Minggu, 10 Juni 2012

Peringatan Buat Anak Dara

As Salam semua
Moga jodoh kekal ke syurga

Kali ni entry ada horror sikit. Tadi aku baca kisah Cik Ponti dekat blog Azhafizah, tup-tup kawan aku pun  ceritakan cerita seram jugak kat aku. Peringatan buat gadis-gadis di luar sana termasuk aku jugak. Moga kisah ni dijadikan satu iktibar buat kita semua.

Makciknya, Kak D, seorang anak dara yang sangat cantik. Bertudung, berhidung mancung, mata bulat, kulit hitam manis persis Kajol masa muda dulu. Kiranya, kalau orang  lelaki pandang, memang tak akan lepas lah pandang sekali. Mesti nak dua tiga kali pandang. Aku sendiri mengakui kecantikannya. 

Tapi, dalam wajahnya yang tenang dan manis tu, Kak D masih tak ketemu jodoh lagi. Usianya dah cecah 34 tahun. Bagi orang cantik macam dia, sapa nak percaya kalau masih single. Sebab mustahil orang secantik tu untuk dibiarkan tanpa kekasih. Namun itulah hakikatnya. Bukan tak ada lelaki yang berkenan, berderet dan beratur panjang. Tapi tak tahu di mana silapnya. Bila sampai je masa untuk serius atau nak tunang, mesti lelaki tersebut  menolak hasrat untuk memperisterikannya. Bukan sekali dah banyak kali. Masa berkawan elok je. Bila getting serius terus lelaki tu tawar hati dan paling sedih bila lelaki-lelaki tu hilang tanpa berita dan menjauhkan diri. Pelik memang pelik! Hatinya hancur bila hampir berpuluh lelaki yang buat perangai yang sama. 

Salah sorang jirannya mecadangkanya berjumpa dengan seorang ustaz bijak pandai di kampung tersebut. Sesampainya Kak D dan ibunya ke rumah ustaz tersebut, ibunya pun menceritakan kisah Kak D yang terlalu kerap putus jodoh ni. Ustaz tu  bertanya pada Kak D berapa umur Kak D sekarang. Kak D pun beritahu lah umurnya bulan 9 ni masuk 34 tahun. Ustaz tu diam. Lama sangat. Lepas tu, ustaz tu mengucap panjang. Ustaz tersebut menyuruh Kak D tenang dan banyakkan mengingat Allah bila mengetahui pekara sebenar. Ustaz tu kata, seri muka Kak D dah ditutup. Sekarang ni, mana-mana lelaki yang mula atau berniat nak jadikan Kak D isteri, akan melihat Kak D bukan seperti umur 34 tahun tetapi wajah Kak D menyerupai seorang wanita tua yang kerepot dan hodoh berusia lebih 60 tahun! Menangis Kak D ketika tu. Barulah dia tahu apa puncanya walaupun pada asalnya Kak D bagai tak percaya. 

Rupanya, 'benda' ni semua dihantar oleh bekas tunang Kak D yang first dulu. Ketika Kak D berusia 21 tahun. Kak D memutuskan tunangnya dengan lelaki tersebut sebab lelaki tu panas baran. Bukan panas baran, malahan pendendam. Padahal sekarang ni lelaki tu dah punya isteri dan anak. Dia hantar 'benda' ni kata ustaz tu sejak Kak D putuskan tunang dengan dia dulu dengan niat supaya Kak D tak akan bertemu jodoh dan berjumpa dengan lelaki yang sudi kahwin dengannya. 

Aku dengar cerita ni pun memang naik seram. Berdiri-diri bulu roma aku. Ustaz tu kata, lelaki bekas tunang Kak D tu menanam satu bungkusan yang berisi tanah kubur dan gumpalan rambut seorang mayat perempuan tua berdekatan dengan bilik Kak D. Dan sekarang ni, ustaz tersebut sedang membantu Kak D untuk membuang 'benda' tu dan memulihkan seri wajah Kak D. Insya-Allah sama-sama kita doakan. 

Inilah pertama kali aku dengar kisah dendam yang sebegini antara seorang lelaki pada seorang perempuan. Betulkan, kalau orang penuh dengan hasad dengki memang macam-macam yang boleh dia buat. Kadang-kadang kita sendiri tak tahu dan tak sangka. So, pada aku kita semua kena jaga perhubungan sesama manusia dan jaga hati mereka. Lagi-lagi dalam kes cinta. Kuatkan benteng pertahanan kita dan segalanya kita serah pada Allah. 



p/s: terus baca Ayat Kursi jom. Moga kita dilindungi... 



0 komentar:

Poskan Komentar


Top