Jumat, 29 Juni 2012

Tahniah Irma Hasmie! Selamat Sudah Diijabkabulkan.

As Salam semua


Mungkin ada yang terlupa bahawa hari ni merupakan hari bahagia buat Irma Hasmie dan pasangan Rezza Shah Azmeer Dato' Radzuan. Tahniah buat Irma dan suami. Moga kekal jodoh hingga ke syurga. Aku suka Irma Hasmie ni sebab dia merupakan artis yang jelas ikhlas penghijrahannya menutup aurat. Bertambah cantik dan manis pulak tu.  Alhamdulillah! 







Minggu, 24 Juni 2012

Memaafkan Kawan Yang Busuk Hatinya

As Salam semua

Manusia mana yang tak pernah lekang melakukan kesilapan. Baik kecil, tua dan muda. Ada kala, kesalahan tu sangat besar di mata kita sehingga merasa terasing dan seolah-olah satu dunia menghukum kita. Berlawanan bagi kesalahan, adalah sifat pemaaf. Maaf bukan sekadar maksudnya melupakan perbuatan tu, malahan maaf juga perlukan keikhlasan. Jangan maaf hanya di bibir, tapi ada dendam kesumat.  Perkara memaafkan kesalahan dan kesilapan orang lain ini sangat besar manfaatnya, begitu juga besar pahalanya. Tapi, berapa ramai di antara kita yang ikhlas memaafkan kesalahan orang lain? Lagi-lagi yang melibatkan kejujuran, kesetiaan, amanah dan kepercayaan. 


Sifat pemaaf ni juga merupakan penghalang kepada sifat dendam. Manusia bila marah, sudah pastilah mahkluk yang teramat suka melompat gembira ketika itu adalah syaitan. Tak pernah putus cucuk jarum suruh kaum adam ni bertelagah dan bermasam muka antara satu sama lain sehingga terputus sillaturahim yang terbina. Namun, kalau dilihat secara rasionalnya, insan yang bermasam muka ni sangatlah tak matang. Orang yang matang, berpendidikan, waras akal fikiran tak de nya nak layan perasaan marah tu sampai berbulan-bulan, bertahun-tahun, sampai ke anak cucu. Duduk baik-baik. Cakap elok-elok. Bawak berbincang dan huraikan satu persatu. Yang salah ditegur, yang tak betul dibetulkan dan yang dah elok diperkemaskan. Barulah hubungan sesama manusia menjadi harmoni. 

Aku pernah dengar quotes yang kata, "Trust is like a paper, once it crumpled it can't be perfect". Tang tu aku tak nafikan. Bila seseorang telah meletakkan kepercayaan kepada kau, jangan sekali-kali kau musnahkan kepercayaan tu. Never and never! Kepercayaan adalah satu sifat yang memerlukan terlalu lama masa untuk dibina, tapi nak musnahkannya....phewwww...sekejap je! 


Aku sendiri pernah rasa, bila mana kawan baik hilang percaya pada aku. Menuduh aku dengan segala keburukan. Melupakan segala kebaikan yang pernah aku lakukan. Hanya kerana cakap-cakap insan yang berhati busuk melihat kebahagiaan kami bersahabat. Sungguh, ketika itu aku menangis semahunya. Aku sedih dan rasa teraniya sebab dia meninggalkan aku, yang dulunya dijanjikan sebagai sahabat baik dunia akhirat hanya kerana termakan cakap-cakap manusia bijak yang bodoh itu. Dan ketika itu, aku berdoa supaya Allah tunjukkan siapa yang sebenarnya kawan dan siapa lawan

Aku percaya pada janji Allah, janji yang tepat dan pasti. Walaupun sebagai kawan yang diputuskan, aku tetap berdoa supaya kawan baik aku tu mendapat keputusan yang cemerlang dalam exam dan berjaya ke menara gading. Aku tetap sayang dia.  Akhirnya, manusia yang memutuskan sillaturahim antara aku dan kawan aku tu mendapat pengajaran. Iya, kami diantara yang berjaya dalam peperiksaan tapi dia tak kemana. Cita-citanya tak kesampaian. 

Dan ketika itu, aku bersyukur. Bukanlah kata aku gembira sebab cita-citanya tak kesampaian, aku simpati juga, tapi dia perlu sedar bahawa khilaf memutuskan sillaturahim itu besar dosanya. Berat balasannya. Dia perlu muhasabah diri dan jangan buat lagi.  Sungguh, itulah waktu yang paling sukar untuk aku lalui. Waktu yang aku terpaksa lupakan mereka semua sebagai insan yang pernah mekar dalam hati aku sebagai sahabat sejati. Alhamdulillah, kini aku bahagia dengan manusia yang ikhlas menjadikan aku kawan. Bukan untuk mengambil kesempatan apatah lagi untuk mentelagahkan sesama kawan. Syukur!  Dan sebagai kawan, aku juga mendidik hati aku untuk terus ikhlas memaafkan mereka, walaupun sehingga hari ni tak pernah satu pun ucapan kemaafan dihulurkan. Aku ikhlas...


p/s: Sama-sama kita maafkan sesama kita sebelum kita tidur.


Kamis, 21 Juni 2012

Blog Yang Pernah "Kutuk" Blog Hanya Dari Mata Terbongkar @ Apa Kata Wanita!

As Salam semua

Sambil-sambil blogwalk, sambil-sambil tu teman mak aku melepak depan tv. Biasalah waktu macam ni, dah lepas masak semua kan, masing-masing melingkar lah menghirup deruan angin sejuk air-cond. Nyaman tak terkata. Mak aku memang favourite dia kalau hari Jumaat tengok Apa Kata Wanita kat TV2. Boleh tahan jugak lah talk-show ni. Isu wanita kan aku suka. Kata nak mempertahankan hak wanita, haruslah isu-isu macam ni aku amek pusing. 

Salah satu tarikan yang aku suka kat rancangan AKW ni adalah dia ada buat review untuk blog. Satu peluang yang bagus untuk blogger-blogger mummy yang memang ramai dah sekarang. Semua bercerita perihal anak-anak, parental skill, rumah tangga, kerjaya dan macam-macam lagi. Sebab kehidupan wanita akan lengkap bila punya keluarga kan... so every sweet moment perlu direkodkan. 

Tuptup... eh eh eh macam kenal lah blog yang direview hari ni....

ni yang sempat dicapture dari tv. sorry, gambar mendongak sebab melingkar kat lantai kan. 

 Tu diaaaa... BLOG PINK UMMI. Alaaa PU yang pernah kutuk blog aku tu! Hehehehe...  Cantiknya blog PU dalam tv. Sangat ohsemmm. Aku apa lagi lah, terus bagitau kat mak. 

" Mak, ni blog kawan kita!" muka bangga
" Blog kawan kau? Kau kawan dengan mommy-mommy ke?"
" Biasalah kita kan kawan semua orang! Senang nanti di hari muka."
" Feeling lah tu dah nak kawen ni...."

Kelasss mak aku. Terus je shoot, aku kena perli. Hahahaha. Walau apa pun, tahniah pada Pink Ummi atas pencapaian blog yang sungguh hebat. Dapat masuk tv terus! Aku masuk blog PU, bederu-deras trafik menyinggah blog PU.  Tahniah sekali lagi Pink Ummi. Semoga terus sukses. Jom singgah blog comel Pink Ummi ni. 





Yang Sini Sayang, Sana Pun Dia Sayang

As Salam semua

Menjadi seorang lelaki, salah satu tanggungjawab yang dipikul tak kiralah hari ni mahupun hari mendatang adalah tanggungjawab dalam membuat keputusan.  Faktanya, setiap keputusan itu punya risiko tersendiri. Ada baik, ada buruk. Itu yang merunsingkan. Ditambah pula jika si lelaki memang lemah skill untuk membuat keputusan. Maklumlah, manusia kan. Aku sendiri kadang-kadang haru biru apabila disuruh buat keputusan. Lebih-lebih lagi kalau keputusan tu melibatkan masa depan. 


Bila salah seorang kawan lelaki aku mintak pendapat aku mengenai reason yang sesuai untuk dia lepaskan salah satu pilihan hati, aku jadi buntu. Perasaan simpati menyelubungi diri aku. Yang kiri dia sayang, yang kanan pun dia sayang. Dua-dua kalau boleh dia mahu jadikan suri dalam hatinya. Keduanya menambat hati, dan keduanya terbukti antara yang terbaik. Namun, mana mungkin dua hati dapat dikasihi seadilnya?

Aku nasihatkan dia untuk mengikut pilihan emak. Memang dah terbuktikan pilihan emak sememangnya pilihan terbaik. Walaupun kita tahu, emak juga manusia. Kadang-kadang melakukan kesilapan. Tapi, emak mana yang tak mahu melihat anaknya bahagia. Tentulah pilihan emak adalah pilihan yang membawa ke syurga. Namun, hati yang ditinggalkan perlu dijaga. 


Aku bagi cadangan pada dia supaya jangan putuskan sillaturahim antara dia dan yang tak terpilih tu. Jadikan hubungan sebagai seorang kawan. Yes, memang aku seratus peratus pasti alasan tu akan meremukkan hati  perempuan tersebut. Tapi percayalah cakap aku. Perempuan akan rasional melalui masa. Hari demi hari, Insya-Allah dia akan sedar bahawa tak semua benda yang diharapkan menjadi kenyataan.

Perempuan memang akan menangis jika orang yang disayang memilih orang lain sebagai pilihan hati tapi perempuan lebih rela menangis mendengar penjelasan daripada menangis sebab cinta yang penuh kepura-puraan. Kiranya, lelaki kena gentleman. Berterus teranglah walaupun pahit. Jangan simpan-simpan. Sini kata sayang, sana pun kata sayang. Kaum perempuan sedar, hidup memang penuh dengan pilihan. Dan mungkin pilihan si lelaki itu adalah yang terbaik buat dirinya. Redha sahaja! 

Last sekali nasihat aku pada kawan lelaki aku tadi, aku nasihatkan dia untuk buat solat istikharah. Walaupun, emak dah buat pilihan, macam aku kata tadi... emak juga manusia. Adakala khilaf dalam membuat penilaian dan pentafsiran. Kawan lelaki aku rasa dia tak layak. Sebab katanya dulu dia jahat. Solat pun lompong sana sini. Tak kan Allah nak bantu dia dalam buat keputusan. Aku ingatkan dia satu perkara. Soal jodoh ni rahsia Allah. Manusia tak dapat meneka. Mungkin Allah beri dia pilihan jodoh sebab Allah nak dia balik pada-Nya. Benda yang baik, mana mungkin Allah susahkan. Pasti Dia bagi jalan. Cuma kita ni lah hamba-Nya... kena beringat. Kena bertawakal! 





p/s: sometimes, the best way to stay close with someone you love is by being JUST A FRIEND.



Rabu, 20 Juni 2012

Peneram

As Salam semua

Petang-petang macam ni, bila ada kat rumah macam-macam pulak yang tekak mintak kan. Mengidam itu ini. Mengada-ngada betul tembolok aku ni. Kalau kat KL tu baik je pulak dia. Tala je biskut Jacobs dengan Twister Apple. Sedap tau. Laju je masuk perut! Balik Kluang, ada je yang terlintas dalam kepala nak makan macam-macam.

Pagi tadi punya breakfast, mak buat roti sardin celup telur ada lagi lebih. Bedal aja lah. Kang nanti kalau dibiar sampai ke malam, jawapannya ke tong sampah. Boleh je lah layan sambil minum kopi dan tengok tv. Belek-belek handphone, tengok-tengok gallery jumpa gambar kuih ni. Aduhai sedapnya kuih ni. Dahlah murah, sedap pulak tu! Kuih Peneram. Kenal tak korang?


Kuih peneram @ kuih deram @ kuih telinga keling ni memang dah lama aku tau. Sebelum ni, kuih peneram ni yang aku jumpa kat Johor, bentuk dia macam nombor lapan. Rasa dia pulak aku tak berapa suka. Macam kuih apam sikit rasanya. Bila aku tak suka, so nampak kat pasar malam Pantai Dalam tu aku buat tak layan je lah kan. 

Rupanya aku silap. Kuih peneram KL lain macam sedap dia. Bentuk dia kecik comel dan rasa dia pulak rangup dan manis sangat. Makan pulak masa dia betul-betul panas lepas angkat dari kuali. Krak-kruk-krak-kruk bunyi dia! Yaya, kawan baik aku tu mula-mula belanja. 10 biji seringgit je. Terus aku jatuh cinta sampai sekarang. Kat Kluang ni, tak perasan pulak ada ke tak kuih peneram comel dan murah macam ni. Sebab aku jarang pergi pasar malam sini. Heheheheh....




Selasa, 19 Juni 2012

Kekasih Yang Tak Dianggap

As Salam semua


Manusia itu banyak jenisnya. Baik lelaki, baik perempuan. Ada pelbagai golongan. Setiap hari kita akan bertemu dengan macam-macam jenis manusia complete dengan seribu satu perangai. Kadang-kadang ada yang perangainya kita selesa walaupun baru berkawan, ada jugak yang mula-mula macam tak suka atau annoying gila, tapi bila lama-lama kenal rasa ok je dia ni rupanya, tak pun ada jugak yang mula-mula kita rasa kita sekepala tapi lama-lama baru tahu perangainya macam mana. 

Itulah rencamnya manusia... 

Namun, wujud jugak dikalangan kita sejenis umat manusia yang digelar manusia pemberi harapan.  Well, i'm not sure golongan ini banyak dari jantina yang mana. Mungkin nisbahnya sama kot?  Sama ada korang pernah jumpa atau tidak, itu bergantung pada pengalaman. Aku? Pernah lah jugak sekali dua. Tapi dah lama dulu lah. Yang latest ni adalah kisah a friend of mine. Seorang kawan perempuan yang bertemu dengan lelaki pemberi harapan. Kesian dia, dikecewakan setelah ikhlas menanti lama. 

Kau tahulah kan, hati perempuan ni sangat fragile. Lebih nipis dari kulit bawang. Kiranya kalau tak de ilmu di dada, jangan sesekali kau berani usik. Hati perempuan penuh dengan rasa. Walaupun kadang-kadang lelaki tak zahirkan, tapi nikmat naluri dan gerak hati yang Allah pinjamkan memberi satu keistimewaan buat kaum Hawa. Sekilas insan yang disayangi berubah laku dan sifat, cepat-cepat perempuan dapat meneka.
Wahai lelaki, kenapa perlu memberi harapan dan layanan yang tersangat-sangat baik buat seorang wanita. Layanan seolah-olah kau memberi satu ruang buat dirinya dalam hati kau. Tapi pada hakikatnya kau menganggap dia bukanlah sesiapa. Kalau dia bukan sesiapa atau sama tarafnya dengan kawan perempuan yang lain, kenapa layanan, perhatian, kasih sayang dan segala-galanya berbeza. Atau adakah memang semua kawan perempuan kau layan begitu? Atau adakah si perempuan yang syok sendiri dan mudah jatuh cinta. Ingat, hati seorang perempuan penuh dengan rasa...segala body language yang kau pamerkan memberi makna  pada dirinya. 

Dan buat kawan perempuan aku, mungkin ini boleh menenangkan jiwa kau, 

Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah, 
supaya kita boleh jadi penilai yang baik 

Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah,
supaya kita mendapat kasih sayang yang terbaik khas untuk diri kita

Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah,
supaya kita tahu Allah itu Maha Pemurah & Penyayang kerana
 Dia mengingatkan kita bahawa sidia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita di kehidupan akan datang

Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah, 
supaya kita jadi manusia yang hebat jiwanya

Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah, 
supaya kita faham cinta yang terbaik hanya ada bersama Allah



Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah 
supaya kita sedar bahawa Allah telah merancang yang terbaik buat diri kita
iaitu BUKAN BERSAMA DIA. 





p/s: bertabahlah hati....

Senin, 18 Juni 2012

Gejolak

As Salam semua

Ini entry kepam. Kepam sebab masa aku attend teater ni, aku dalam mood exam. Jadi malas nak spend masa dekat blog sangat. Tengok teater ni adalah selingan di kala stress exam menggunung tinggi. A few weeks before, tak silap aku 8 Jun bertempat di Experimental Theater, UM ada satu persembahan teater bertajuk Gejolak. Teater ni adalah projek final untuk budak Final Year dan salah sorang daripadanya adalah kawan baik aku sendiri, Kal. 

barisan pelakon hebat
Teater ni pada keseluruhannya menarik yang mana ia berkisar mengenai empat orang pesalah yang bakal dijatuhi hukuman mati atas kesalahan yang berbeza. Watak-watak pesalah tu memang kuat setiap satunya. Kelakar pun ada sikit-sikit. Untuk Kal, dia bawak watak Kudus yang turut dijatuhkan hukuman mati hanya kerana mencuri sebiji telur yang mana memang tak setimpal. Mereka diberi pilihan untuk memilih cara bagaimana untuk mereka mati dan ketika itulah babak-babak kelakar keluar. Memang menarik! Dengan lighting yang cantik dan sound effect yang menarik. Juga mendapat pujian daripada pihak media yang mana teater ni masuk paper The Star. Tahniah! 

lighting yang cantik
Untuk lakonan Kal pulak, at first aku yang nervous sebab karakter yang dipertanggungjawabkan untuk Kal sebenarnya agak berbeza daripada watak sebenar dia. Jadi memanglah aku yang cuak. Mana tahu, dia tak dapat bawak watak dengan baik. Aku siap warning dia awal-awal, "Kalau kau berlakon tak membanggakan aku, memang aku baling telur kat kau atas pentas tu!". And yeah finally he made it!!! Dia berjaya bawak watak tu dengan baik. Nampak effort dia untuk menghidupkan watak Kudus, si suami yang bodoh-bodoh alang tapi bijak dan rasional sebenarnya. 

Kal in action. Pandai menangis yer!
Secara keseluruhannya, teater Gejolak ni memang menarik. Memberi persepsi baru mengenai keadilan dalam menghukum seseorang. Tahniah buat team produksi Gejolak. Semoga teater ni memberikan keputusan A+ buat korang terutamanya, Kal!




p/s: aku suka teater musikal.




Minggu, 17 Juni 2012

Mood Holiday : ON!

As Salam semua

Tiga bulan yang akan datang memang sangat mengujakan aku. Excited yang tiada tandingan. Cuti semester dah mula lah! Dalam kepala aku ni dah berderet jugak beberapa perancangan diri sendiri untuk mengisi masa lapang. Kalau dibiar kosong, macam rugilah sangat. Baik buat benda yang menarik kan.


1. BELAJAR MENJAHIT


Aku sangat impress dengan wanita yang terer menjahit apatah lagi dapat menyiapkan sepersalinan baju kurung. Bonus kalau pandai jahit sulam ke, tulang belut ke tak pun mata lalat ke, atau apa je lah jenis jahitan. Di mata aku, wanita yang pandai menjahit itu sungguh terserlah sifat keibuannya. Lagi-lagi pulak aku ni antara peminat baju kurung, jadi nanti kalau dah pandai jahit dan boleh jimatkan kos. Beli aja kain ela, terus boleh jahit sendiri. Lagi pulak sekarang ni, kos upah menjahit mak datuk mahalnya. Sepasang baju cecah RM40-RM 50 sepasang kan! Eh, tak lama lagi raya kan...boleh melaram dengan baju kurung hasil tangan sendiri.


2. BELAJAR MEMASAK


Apalah nilai seorang wanita kalau tidak tahu memasak. Aku di kira beruntung sebab mak aku memang handal di dapur. Kau sebut aje nak makan apa, pasti hasilnya mengenyangkan perut dengan sesedap-sedap alam. Jadi tak kan nak biarkan aje masterchef keluarga aku ni. Wajiblah aku menuntut kat dia barang satu dua juadah masakan. Mana tau boleh pikat bakal suami. Tak ke dia bangga dapat bini pandai masak macam aku. Baru boleh demand hantaran tinggi sikit.


3. BELAJAR BUAT KEK@DESSERT


Setiap kali aku tengok Masterchef atau apa jua rancangan masakan, perut aku mesti berkeroncong tatkala mereka menghidangkan juadah berbentuk pemanis mulut. Apatah lagi kalau kek-kek yang maha comel dan cantik belaka tu. Aduhai, jelas terasa di bibir kemanisan juadah sebegini. Tapi yang aku pasti untuk belajar buat kek dan dessert ni memerlukan kesabaran yang bukan main calangnya. You must have the passion. Kalau setakat bakar seketul dua dan hangus terus give up, baik kau lupakan hasrat murni kau tu!


4. MELAWAT SEKOLAH LAMA


Bila kita dah jejak kaki kat universiti, masa yang sangat kita rindui adalah zaman persekolahan kita. Zaman sekolah memang lain macam kan feeling dia. Walaupun kita tahu, bila kita balik kat sekolah lama kita bakal berjumpa dengan cikgu yang pernah rotan kita, baling buku kita kat luar kelas tak pun jumpa dengan cikgu yang pernah kita buat salah diam-diam dulu, tapi the moment when learning is going around is such an awesome feeling. You can't deny it! Bila kau balik jejak kaki ke sekolah lama, kau akan lihat betapa masa berlalu sangat pantas. Kau akan tengok keletah budak-budak kecik yang satu masa dulu kau pun sama macam mereka. Tak heran badan melekit, asalkan dapat pusing satu sekolah. Tak kisahlah kasut hitam legam asalkan dapat main keliling padang dan ketika itu kau juga akan melihat cikgu kau yang sama masih gigih mendidik anak bangsa dan salah seorang darinya adalah diri kau sendiri! Betapa mulia dan setia seorang manusia bergelar guru!


5. JUMPA KAWAN & REUNION




Bila cuti semester macam ni lah baru kau dapat gather dengan kawan-kawan kau. Kalau hari lain tu bukan tak  boleh, tapi banyak cabaran dan halangan. Maklumlah masing-masing dengan urusan tersendiri. Kadang-kadang walaupun kau satu kampus, belum tentu kau dapat bertemu dan berborak panjang. Biasanya ni memang aktiviti favourite aku. Cuti pendek pun, kalau ada kesempatan dan peluang untuk jumpa kawan lama memang akan aku buat. Aku suka sebab dengan cara ni kita tak akan lost contact. Kalau setakat nak keep in touch hanya dalam FB, rasa macam rugi pulak. Kenapa tak kita buat secara live. Baru boleh gelak happening. Baru boleh mengembalikan nostalgia satu masa dulu kan?


Sebenarnya masa cuti ni banyak benda boleh buat. Asalkan kau nak buat atau tak je. Yang paling penting jangan buat benda bukan-bukan sudah. Spend masa dengan family masa cuti ni pun seronok. Macam aku, of course lah aku tak akan pergi travel ke apa, sebab masa ni lah nak jaga mak dengan ayah aku. Selalu asyik duduk jauh je kan. Ni lah masa nak manja-manja! Happy holiday semua....




Give & Take Dalam Persahabatan

As Salam semua

Kalau di tanya kepada mana sahaja umat manusia, tentunya mereka inginkan yang terbaik dalam hidup. Tak kisahlah dari apa segi sekalipun. Baik perhubungan, persahabatan dan segalanya. Dalam hidup aku, aku sentiasa ingatkan diri aku untuk cuba memberi yang terbaik kepada insan-insan disekeliling aku. Aku sentiasa meletakkan mereka di tangga teratas dalam hidup sebab aku yakin mereka adalah insan yang boleh aku bergantung harap, boleh aku sandarkan bahu ketika menangis. Yang sudi meminjamkan telinga untuk mendengar luahan hati satu hari kelak. 

Walaupun aku sentiasa cuba memberi mereka yang terbaik, tapi kadang-kadang balasan yang diterima tak setimpal dan tak seperti apa yang aku jangkakan. Iyer, aku ikhlas dalam berkawan. Bukan mengharap balasan wang ringgit apatah lagi intan permata. Aku cuma mengharapkan balasan yang sama seperti apa yang pernah aku beri pada kau dulu.

Sebagai kawan, kau juga perlu ada sifat give and take. Memberi dan menerima. Jika semasa kau menangis, aku lah insan yang mengelap air mata kau, salahkah sekiranya jika sekarang ni aku yang menangis kau buat seperti itu juga? Kenapa perlu wujud sifat selfish dalam diri?  Bila aku bercerita, kenapa kau sibuk melayan insan lain? Bermain telefon bimbit dan bermesra dengan insan yang melarikan diri bila air mata kau gugur satu ketika dulu. Di saat kau tak tentu hala, mana insan-insan itu? Semuanya lari. Yang tinggal adalah aku. Setia disisi. 



Sungguh, aku sangat berkecil hati bila mana moment kesedihan aku yang patut didengar dan diberi perhatian oleh kau, tapi kau langsung tak ambil endah. Kau dengar macam nak tak nak. Sekejap-sekejap kau balas BBM, sekejap-sekejap ada orang call dan pelbagai lagi alasan dan gangguan. Stress betul aku dibuatnya.  Sudahlah perasaan ketika itu berkecamuk, kau makin lagi menambah bukan mengurangkan. Masa kau menangis dulu, tahu pulak kau mintak aku beri perhatian pada kau, kenapa sekarang kau tak buat benda yang sama pada aku? Kau tak rasa ke diri kau sangat-sangat pentingkan diri?

Alahai kawan....

Banyak ragamnya. Aku cuma berharap kau sedarlah bahawa setiap manusia perlukan perhatian. Aku pilih kau untuk meluah rasa sebab aku fikir kau lah insan terbaik yang boleh aku kongsikan isi hati, malangnya... kau tak punya waktu lagi untuk aku. Sabarlah duhai hati...kini terbukti, aku hanyalah kawan pada kau di saat kesedihan sahaja. Bak kata orang, habis madu sepah di buang. 

Walau macam mana pun, aku rasa kau tak payah bimbang. Sebab aku tetap ikhlas menerima kau seadanya. Biarlah diri aku sebagai batu hamparan buat kau melempias perasaan. Batu yang kaku dan tak punya perasaan, asalkan kau bahagia itu sudah cukup. Aku? Takpe, nangis sorang-sorang aje lah! 



p/s: buat-buat happy je sekarang ni...





Minggu, 10 Juni 2012

Peringatan Buat Anak Dara

As Salam semua
Moga jodoh kekal ke syurga

Kali ni entry ada horror sikit. Tadi aku baca kisah Cik Ponti dekat blog Azhafizah, tup-tup kawan aku pun  ceritakan cerita seram jugak kat aku. Peringatan buat gadis-gadis di luar sana termasuk aku jugak. Moga kisah ni dijadikan satu iktibar buat kita semua.

Makciknya, Kak D, seorang anak dara yang sangat cantik. Bertudung, berhidung mancung, mata bulat, kulit hitam manis persis Kajol masa muda dulu. Kiranya, kalau orang  lelaki pandang, memang tak akan lepas lah pandang sekali. Mesti nak dua tiga kali pandang. Aku sendiri mengakui kecantikannya. 

Tapi, dalam wajahnya yang tenang dan manis tu, Kak D masih tak ketemu jodoh lagi. Usianya dah cecah 34 tahun. Bagi orang cantik macam dia, sapa nak percaya kalau masih single. Sebab mustahil orang secantik tu untuk dibiarkan tanpa kekasih. Namun itulah hakikatnya. Bukan tak ada lelaki yang berkenan, berderet dan beratur panjang. Tapi tak tahu di mana silapnya. Bila sampai je masa untuk serius atau nak tunang, mesti lelaki tersebut  menolak hasrat untuk memperisterikannya. Bukan sekali dah banyak kali. Masa berkawan elok je. Bila getting serius terus lelaki tu tawar hati dan paling sedih bila lelaki-lelaki tu hilang tanpa berita dan menjauhkan diri. Pelik memang pelik! Hatinya hancur bila hampir berpuluh lelaki yang buat perangai yang sama. 

Salah sorang jirannya mecadangkanya berjumpa dengan seorang ustaz bijak pandai di kampung tersebut. Sesampainya Kak D dan ibunya ke rumah ustaz tersebut, ibunya pun menceritakan kisah Kak D yang terlalu kerap putus jodoh ni. Ustaz tu  bertanya pada Kak D berapa umur Kak D sekarang. Kak D pun beritahu lah umurnya bulan 9 ni masuk 34 tahun. Ustaz tu diam. Lama sangat. Lepas tu, ustaz tu mengucap panjang. Ustaz tersebut menyuruh Kak D tenang dan banyakkan mengingat Allah bila mengetahui pekara sebenar. Ustaz tu kata, seri muka Kak D dah ditutup. Sekarang ni, mana-mana lelaki yang mula atau berniat nak jadikan Kak D isteri, akan melihat Kak D bukan seperti umur 34 tahun tetapi wajah Kak D menyerupai seorang wanita tua yang kerepot dan hodoh berusia lebih 60 tahun! Menangis Kak D ketika tu. Barulah dia tahu apa puncanya walaupun pada asalnya Kak D bagai tak percaya. 

Rupanya, 'benda' ni semua dihantar oleh bekas tunang Kak D yang first dulu. Ketika Kak D berusia 21 tahun. Kak D memutuskan tunangnya dengan lelaki tersebut sebab lelaki tu panas baran. Bukan panas baran, malahan pendendam. Padahal sekarang ni lelaki tu dah punya isteri dan anak. Dia hantar 'benda' ni kata ustaz tu sejak Kak D putuskan tunang dengan dia dulu dengan niat supaya Kak D tak akan bertemu jodoh dan berjumpa dengan lelaki yang sudi kahwin dengannya. 

Aku dengar cerita ni pun memang naik seram. Berdiri-diri bulu roma aku. Ustaz tu kata, lelaki bekas tunang Kak D tu menanam satu bungkusan yang berisi tanah kubur dan gumpalan rambut seorang mayat perempuan tua berdekatan dengan bilik Kak D. Dan sekarang ni, ustaz tersebut sedang membantu Kak D untuk membuang 'benda' tu dan memulihkan seri wajah Kak D. Insya-Allah sama-sama kita doakan. 

Inilah pertama kali aku dengar kisah dendam yang sebegini antara seorang lelaki pada seorang perempuan. Betulkan, kalau orang penuh dengan hasad dengki memang macam-macam yang boleh dia buat. Kadang-kadang kita sendiri tak tahu dan tak sangka. So, pada aku kita semua kena jaga perhubungan sesama manusia dan jaga hati mereka. Lagi-lagi dalam kes cinta. Kuatkan benteng pertahanan kita dan segalanya kita serah pada Allah. 



p/s: terus baca Ayat Kursi jom. Moga kita dilindungi... 


Jumat, 08 Juni 2012

Demi Cintaku Padamu, Kekasih Blogger!

As Salam semua

Sihat? Tak sihat? Harap semua sihat. Aku kat sini, hari ni ada sedikit terluka. Hati dilukai katanya. Ewah. But don't worry. Aku bukan type manusia yang akan merosakkan mood orang sekeliling jika mood sendiri kacau. Aku bukan begitu. Tak mahu lah spoilkan mood orang. By the way, dah baca belum kisah cinta terlarang antara blogger? Korang mesti dapat bayangkan macam mana aku feeling cinta mati dekat dia kan? Well, inilah namanya kehebatan cinta.

Kekasih hati baru dua tiga minggu ni meroyan suka Superman dengan Hard Rock Cafe. The latest sekarang ni duk menggila dengan Justin Bieber dan The Rock. Yeah, seems like 'outdated' gile kan. Tapi dah minat orang nak buat macam mana. Tak kan aku nak halang. Aku takde masalah dengan Superman, HR Cafe & The Rock tu, tapi yang tang JB tu aku macam er....er...er.....ewwwwwwwwww! Aku ingat tahap meroyan dia sekadar di alam fantasi, oh tidak. Rupanya, memang minat nak mati. Dan mintak aku carikan t-shirt, bukti peminat kipas susah mati katanya.


Dan bagai ditakdirkan untuk bercinta, malam semalam Arief, one of my bff mintak aku temankan dia ke Shah Alam ada urusan sikit. Apalagi terus ajak ke uptown Shah Alam lah kan. Sambil tu boleh cuci-cuci mata. Buang stress exam sikit. Cepat-cepat aku call kekasih hati, tanyakan size baju. Bila kekasih hati dengar, meloncat-loncat dia kegembiraan!

Oh, rupanya nak cari t-shirt Hard Rock Cafe & Superman di kala gini hari amatlah payah. Barang rare katanya. Kalau adapun, size yang dikehendaki dah habis stock. Tak pun yang jenis kain murah. Tak kan nak bagi kekasih hati barang cincai-cincai. Walaupun beli kat uptown kena cari yang the best. Lama jugak pusing dan cari merata. Basah jugaklah ketiak. Nasib baik Arief dan Kirin sabar orangnya. Dalam hati puas berdoa, harap-haraplah jumpa barang sehelai dua.

Alhamdulillah..... akhirnya ada yang menepati standard dan kualiti yang aku nak. Harga pun, boleh tahan lah. Kena dengan kualitinya. Kira aku puas hati lah dengan hasil pencarian. Abang yang jual pun baik hati, boleh nego dan layan je aku pot-pet-pot-pet tanya itu dan ini.


Senang hati aku bila dapat buat orang lain happy. Tak sabar nak tengok kekasih hati pakai t-shirt ni. Yang Superman tu, colour dia awesome sangat. Aku pun suka. Cuma aku takut je, size yang aku belikan tak kena dengan badan tuannya. Harap dia suka lah. Itu dah cukup. Sayang CPB banyak-banyak ;)



p/s: Doakan hati aku pulih semula





Rabu, 06 Juni 2012

Cinta Terlarang Antara Blogger

As Salam semua

Moment yang paling sweet dalam hidup adalah di saat dada kau penuh dengan bunga-bunga cinta. Kau akan rasa betapa lembutnya angin mencium pipi kau. Masa pantasnya berlalu. Dan ketika itu, engkaulah manusia yang paling bahagia seantero dunia. Kalau boleh, kau tak nak berenggang walau sesaat. Kau sentiasa nak dia ada sebelah kau. Kongsi ketawa dan air mata sama-sama. Malangnya dia sudah berkahwin. Ah peduli apa aku! Tetap merebut cintanya. Kehkehkeh.

aksi mesra sebegini memang biasa buat pasangan bercinta kan?
Gala episod cinta aku dan dia dah lama aku paparkan dekat blog ni. Tak berbelah bagi kasih dan sayang kami. Setiap kali ada kelapangan, dia lah insan pertama yang aku inform. Tanya bila nak dating. Semuanya bermula dari blog. Ingat lagi dari dulu lagi aku memang dapat detect aku dah kena ubat guna-guna dia. Aku baca entry dia satu per satu, tak habis sambung lagi esok. Dia punya pot-pet-pot-pet dalam blog macam real dia cakap depan aku. Sahih! Bila jumpa sama macam yang aku bayangkan.

sakit pipi sebab banyak ketawa
Masa study week hari tu kiteorang dating lagi, cuma kali ni kami dating dan bersukan. Sama-sama main bowling. Gelak tak ingat dunia. Yeah, ada peristiwa terbaik dalam hidup yang memang tak dapat aku lupa. Mula-mula memang semua ke longkang. Aku baru kali ketiga main bowling kot. Tiba-tiba, tu diaaaaaaaaaa bola bowling, aku terbaling ke belakang! Baru nak bajet hebat dan berlagak cool depan si dia. Berderai ketawa kekasih gelap aku. Dok bahan aku sehari suntuk! Ceh. Pasrah je aku kena bahan. Memang gelak pun, tak pernah umur orang baling bola bowling tu tercampak ke belakang kan. Sabar je lah....Alhamdulillah, ke'malu'an itu dapat diselindung dengan 3 kali strike! Yahooo.

muka lepas strike!
Next agenda, memenuhkan tangki lemak kami. Naik malu jugak aku, asyik-asyik kekasih yang belanja. Tapi, dia kata dia ikhlas. Semuanya demi kasih sayang. Jadi aku pun dengan senang hati, menerima dan membuka ruangan kosong perut untuk diisi.

sesi om nom nom nom
Sebagai balasan, aku hanya mampu menyediakan hidangan terbaik dari Kluang, Roti Bakar Railway Station yang dah lama di dambakan kekasih hati aku sorang ni. Memang berselera dia makan. Dekat parking jugak dia bedal 2 ketul. Suka aku tengok dia makan dengan muka bahagia. Haisssh semua sebab penangan cinta tau tak. Memang menakjubkan cinta antara blogger ni.

roti bakar terbaik 
Walaupun tittle cinta terlarang, actually cinta kami adalah cinta yang direstui oleh kedua belah keluarga. Kami akan pastikan bahagia ni sampai ke anak cucu. Ewah! Terima kasih ye Cik Puan Bunga....love you.



p/s: adegan di atas tidak melibatkan cinta songsang sama sekali. harap maklum.




Blog Serabai & Terabai

As Salam semua

Blog CPB merakam saat-saat akhir si hero beraksi
*ni beberapa hari lepas
Ya Ampun, Ya Rabbi. Diam tak diam dah lebih seminggu aku tak update blog. Ni kira paling legend lah ni dalam sejarah, tempoh paling lama aku biarkan blog serabai. Sebenarnya takde niat pun aku nak mengabaikan blog kesayangan aku ni. Apatah lagi nak menyepikan diri dari pembaca dan peminat blog sekelian alam *puhleeease!* 

Nasib tidak menyebelahi diri. Hero pujaan nombor satu, Dell kesayangan merajuk dan payah nak pujuk. Tak mahu on pulak dia. Tak tahu lah apa silap dan salah gayanya. Bila dibawak jumpa yang pakar, katanya motherboard punca kesengsaraan. Oh! Runtuh hati bila dengar begitu. Mana taknya.... kos yang dijangkan menelan ratusan ringgit jika mahu diubati penyakitnya. Mana mahu cekau duit??? Last-last terpaksa cari alternatif lain, mintak tolong bff aku yang kebetulan ada kat Kluang untuk amik hero pujaan nombor dua aku, si HP bawak datang KL bagi meneman kesepian. Walaupun kejantanan dan keperkasaan HP tak seperti Dell tapi kira okehlah untuk buat sementara waktu. Cenonet pun cenonet lah, janji sudi mahu berdampingan dengan aku kan!

Hero terbaring lesu, mengharap doa kalian
Korang doakan lah moga rajuk si hero tidak berpanjangan sebab dulu dia pernah baik sendiri. Aku ada banyak sangat cerita tertunggak yang perlu dikongsi kegembiraannya dengan korang semua. Tapi, bila mengenangkan nasib, alahai..... nak menitik ayaq mata ni woi!


p/s: Oh my hero, Dell... please be nice to me! 




Top