Rabu, 18 April 2012

Jangan Takut Cuba Benda Baru! Its Fun!!!!

As Salam semua

Penat. Sangat penat. Tapi enjoy. Haa itulah perkataan yang boleh describe perasaan aku saat ni. Hehehe. Weekend lepas, aku buat satu part-time job. Simple job actually. Alhamdulillah, dapat lah tambah duit kocek kan. Bertempat di Dataran Shah Alam dan diuruskan oleh Syarikat Shapadu. One of the best oil and gas company milik bumiputera. Dorang punya family day.

Apa yang bestnya? Sudah pasti, aku jumpa kawan baru. Yang sama kepala ting-tong macam aku. Mulut pok-pek tak berenti pun macam aku. Kehkehkeh. Cool. Nama dia Zila. Memang kepochi. So, penat tu terubat lah sikit bila ada kawan macam tu kan. 


Another thing yang memang menambah happening adalah, aku mencuba banyak benda baru masa event tu. Sekali sekala kan mencabar diri sendiri.

1. Bermanja dengan ular. (Ini kalau tak iye-iye mungkin boleh pengsan!)

Nama dia Sepet. Jenis Ball Pyhton. Usia setahun lebih kot. Comel dan baik je. Mula-mula memang aku geli. Tapi dah lama-lama dia ok. Dok belit-belit je kat badan. Bila aku post gambar ni, ramai yang geli. Hahaha. Suka aku mendajal orang. Ular ni bersih. Selalu mandi, kata tuannya. Seorang abang askar yang sangat peramah. Sepanjang 2 hari tu, aku dok manja dengan Sepet je lah. Tiba-tiba rindu Kontot. 



2. Belon Panas

Ini memang superb-fun. Aku sendiri tak sangka dapat naik belon panas ni. Ye lah, selama ni dok dengar orang cite masa kat Putrajaya tu je kan. Fun-fun jugak tapi azabnya nak naik benda ni. Mak datuk! Aku rasa kena bagi pre-caution sikit pada kaum wanita kalau nak naik. Sebabnya, kau jangan mimpi dia ada pintu kat bakul dia tu. Kau kena melangkah bakul tu yang tingginya lebih dari paras pinggang dengan hanya ada satu lubang pemijak. Kalau badan kecik memang senang lah, tapi yang saiz macam aku memang azab. Peluh jantan pun keluar. Aku sendiri stuck masa nak keluar. Aduhaiiii. Walau apa pun, memang awesome sebab nampak pemandangan Bandar Shah Alam di malam hari. 




3. Kuda

Kau jangan harap aku nak tulis caption MENUNGGANG KUDA. Mahu pengsan kuda tu kalau aku tunggang kan. Hehehe. Nama kuda ni Machang. Tapi masa budak penjaga tu panggil Machang, kuda tu dok geleng-geleng. Than aku pun ubahlah nama dia. Aku panggil Macha! Kuda tu angguk-angguk. Aloh comel. Sebab tu dia sudi gambar dengan aku. Deyyyy Macha!!!




4. Emcee

Untuk event tu, jadi emcee sambilan memang seronok. First time aku buat event macam ni. Jumpa pulak dengan abang Suffian, bekas ahli kumpulan nasyid, Saujana dan sekarang jadi juruhebah untuk IKIM.FM dan Al-Quran Interaktif kat TV1 tu. Memang banyak pengalaman dia. Dan aku pun menimba ilmu sama lah dengan dia. Yang baju hitam tu pun hebat. Suara dia best. Dok melayan kepala weng aku jadi emcee. Tak sangka pulak dorang ajak aku untuk jadi dj radio internet. Insya-Allah kalau ada kelapangan, aku pergi lah. Explore benda baru kan. Memang excited. 




5. Ceramah Perdana

Untuk sebelah malamnya, ada ceramah perdana yang sangat best. Tajuknya Cinta Muka Buku. Moderator untuk malam tu adalah Ustaz Fauzi dan penceramahnya adalah Ustaz Zul yang selalu ceramah sambil nyanyi-nyanyi tu dan Prof. Dr. Muhaya. Allahu rabbi. Cantiknya Prof. Muhaya. Suara lemah lembut, cantik dan sanagat memukau pandangan. Aku terbuai-buai dengar suara dia. Ceramah dia tu boleh rasa feel macam nasihat seorang mak pada anaknya. Alhamdulillah.


Memang seronok bila ada event macam ni. Kau akan dapat kawan baru, pengalaman baru dan paling penting semuanya berharga. Kira boleh buat aku senyum sorang-sorang lah bila kenang balik. Penat pun rasa hilang je sebab best moment tu banyak. Yang paling penting, cuba benda baru. Barulah hidup bertambah seronok. As long as, cuba benda baru yang baik-baik lah. Bukan buat merepek meraban!  Ini ada lagi beberapa gambar sekitar majlis. Enjoy ye. 

stay sini. Ok? 
yeay. kakak ccomel. Nama dia Kak Aiesyah. Juga sekepala. 
Ni aku amek masa kat dalam Hot Air Balloon tu. Aku kat balloon lagi satu. 
The audiens waiting for ceramah
Budak-budak main benda terbang-terbang tu. Jeles aku. Masa kecik tak dapat. 
nama dia Popcorn. Final engineering student of Uniten. Sporting sangat. Jumpa lagi kawan baru. 
Ni marching band dari Sek. Tinggi Klang. Awesome guys!

p/s: happy sangat! 



0 komentar:

Posting Komentar


Top