Senin, 06 Februari 2012

Cinta Buku Lagi... | Ekspo Buku Islam 2 Bakal Muncul!

As Salam semua

Cerita pasal cinta buku lagi. Aku memang suka buku. Ok, baucer aku ada lagi RM 100. Banyak tu kan...tapi tak banyak mana pun dapat bukunya. Kena pandai-pandai membuat pilihan. Cinta yang lepas aku korang boleh tengok KAT SINI. Dah habis baca 1 buku je. *uh lambat* Yang The Last Lecture tu dan kini sedang mentelaah The Monk Who Sold His Ferrari. Kepuasan? Memang tiada tandingan. Hari tu pulak, adik aku yang baik hati hadiahkan pada aku beberapa buku yang jugak sangat ohsem. Thank you so much adik for the lovely gift. Memang tak putus-putus aku baca buku ni. Boleh release tension. 


Aku dah plan naik semester ni memang Gedung Buku lah aku serang dulu. Beberapa buku dah di-list-out kan untuk disunting dijadikan kekasih. Antaranya buku keluaran FIXI ni. Ramai orang kata buku ni best. Kawan-kawan aku semua suggest aku borong novel Fixi ni! dan kelihatannya aku memang pun dah jatuh cinta ni. Tak sabar nak geget buku Fixi. 

kelabu-ngeri-tabu-jerat-kougar looks good
Oh lupa, bagi mereka yang masih berbaki lagi baucer buku 1Malaysia, apa kata spend sikit buat buku-buku keagamaan. Menambah ilmu akhirat itu fardhu ain. Kebetulan ada Ekspo Buku-Buku Islam yang bakal berlangsung. Boleh serbu ni...


Kalau ekspo macam ni biasanya harga lagi murah dan lagi banyak pilihan. Lebih untung, boleh jumpa penulisnya sendiri. Bukan senang tau! Tu tengok bukan calang-calang penulis yang datang...


Yang atas ni, hadiah adik aku buat ayah aku. Moga dia tabah menghadapi sakitnya dan moga masa terluang diisi dengan penambahan ilmu bekalan akhirat. Insya-Allah.

Walau apa pun, kecintaan terhadap buku memang sewajarnya lama dibentuk dalam diri setiap masyarakat Malaysia. Memang inilah yang aku harap nak tengok. Budaya membaca. Tapi aku terfikir, sejauh manakah semaian budaya membaca ni? Tak kan kerana  baucer baru nak beli buku? Aku harap semaian baucer ni adalah pemangkin kepada budaya membaca di kalangan kita semua. Insya-Allah.


p/s: Baik cinta buku daripada cinta muka buku. Sorry Najwa.



0 komentar:

Poskan Komentar


Top