Jumat, 10 Februari 2012

Dilema Mak Mertua Monster!

As Salam semua

Tadi waktu aku aku tengah dengar lagu "Ku Tunggu Jandamu" by Irwansyah, member aku call pakai viber. Free katanya kan. Dia bakal bertunang dalam masa terdekat. Insya-Allah. Malangnya, sekarang ni dia buntu sebab katanya bakal mak mertua dia tu, garang sangat. Inipun, cerita dari bakal tunangnya tu lah. Dia jarang jumpa dengan bakal mertuanya tu sebab bakal suami keje 'fly-fly', jadi memang peluang nak bemesra tu susah. Dia tanya aku, apa nak buat. Gulp! Aku pun sasau jugak ni nak menjawab. Maklumlah, aku sendiri belum ada pengalaman. Tapi, sebagai kawan, aku cuba cari solusi. 


1. Sebaik sahaja sah sebagai tunangannya, mulakan berkenal kenalan dengan keluarga mertua. Andai tinggal berjauhan, hubungilah mereka melalui telefon sekadar untuk bertanya khabar. Jika duduk berhampiran, cuba sesekali luangkan waktu berkunjung ke rumahnya. Takde tunang korang pun takpe. Datang bawak kawan atau bawak mak dan ayah korang sekali. 
2. Ketika berkunjung, bawalah buah tangan bersama. Sekurang-kurangnya dengan membawa kuih ataupun buah-buahan. Tetapi lebih elok jika anda membawa sesuatu yang boleh dibuat cenderahati. Misalnya dengan memberikan sepasang kain sebagai tanda kenangan. Jangan kedekut pulak! Kuih 3 seringgit pun payah. 
3. Kenali sikap sebenar mertua. Tanya kepada pasangan apa yang disukai dan dibenci oleh mertua. Jika korang dah tahu apa yang disukai dan dibenci, secara tidak langsung ini boleh memberikan persediaan ketika sudah menjadi ahli keluarganya kelak. Korang janganlah buat apa yang dia tak suka. Sia-sia je kena reject!
4. Setelah berkahwin, jangan sesekali memarahi anaknya dihadapan mereka. Keadaan ini memberikan gambaran sebenar sikap korang terhadap anak mereka. Situasi ini mungkin akan menimbulkan kebencian dihati mertua. Lagi-lagi kalau anak tu anak bongsu atau anak kesayangan mertua. Tegur pasangan korang dengan baik dan lembut dihadapan mertua. Bukan hadapan mertua je, korang kena jaga air muka pasangan walau dimana jua berada. 
5. Setiap kali bertandang, cuba mengambil hatinya dengan bercerita tentang pengalaman lucu yang boleh menghiburkan hatinya. Jangan lupa bercerita dengan sepenuh perhatian agar dia tidak rasa jemu. Ingat, jangan pula anda bercerita sesuatu yang dianggap bodoh dan boleh memalukan diri sendiri. 



6. Berkongsi minat dengannya. Kalau dia gemar bercucuk tanam, korang juga harus belajar bercucuk tanam. Kalau dia gemar memasak, tidak salah korang cuba belajar memasak daripadanya. Tunjukkan yang diri korang betul-betul berminat dengan apa yang disukai. Bagaimanapun korang dinasihatkan jangan belajar sambil lewa kerana mungkin dia beranggapan anda tidak serius. Dalam waktu tu lah mesti macam-macam tips yang korang boleh dapatkan. 

7. Apabila tiba hari-hari penting seperti ketibaan Hari Ibu, Ulang Tahun Perkahwinan, Hari Bapa dan Hari Lahir, jangan lupa menelefon mengucapkan sesuatu. Lebih baik jika korang berkunjung ke rumahnya dengan membawa hadiah. Atau korang juga boleh membuat kejutan dengan mengadakan majlis untuk mereka. Kalau tak mampu besar-besaran, buat ala kadar. Supaya mertua rasa dihargai. 

8. Paling penting, jaga pertuturan. Jika sebelum ini korang seorang yang ‘mulut lepas’, dinasihatkan agar menjaga pertuturan korang. Kata orang, kerana mulut, badan binasa. Jadi berhati-hati ketika menuturkan sesuatu di hadapan mereka. Jangan sampai menyinggung perasaan keluarga mertua. Lagi dasyat kalau mak mertua korang pun sama mulut pedas macam korang. Matilah kau! 
9. Setelah selesai majlis kenduri, pastikan korang ringan tulang membantu mengemaskan apa yang patut. Terutamanya jika kenduri dilakukan dengan memasak sendiri. Pasti banyak barang yang patut dibasuh seperti periuk,kuali, gelas atau pinggan mangkuk. Walaupun keletihan, tetapi cuba sibukkan diri dengan menolong apa yang patut. Tetapi jika majlis dilakukan secara katering, cubalah mengemas apa yang patut di dalam atau luar rumah. Mertua sangat menyampah dengan orang pemalas. Ala bukan mertua je, mak kita sendiri pun mesti marah kalau kita malas kan? 
10. Akhir sekali, cuba mengasihani keluarga mertua sepert korang menyayangi keluarga sendiri. Anggaplah mereka sebahagian daripada darah daging sendiri supaya hubungan akan bertambah mesra dan berkekalan hingga ke akhir hayat.Walaupun jika ditakdirkan  tiada jodoh dengan anak mereka, pastikan korang sentiasa menghubungi sekadar bertanya khabar.

Macam mana? Ada berani nak cuba tips kat atas tu depan mak mertua korang? Pada aku, paling penting korang kena jadi diri korang sendiri. Jangan awal-awal je tunjuk baik tapi lama-lama buat perangai. Ingat, mak mertua tu sama tarafnya dengan mak sendiri. Jadi, kalau dia terluka samalah dengan kita lukakan hati mak kita. Kalau semua tu dah dicuba, tapi masih tak berhasil... cuba baca zikir Ya Latiff banyak-banyak kali. Selamat Mencuba. 

p/s: Jangan lupa bantu aku ye... tinggalkan komen kat entry ni dan jugak ENTRY INI




0 komentar:

Posting Komentar


Top