Rabu, 07 Maret 2012

Tuah Si Kontot

As Salam semua

Alhamdulillah, syukur atas rezeki lagi. Kali ni tuah Si Kontot. Tak sangka Kontot yang kecik tenonet tu boleh kalahkan contestant lain yang lagi comel-comel belaka. Kontot dapat Naib Johan dengan undian sebanyak 286 undi. Kawan aku cakap, gambar Kontot tu tak ubah macam Wonderpets. Apa yang penting kerjasama.... Kehkehkeh. Sumpah, bangga sangat bila Kontot menang. Kalau Kontot ada ni, dah lama dah aku cium-cium dia. *sanggup ke?* FYI, sekarang Kontot stay kat rumah Johor. Under my mum's care! 


Sebagai habuan, ni dia aku dapat hamper makanan tinggi pinggang aku. Kira boleh jadi stok sebulan dua aku kat kampus ni. Nasib baik dia bagi makanan aku, kalau makanan Kontot mahu 10 tahun aku tak payah beli makanan Kontot. Terima kasih banyak-banyak aku ucapkan buat semua yang sudi vote gambar Kontot. Tadi pun masa aku ambil hamper ni, budak-budak jerit Ninja Turtles!!! Popular lah kau Kontot. Ni balik nak ikatkan dia dengan riben merah. Bagi serupa Ninja Turtles tu kan. 

Walau apa pun, kura-kura memang bijak. Mula-mula dulu aku pun pikir macam boring je bela kura-kura sebab dia tak boleh nak re-act dengan kita kan. Tapi aku salah. Kontot antara kura-kura yang memang bagus responnya. Dia akan meronta-ronta bila aku goncang botol pellet makanan dia. Dia akan diving terjun dalam air setiap kali aku tukar air kolam dia dan dia akan berdiri macam dalam gambar tu bila dia nampak cahaya matahari. What a nice moment! 


sekali lagi, terima kasih semua!!!

0 komentar:

Posting Komentar


Top