Selasa, 13 Maret 2012

Blogger Wanita Cantik Dambaan Aku!

As Salam semua

*tajuk entry tak bermakna aku lesbo! 

Aku tak tahulah engkau orang macam mana, tapi dalam dunia blog, aku ada beberapa blogger yang memang-memang-memang teringin benar aku nak jumpa in live. Nak tengok in reality. Bukan pasal dorang cantik ke tidak ke, tapi pasal hasil penulisan mereka tu dekat je dihati. Maybe sebab dorang ikhlas kan. I mean tak fake macam sesetengah blogger yang tulis nak good-good je. Nak show off pun ada gak tengoknya. *malas nak baca blog kalau gtu*. Mereka ni semua otai!

cute kan chip n dale tu! 

Kira, aku antara stalker yang terpaling setia untuk mereka lah dalam beribu follower dan reader mereka. Masing-masing ada kekuatan tersendiri. Ini antara blogger wanita yang aku mengidam nak jumpa. Dari atas sampai bawah semua berada di carta hati aku. Entry yang bersahaja mengenai kehidupan peribadi dicoret sebaiknya tanpa ada sebarang unsur show off mahupun ke-kerek-an melampau. Kerek sikit-sikit masih boleh terima lagi lah. Kehkehkehkeh. 

Entahlah mereka sudi atau tidak berjumpa aku. Ah, peduli apa kan. Pasang impian itu dikira berniat. Manalah tahu kalau satu hari berjodohan dengan mereka untuk ketemu. Berkenalan dan beramah mesra. Aku percaya mereka tu semua kepochi jugak. Macam aku. Kehkehkeh. Kalau jumpa mesti ada je story. Kau letak lah celah mana pun, boleh hidup punya. Senang dapat kawan!

Kalau nak terjah blog mereka, link ada di sidebar dengan title PEGUAM CUN!
Tak semestinya yang aku tak list bermakna aku tak nak jumpa. Dialukan sangat bila ada kelapangan!


p/s: Aku yang malu sebenarnya, sebab mereka cantik-cantik belaka woii!




0 komentar:

Posting Komentar


Top