Jumat, 09 Maret 2012

Cubaan Menjadi Orang Seni

As Salam semua

Beberapa kali aku pernah mention dalam entry aku sebelum-sebelum ni bahawasanya aku tengah me-rajinkan diri untuk satu projek peribadi. Projek tu, entah aku pun tak tahu nak namakannya apa. Kalau korang ada idea, boleh share dengan aku. Projek ni boleh dikatakan bakat semulajadi aku lah kan. Kehkehkeh. Ia menggabungkan seni + skill fotografi aku yang sangat-sangatlah minimalisnye. Sekadar mencuba. Tapi seriusly, aku suka dan aku harap korang pun suka. 

Kalau korang penggemar atau pengumpul gambar-gambar comel, korang mesti selalu perasan gambar yang orang tulis quotes note dan ambil gambar comel-comel. Contohnya macam kat bawah ni :


Aku memang berkenan benar dengan quotes note macam ni. Simple tapi penuh maknanya. Lagi pulak diambil dari angle dan gaya photography yang cantik. Kira macam menusuk kalbu gitu lah. So, aku pun try lah buat satu-dua kan. Saja suka-suka. 


-terukir di bintang-


Pada mata korang aku tak tau lah bagaimana. Tapi untuk mata aku, aku suka. Ada banyak lagi koleksi sebenarnya. Segan pulak nak tunjuk. Kita bukan orang seni kan. Heheheh. Untuk next entry, aku akan reveal, aku guna camera apa untuk semua gambar-gambar ni. Nantikan ye....



p/s: If you can see beauty in everything, you're an artist!




0 komentar:

Poskan Komentar


Top