Minggu, 27 Mei 2012

Menegur Kawan Bukan Kerja Mudah

As Salam semua

Balasan "Satu Malam Dengan Gay" rupanya tak terhenti setakat itu. Buat masa ni, Alhamdulillah feedback positif yang aku terima. Kalau kau nak tau, masa aku publish entry ni, macam-macam yang aku fikirkan. Maklumlah bukan senang penerimaannya kalau kita sentuh isu sensitif macam ni. Silap gaya, silap hari bulan memang boleh kena attack beramai-ramai. Tapi, aku betulkan niat. Bukan untuk menghukum atau menjatuhkan maruah mana-mana pihak, aku buat sebab aku rasa ini tugas kita sebagai sesama Islam. Lagipun dia kawan aku. Tak kan aku nak tengok je dia hanyut sorang-sorang. Tak sanggup lah. 


Kadang-kadang aku pernah terfikir, kenapa aku perlu berhadapan dengan masalah dunia macam ni. Aku sendiri ada masalah. Ni tambah lagi dengan benda mengarut macam ni. Stress tau bila orang-orang yang rapat dengan kita buat benda yang menentang arus. Kau akan rasa geli ada, meluat ada, geram dan marah sudah tentu lah. Tapi, salah sorang kawan aku bagitau aku jawapannya. Jawapan yang membuatkan aku betul-betul sejuk hati dan semakin kuat. 

"Allah bagi kau kawan macam tu, sebab kau kuat. Kau boleh handle semua benda tu. Kau boleh bawak dia kepada perkara yang betul dan kau berani untuk bersuara sedarkan dia!" 

Macam tu lah yang kawan aku bagitau aku. Entahlah. Aku rasa diri aku macam tak kuat. Tapi setakat ni Alhamdulillah semua benda-benda masalah dunia ni, aku tolong mana yang mampu. Setiap kali aku rasa buntu, aku cuba fikir dan tanya mereka yang lebih arif apa yang patut aku buat. Benda macam ni kan berkaitan iman dan akidah. Sungguh, aku terharu bila feedback yang aku terima juga menyokong apa yang aku buat. 

Entry tu jugak rupanya menginspirasi ramai orang kat luar sana. Bukan sekadar untuk lelaki yang tersalah arus, perempuan juga ada. Perempuan yang berdepan situasi yang sama dengan aku. Punya kawan sebegitu. 






Bila kita berkawan, perkara yang paling susah untuk kita ucapkan adalah untuk menegur kesalahan kawan kita tu. Kita takut, bila kita cakap dia berkecil hati. Bila kita tegur, terus dia merajuk tarik muncung dan sebagainya. Serba salah diri kita dibuatnya. Dulu masa aku sekolah, aku jenis macam tu. Tak boleh terima apa kawan tegur. Tapi bila dah matang, lama-lama aku fikir. Buat apa aku nak melenting bila kawan tegur kesalahan kita. Dia tegur untuk kebaikan kita. Dia tegur sebab dia sayang kita dan yang pasti dia nampak apa yang tak betul dekat kita. Jadi, teguran tu perlu diterima secara positif. Asalkan yang menegur juga perlu berhemah. Bukan untuk menjatuhkan maruah apatah lagi terus menghukum salah. 

Aku sentiasa mendoakan agar kita semua diberi kekuatan untuk menasihatkan kawan kita yang berdepan masalah macam ni. Kita semua punya tugas yang sama, dan kita semua adalah daie'. Kalau tak banyak, sikit pun jadiklah. Asalkan kita kuat semangat dan jangan putus asa. Insya-Allah, Allah akan bantu. 





0 komentar:

Posting Komentar


Top