Rabu, 11 Januari 2012

Permohonan Maaf Terbuka Buat Blogger Bukan Calang-Calang

As Salam semua


Ala--alaa---- ni yang sedih ni. Ni lah kelemahan alam maya. Sebab orang akan selalu salah tafsir. Sebelum tu, kau baca SINI dulu. Untuk kefahaman yang lebih jelas. 

Ok, dah. Jadi, ini adalah entry balasan aku... 



Kehadapan, Cik Fathiah Hamim 

Pertama sekali aku nak mintak maaf banyak-banyak pada Cik Fathiah Hamim, owner blog Bukan Calang-Calang. Saya cuma nak maklumkan yang ayat "Awak tak mo hadiah kita ke" itu langsung tidak ditulis dengan nada marah, apatah lagi perli. Malahan saya sebenarnya cuma sedih sikit je plus risau. Manalah tahu kot-kot Cik Fathiah tak sudi nak terima hadiah saya yang tak seberapa. Sebab Cik Fathiah, blogger yang Bukan Calang-Calang juga. Tu yang segan tu. 

Selain tu, saya juga tulis tu sebab nak inform pada Cik Fathiah. Biasanya, ada sesetengah organizer ni dia tak kan inform pemenang. Tapi saya ambil pendekatan berbeza. Saya inform Cik di shoutbox. Tapi setelah beberapa hari, saya tengok sepi je... tu yang keluar ayat sedih tu. Sekali lagi, langsung takde niat nak sentap apatah lagi perli. 

Saya jugak sebenarnya tahu bahawa musim sekarang adalah musim peperiksaan. Ditambah pulak, saya tengok blog Cik Fathiah tak berupdate, lagi membuktikan Cik Fathiah sedang busy. Maka, saya amat memahami situasi dan keadaan Cik Fathiah. Jadi langsung tak terlintas di hati saya untuk perli dan marah. Sebab saya juga student. Saya faham keadaannya bila musim nak exam. 

Maka, dengan itu... saya ingin hadiahkan sekali lagi kegembiraan buat Cik Fathiah. Syarat yang saya tetapkan itu adalah untuk mereka yang perlu redeem hadiah. Supaya saya tidak terlewat dan menunda sesi pos hadiah yang seterusnya menyebabkan pemenang lain tertunggu-tunggu. Oleh itu, Cik Fathiah masih lagi layak untuk terima hadiah yang tak seberapa tu. 

Dengan ini, besarlah harapan saya agar Cik Fathiah sudi untuk menerima hadiah tersebut dan seterusnya dengan rasa rendah diri saya menyusun jari memohon ampun dan maaf kerana tanpa niat saya telah mengecilkan hati Cik Fathiah. Saya langsung tidak bertujuan sedemikian. Maafkan saya ye...


Yang ikhlas, 
Cik Innanie Ariffin




0 komentar:

Posting Komentar


Top