Selasa, 28 Februari 2012

Sisi Sedih Seekor Ibu Kucing

As Salam semua

Kan aku dah cakap, sekali idea datang mencurah-curah.

Sebelum kau hayati satu persatu ayat aku, kau tengok dalam-dalam mata kucing ni ye.

memandang bilik berkunci tu
Ini kisah sedih seekor ibu kucing. Time aku nak taip ni pun, kucing tu masih mengiau-iau. Kisahnya begini. Sebelum cuti semester yang lepas, kucing ni beranak dalam kotak yang ada dekat balkoni bilik aku. Ada 3 ekor anak dia. Comel sangat. Mata bulat, perut pun buncit. Lepas cuti semester, aku tengok kucing ni dah pindah bilik sebelah. Kebetulan bilik sebelah tak berkunci dan takde penghuni. Anak dia dah mula dah nakal. Tidur kat kasut orang, main tali kasut bagai. Kira dah macam penghuni tetap untuk kubik aku ni. Semua penghuni kubik tak kisah pun. Kadang-kadang kiteorang main sama-sama dengan anak kucing ni. Comel kan. 

Tapi, entah satu hari tu aku perasan yang tiba-tiba anak-anak kucing tu dah takde. Puas aku cari keliling blok. Pun takde. Sekor pun tak nampak. Sekali entah macam mana, budak depan bilik aku bagitau yang anak-anak kucing tu ada orang dah buang ke tempat lain. WHAT!!! Wei... anak-anak kucing tu kecik lagi kot. Tak putus susu lagi. Patutlah mak dia ni mengiau sepanjang masa. Tunggu depan bilik sebelah ni. Sebab makcik cleaner dah kunci bilik tu. So kucing tu ingat anak dia terperangkap dalam bilik ni. Kesian sangat. Aku tak tahu lah apa sebab dan benci sangat orang yang pisahkan anak kucing tu dengan mak dia. Kalau ye pun nak buang, angkut sekali dengan maknya. Jangan pisahkan! Sedih gila aku rasa. Entah, aku tak tahu macam mana nak cakap dekat kucing tu. Tapi, sumpah aku tersentuh. Sob sob sob! Lagi sedih, budak tu bagitau yang puting susu ibu kucing ni membengkak sebab susu tak keluar kan. Aduhai. Kesiannya. 

Kalau aku tahu sapa yang buat dajal ni memang aku kerjakan. Aku nak dia rasa macam mana berpisah dengan mak. Takde belas kesian langsung. Oh kucing, sabar ye. Insya-Allah anak-anak kau selamat kat tempat baru! T_T





0 komentar:

Poskan Komentar


Top