monoloque
Lighting tu awesome lah!
Ni Band Statik. Pemes katanya di JB. 
Altimet. 
Overall, it was nice and happening event. Satu pembaharuan buat warga Kluang. Kalau ada lagi next time, I really wish for more activities yang bermanfaat untuk belia Kluang. Pendedahan kerjaya dan pendidikan ke, showcase animal lover ke, book fair ke. Mesti lagi meriah! Ewah. Dah macam Menteri dah aku bagi ucapan.

Lagi satu, semalam aku tengok meriah orang Kluang pakai baju GetUp Kluang tu. Cantik sangat kot, tapi tak tahu pulak kat mana dorang dapat. Tak jumpa booth yang jual pun. Sumpah, aku meleleh je tengok orang pakai baju GetUp Kluang tu!





p/s: Tak lama lagi dah nak puasa....







Top