Kamis, 21 Juni 2012

Yang Sini Sayang, Sana Pun Dia Sayang

As Salam semua

Menjadi seorang lelaki, salah satu tanggungjawab yang dipikul tak kiralah hari ni mahupun hari mendatang adalah tanggungjawab dalam membuat keputusan.  Faktanya, setiap keputusan itu punya risiko tersendiri. Ada baik, ada buruk. Itu yang merunsingkan. Ditambah pula jika si lelaki memang lemah skill untuk membuat keputusan. Maklumlah, manusia kan. Aku sendiri kadang-kadang haru biru apabila disuruh buat keputusan. Lebih-lebih lagi kalau keputusan tu melibatkan masa depan. 


Bila salah seorang kawan lelaki aku mintak pendapat aku mengenai reason yang sesuai untuk dia lepaskan salah satu pilihan hati, aku jadi buntu. Perasaan simpati menyelubungi diri aku. Yang kiri dia sayang, yang kanan pun dia sayang. Dua-dua kalau boleh dia mahu jadikan suri dalam hatinya. Keduanya menambat hati, dan keduanya terbukti antara yang terbaik. Namun, mana mungkin dua hati dapat dikasihi seadilnya?

Aku nasihatkan dia untuk mengikut pilihan emak. Memang dah terbuktikan pilihan emak sememangnya pilihan terbaik. Walaupun kita tahu, emak juga manusia. Kadang-kadang melakukan kesilapan. Tapi, emak mana yang tak mahu melihat anaknya bahagia. Tentulah pilihan emak adalah pilihan yang membawa ke syurga. Namun, hati yang ditinggalkan perlu dijaga. 


Aku bagi cadangan pada dia supaya jangan putuskan sillaturahim antara dia dan yang tak terpilih tu. Jadikan hubungan sebagai seorang kawan. Yes, memang aku seratus peratus pasti alasan tu akan meremukkan hati  perempuan tersebut. Tapi percayalah cakap aku. Perempuan akan rasional melalui masa. Hari demi hari, Insya-Allah dia akan sedar bahawa tak semua benda yang diharapkan menjadi kenyataan.

Perempuan memang akan menangis jika orang yang disayang memilih orang lain sebagai pilihan hati tapi perempuan lebih rela menangis mendengar penjelasan daripada menangis sebab cinta yang penuh kepura-puraan. Kiranya, lelaki kena gentleman. Berterus teranglah walaupun pahit. Jangan simpan-simpan. Sini kata sayang, sana pun kata sayang. Kaum perempuan sedar, hidup memang penuh dengan pilihan. Dan mungkin pilihan si lelaki itu adalah yang terbaik buat dirinya. Redha sahaja! 

Last sekali nasihat aku pada kawan lelaki aku tadi, aku nasihatkan dia untuk buat solat istikharah. Walaupun, emak dah buat pilihan, macam aku kata tadi... emak juga manusia. Adakala khilaf dalam membuat penilaian dan pentafsiran. Kawan lelaki aku rasa dia tak layak. Sebab katanya dulu dia jahat. Solat pun lompong sana sini. Tak kan Allah nak bantu dia dalam buat keputusan. Aku ingatkan dia satu perkara. Soal jodoh ni rahsia Allah. Manusia tak dapat meneka. Mungkin Allah beri dia pilihan jodoh sebab Allah nak dia balik pada-Nya. Benda yang baik, mana mungkin Allah susahkan. Pasti Dia bagi jalan. Cuma kita ni lah hamba-Nya... kena beringat. Kena bertawakal! 





p/s: sometimes, the best way to stay close with someone you love is by being JUST A FRIEND.




0 komentar:

Posting Komentar


Top