Selasa, 06 Maret 2012

Pesta Dominos Lepas Projek

As salam semua 

Rezeki rezeki. Jangan ditolak. Kehkehkeh. Alhamdulillah, hari ni save duit poket aku untuk dinner. Pesta Dominos ye tadi. Bayangkan hampir 20 kotak Dominos disajikan. Yang datang makan cuma 12-15 orang je. Jadi memang muai sangatlah tadi makan. Tengah aku bersiap-siap nak ke cafe, ada junior call suruh turun makan. Tak kan tolak kot. Tu yang kenyang sangat ni. Syukur atas nikmat dan rezeki-Mu.

pilih-pilih

Sebenarnya ini adalah jamuan untuk Program LUST *sexxay tak nama program. aku pilih tu.* Ia adalah program kesedaran seks di kalangan mahasiswa (Love UrSelf Too). Program tu, aku bertindak sebagai penasihat merangkap pengacara tak berbayar. Jadi ni lah bayarannya. Makan besar bersama-sama. Sapa tak nak oiii... 

Program macam ni memang seronok. Sebab bukan sekadar boleh release tension je, dapat juga memberi penagalaman kita mengendalikan sesebuah program dengan jayanya dan mengasah bakat kita dalam bekerja bekumpulan macam Program Bakti Siswa ni dulu.  Sapa yang berat punggung je memang kena lah dengan aku. Kehkehkeh. Sebenarnya kan, ada orang kata aku ni penceria majlis. Sebab ye lah mulut aku kan pot-pet-pot-pet. Ada je bahan yang aku nak buat kecoh. Tapi itu yang dorang sayang aku lebih tu kan? *puji sendiri*


p/s: Malam ni malam akhir, kasi kaw-kaw vote untuk KONTOT






0 komentar:

Posting Komentar


Top