Selasa, 13 Maret 2012

Merasa Jugak Jumpa Para Blogger Hebat Malaysia!

As salam semua

KENAPA PERLU PILIH SAYA? 

Supaya saya mendapat peluang untuk berkenalan dengan rakan blogger lain dan bersama-sama menjana idea-idea hebat belia negara. Serta membuktikan bahawa blogger Malaysia ada standardnya tersendiri dan layak untuk dijadikan aspirasi belia yang lain. Malam itu turut menjadi sumber inspirasi saya sendiri untuk lebih giat merencana dan melontar idea dalam blog. Jadi, tidaklah masyarakat berfikir ONLINE itu tidak berguna! 

Memang aku terpilih! Alhamdulillah. Syukur. Rezeki yang sangat-sangat tak terjangka. Memang aku terlopong besar bila ada orang Maybank call dan bagitau pasal kemenangan ni. It is a simple contest sebenarnya. Entah macam mana aku boleh terjumpa benda ni di FB. Apa lagi, saje la cuba nasib. Mana tahu mengenakan. Walaupun pada hakikatnya bila aku tengok pesaing paling gah aku adalah Bro Framestone. Dah sah dah memang aku kalah! Sebab tu lah macam malas nak fikir lagi memandangkan peluang yang semakin menipis.

Klik utk membesar

Tapi, hakikatnya, kalau rezeki memang tak ke mana kan. Dapat juga aku merasa majlis-majlis gah untuk blogger sebegini. Bukan mudah kan nak dapat peluang keemasan ni. Dapat jugak aku jumpa idola-idola dunia blog yang menjadi kegilaan puluhan ribu umat manusia pengikut setia dunia blog yang tanpa sempadan ni. Sebut je nama-nama besar, pasti ada. Hanis Zalikha, Fatin Liyana, Maria Elena, Red Mummy, Ben Ashari, Yuyu Zulaikha dan berbaris lagi nama-nama gah blogger tempatan. Bukan tu je, dapat jugak aku melihat kawan sehingusan naik atas pentas menerima Anugerah Blogshop Terbaik 2012. Tahniah beb!

Sesungguhnya memang malam itu menjadi saksi untuk  aku sendiri menginspirasi diri melihat betapa gah dan besarnya dunia sebenar alam maya! Dan sekarang aku merasa tersangatlah kecilnya diri yang besar ini.





p/s: Excited sangat!

0 komentar:

Poskan Komentar


Top