Minggu, 05 Februari 2012

Ubah Angin

As Salam semua, Salam Maulidur Rasul...

Aku mulakan entry hari ni dengan nak mintak pendapat korang. Aku jenis orang yang cepat bosan. Bukan bosan  tanda benci atau tak suka, tapi aku sukakan fresh look, new breath. Iyer, aku tahu bahaya sifat gini. Nampak macam tak setia kan? Nope you are wrong. Kalau dalam relationship, aku ketepikan pe'el buruk ni. *swear*. 

Well, aku nak mintak pendapat korang mengenai blog aku. Aku rasa layout dan penampilan blog aku seperti perlukan nafas baru. Mungkin sebab aku hari-hari masuk sini kot? But seriously, aku memerlukan tema yang baru. Warna yang baru. Kalau sekarang ni, aku tonjolkan vintage theme, tapi sekarang aku takde idea. Tema apa yang perlu aku ketengahkan. Aku memang gile vintage. Sebab nampak eksklusif. Adik aku suruh aku pilih sweet-girlish theme. Tapi aku bukan girl-girl sangat pun. Tak tahu mana yang sesuai. Banyak jugak inspirasi dan kombinasi yang diutarakan. Dan semua aku suka.  

sketch. konon-konon
Simple-simple pun ok jugak kan. Less is more. Kang susah sangat, bubuh colourless baru padan muka. Alaa, decorate cantik-cantik tak guna jugak kalau entry tak best kan? Insya-Allah aku akan cuba berusaha menge-bestkan entry aku.  Jadi, apa pandangan korang? Warna dan tema apa yang best dengan blog sengkek aku ni? Apa patut aku buang atau tambah? Segala idea, komen, pandangan, hentaman dialu-alukan. Oh seperti biasa, pakar perunding super-kreatif yang bakal dapat tender lagi adalah Alieff. Urusan pantas, puas hati dan awesome! 


p/s: Suddenly teringat leopard-printed...





0 komentar:

Poskan Komentar


Top