Kamis, 26 April 2012

Kalau Dah Sayang, Buat Apa Pun Sanggup!

As Salam semua

Kalau dah sayang, kau sanggup buat apa je untuk dia. Walaupun sungai penuh buaya, hutan penuh harimau belang, mesti kau sanggup. Inikan lagi kalau setakat jarak antara Kluang ke Batu Pahat tu je yang perlu di redah, celah gigi je. Cehcehceh! Itu tanda sayang. Aku bersyukur sebab dunia blog telah menyatukan dua hati. Dua hati yang tak pernah pun sedarah mahupun sedaging. Tapi sungguh dia ikhlas menyayangi aku. Aku pun macam tu. Seikhlasnya menerima dia, walaupun banyak kali kena cubit dan rasa tepuk tampar kat lengan. Terserlah sifat ke-cikgu-annya di situ ye. 

tudung sama. itu tanda kita telepathy. sehati sejiwa
Semalam, untuk kali kedua aku berdating lagi dengan Cik Puan Bunga. Tapi kali ni lebih thriller. Farrel yang masih belum baik demamnya menyebabkan CPB terbantut langkah. Tanpa segan silu mahupun disuruh, aku terbukak hati offer nak amik CPB sendiri dari sekolahnya. Uh! Horror jugak sekolah CPB. Bilik guru, nun jauh ke belakang. Kena merentas padang kau tahu! Sebelum masuk tu pak guard tanya :

Pak Guard: Awak siapa ye?
Aku: Saya sepupu Cik Puan Bunga, eh Cikgu Norhayati *nasib baik ingat nama penuh. kehkehkeh*
Pak Guard: Ok, ok. Silakan. 

Terus kau, upgrade diri sendiri jadi sepupu. Celah mana sepupunya pun tak tahu. Tapi kalau pak cik nak tahu, ni bukan sekadar sepupu ni, tapi ni dah macam part-time lover dah. Eh, mara pulak Abang Izal nanti! Dalam kereta lagi dah pok-pek-pok-pek. Berbual itu ini, ketawa menangis semua ada. Macam-macam isu dibangkitkan. Sebagai kawan atau lebih tepat lagi, adik kesayangan *marah Embun Nazura*, aku mendengar setiap luahan dengan penuh khusyuk. Memberi pendapat bagi mana yang perlu dan sekali kala menyakat. Itulah bantuan yang dapat aku berikan setakat ni. Memberi pinjam bahu dan telinga untuk Cik Puan Bunga. Melukis seulas senyuman di bibir. Amboi. Macam besar je masalahnya. Eh, tidak. Cik Puan Bunga tu takde masalah apa pun sangat. Biasalah perempuan kan, we need someone we trust to be part of our life. And luckily she choose me! ;) 


Tak sah kalau tak kenyangkan perut. Kang nanti tak memasal pulak buat konsert dalaman. Alhamdulillah, ada rezeki lebih, giliran aku pulak. Old Town je yang aku mampu. Kalau nak Chillis, Tony Romas ataupun hotel 5 bintang, tunggu aku jadi lawyer ye kakak! 


Tanpa diduga lepas makan dan beli kasut Seha, Cik Puan Bunga hadiahkan aku casing handphone Cath Kidston untuk Cik Berry aku. Honyoh-honyoh comel tersangat-sangat. Rasa macam nak gigit-gigit. Comel macam Adam! And surely, this will make you always by my side kakak. I will remember you all the time! Thank you so much. Meleleh ayaq mata sat! 


Kisah dating kami berakhir di Tutti Fruti. Part paling seronok bila Seha kata muka CPB macam Sabri Yunus. Eh budak Seha ni mulut takde insurans. Nasib baik CPB pun jenis hati kental pesen gengster kampung katanya kan. Jadi mana ada sentap-sentap ni. Kalau nak sentap, aku senapang gajahkan je dia. Heheheh.

Tottaly, aku memang rasa happy sangat dapat dating dengan CPB. Siap main pegang-pegang tangan lagi ni masa jalan. Punyalah sayang. Dah tak ada dah nak cover-cover time makan, apatah lagi time ketawa. Kau balun je. Sebab kau dah rasa dia betul-betul sayang kau. 

Untuk, cikgu cantik aka Cik Puan Bunga, 
       Terima kasih banyak-banyak untuk semua kenangan manis tu. Makin menjadilah ubat guna-guna akak pada kita. Untuk kakak dan keluarga, doa kita sentiasa ada. Semoga tabah dan kuat mengharungi segala dugaan. Sungguh, kita semua diuji dengan pelbagai cara dan Allah itu tetap bersama mereka yang sabar. T_T bergenang. 



p/s: Sayang itu kadang hadirnya tak diduga. 





0 komentar:

Poskan Komentar


Top