Jumat, 03 Februari 2012

Bila Tanda Kematian Diluahkan Di Facebook...

As Salam semua

Pagi ni dikejutkan dengan berita kematian salah seorang kawan semasa aku di High School Kluang. Semakin ramai manusia yang mati muda. Semua tu takdir Allah, Dia Maha Mengetahui. Sebagaimana aku pernah tweet masa kematian arwah Izwan Pilus, bahawa mati itu pasti. Tua atau muda bukan lagi persoalan. Entah kenapa, jadi habit aku bila ada kematian, aku akan tengok balik facebook arwah. Tengok gambar, tengok status-status lama dia. Sememangnya, tanda-tanda kematian itu wujud. Ini adalah status arwah kawan aku yang meninggal pukul 3 pagi semalam akibat kemalangan. 


Allahuakbar. Arwah seperti tahu kan ajalnya bakal menjelang. Al-Fatihah buat Syed Ahmad Kasyidi dan moga rohnya ditempatkan di kalangan muslimin yang soleh. Walaupun aku tak berapa rapat dengan arwah sebab berlainan kelas, tapi dia tetap kawan aku. Al-Fatihah...


0 komentar:

Posting Komentar


Top