Kamis, 08 Maret 2012

Ubat Guna-Guna Cik Puan Bunga Melanda!

As Salam semua

Mana hati tak berbunga-bunga kan, bila setiap kali balik Johor tersedia atas meja depan pintu rumah bungkusan hadiah daripada rakan blogger. Senyum meleret ear to ear lah kan. Macam hari ni, aku dapat satu bungkusan berbalut kemas. Walaupun ejaan nama salah, takpelah dimaafkan. Memang ramai salah eja nama aku.

Bukak-bukak je, mak oi wanginya kemain... kalah boipren aku bagi hadiah. Murah hati dia sebab sudi bersengkang mata, melecet jari melayan kerenah si kain satin. Aku tau bukan calang-calang jari yang boleh menjinakkan kain satin ni. Waduh-waduh. Mencair aku tengok kaler kegemaran dijadikan hadiah. 

Sebelum tu, mari baca mesej rindu yang turut dispray ubat guna-guna 


Honyoh-honyoh. Suweet! Mabuk aku tidur malam ni tau termimpi-mimpi love kecik tu. Dan ini pula adalah bingkisan rindu dari orang Batu Pahat buat orang Kluang.

same kaler theme blog aku kan?
dark-choc & pink
Kau tengok. Mana tak aku mencair. Pandai dia pilih kaler. Taste aku sangat kan. Coklat and pink. Tudung tu pun comel je. Latest edition tu sebab semalam pun kawan aku, boyfriend dia bagi hadiah tudung jenis macam ni jugak. Paling comel, tu dua kuntum rose brooch yang aku yakin seyakinnya handmade. Menitis air mata ni bila orang yang kita tak pernah kenal pun padahal, apatah lagi bersua muka memberi hadiah yang ikhlas macam ni. Sobsobsob. I'm touched!

Tak ada kata yang mampu aku ucapkan buat mama 'Adan' a.k.a CPB (singgah blog CPB). Sumpah aku terharu dengan keikhlasan dia memberi hadiah. Tak perlu mahal-mahal. Cukup sekadar ia adalah satu jalinan kenangan terindah buat kita berdua. Insya-Allah ukhuwah ini akan kekal ke Jannah. *wah ayat aku!

and I love you more Cik Puan Bunga


p.s: Masih lagi terharu...syukur atas rezeki-Mu





0 komentar:

Posting Komentar


Top