Selasa, 17 April 2012

Dalam FB Lain, Kat Luar Lain...

As Salam semua

Ini kalau aku cerita ni, mesti ramai yang setuju ni. Sure. Ramai yang terkena sebenarnya. Pasal facebook. Aku memang tak nafikan kebaikan facebook. Mana taknya, kawan - kawan kau yang masa hingus meleleh entah mana hilang pun kau boleh jumpa balik. Mamat kelas sebelah yang kau admire gila sampai gaduh dengan kawan korang tu pun kau boleh keep in touch balik. Semua gara-gara FB kan.


Tapi, ada satu perangai umat manusia dalam FB ni yang aku tak berkenan. Naik meluat pun ada. Tak tahu apa pasal. Perangainya ialah bila dalam FB, bukan main dia dalam Friend List kau. Komen dan Like status mahupun gambar kau. Tapi bila jumpa atau terserempak di realiti, amboiiiiiii muka kau pun dia tak pandang. Apatah lagi nak melemparkan senyuman seikhlas bunga kembang mekar. Memang jauh panggang dari api.

Dah kenapa kau ni? Apa jauh beza sangat ke gambar profile di FB dan di realiti. Tak edit pun. Biasa je. Sama je aku tengok. Muka talam ni jugak yang kat FB tu. Takde pulak aku pakai gambar Diana Danielle. Apatah lagi guna gambar Angelina Jolie sebagai DP FB aku kan. Tak langsung kenal aku. Padahal nampak ni. Lagi dasyat, kawan sama-sama sekolah dulu pulak tu. Aku je yang senyum sorang-sorang pada dia. Kawan katanya kan...Kalau alasannya ialah segan, aku tak dapat nak tolong apa lah sebab dekat FB bukan main mengomen, me-like bagai. Apa salahnya kalau tegur secara depan-depan. Kan bagus. Lagi seronok. 

Gitulah perangai manusia. Rencam kan. Kalau korang jumpa kawan-kawan, toksah lah nak sombong sangat. Senyum pun dah ok. Bukan apa, kata nak mengeratkan ukhuwah. Jadi, salam dan bertanya khabar itu kan elok. Tak perlulah hanya di FB sahaja. Jadikan persahabatan itu lebih seronok dan lebih bermanfaat. 



p/s: Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam...





0 komentar:

Poskan Komentar


Top