Jumat, 09 Maret 2012

Cafe Coklateyes Kini Dibuka!

As Salam semua


Kau tau lah kan dunia muda belia. Full of gossiping! Cerita itu lah, ini lah. Lagi-lagi macam aku ni, yang mulut memang kepochi. Satu hari satu malam pun belum tentu habis cerita. Tapi yang menjadi masalah, tempat lepak dan bergosip yang best takde. Balik-balik kedai mamak jugak. I'm really sick of it. Memang truly Malaysian kan sembang kedai kopi, but sometimes we need a calm and serene environment. Bukan bunyi ketang ketung ketuk kuali.

Dari situlah idea aku menjelma. Aku selalu mendambakan sebuah cafe atau kopitiam atau tempat lepak yang sangat memenuhi citarasa dan keselesaan semua peringkat umur. Kalau aku ada duit satu hari nanti Insya-Allah aku teringin benar nak bukak sebuah cafe comel yang bertemakan relax and chill. Yelah, aku rasa memang dah jadi trend orang Malaysia, makanan adalah sumber keriangan dan penghubung kemesraan. Masa nak makanlah kita akan berbual sama-sama, berkongsi satu hari punya cerita sambil tu boleh camwhore sekali.


Aku akan letak benda comel-comel sebagai dekorasi. Kerusi yang maha empuk yang sekali duduk memang tak nak bangun dah. Suasana cafe yang harmoni dan menenangkan serta ditambah dengan alunan musik-musik yang mengusik jiwa. Alahai bahagianya. Tarikan utama, sudah semestinya aku nak sajikan dessert manis sebagai santapan. Ais krim pelbagai rasa, macaroon yang comel gila, cake yang lazat tak terkata, kuih-kuih tradisi jangan dilupa serta minuman lazat penghilang dahaga. Phuhhhhh...... dapat tak kau bayangkan cafe impian aku ni?


Style cafe pulak aku memang penggemar nombor satu Vintage style. Sebabnya ia nampak eksklusif dan sangat kena dengan jiwa semua orang. A memorial touched gitu. Selain tu, aku jugak nak letakkan cafe aku sebagai cafe yang dilengkapi dengan mini library yang penuh dengan buku. Aku memang tercari-cari cafe yang ala-ala gitu kat KL ni. Tapi masih tak jumpa. Aku peminat buku dan satu habit aku dari kecik, masa aku makan, itu lah time aku membaca. Apa je yang ada depan aku, aku akan baca. Kadang-kadang tu, botol sos, botol kicap semua ingredient dia aku baca dan telek-telek. Syok makan sambil membaca ni woo! Cubalah korang try. Tapi tu masa kau makan sorang-sorang lah.

Dan pada masa tu, semua mereka yang aku sayangi termasuk anda pembaca Blog Hanya Dari Mata akan mendapat layanan paling tip top dan aku akan pastikan Cafe Coklateyes dambaan aku ni bukanlah satu mimpi semata-mata. Moga doa ini dimakbulkan Allah.


p/s: harga tetap aku bagi murah-murah....




0 komentar:

Posting Komentar


Top