Minggu, 08 April 2012

Inilah Orang Kita...

As Salam semua

Apa kata kau baca entry aku kali ni dan fikir. Itu saje. Last sekali, sebelum habis senyum dan tinggalkan komen. Boleh? Janji tau...



Orang kita, bila nikah cepat-cepat tanpa tunang
dikatanya pengantin perempuan dah berisi

Orang kita, bila nampak majlis buat besar-besar
dikatanya menunjuk-nunjuk

Orang kita, bila nampak majlis buat kecil-kecilan
dikatanya kedekut taik hidung masin

Orang kita, bila nampak lelaki tua dengan perempuan muda
dikatanya bini nombor dua

Orang kita, bila nampak ada orang tak dikenali senyum,
dikatanya cuba menggatal

Orang kita, bila nampak orang sebelah untung sikit,
dikatanya pakai mandrem atau  kuat bomoh

Orang kita bila nampak lelaki berserban
dikatanya dia buat-buat malaikat

Orang kita bila nampak budak kurus
dikatanya mat ganja

Orang kita bila nampak anak Melayu cakap bahasa inggeris,
dikatanya mengada-ngada

Orang kita bila nampak benda tak elok
dikatanya dan dikutuk

Orang kita bila nampak benda elok
tetap mencari yang tak elok


jadi, itulah orang kita kan?



p/s: sebenarnya banyak lagi perangai  orang kita





0 komentar:

Poskan Komentar


Top