Rabu, 25 Januari 2012

Jenis-Jenis Pengomen Tegar Di Blog

As Salam semua



Kalau kau baca blog-blog pilihan ramai, contohnya macam Beautiful Nara, Kari Ngeri, Blog Serius *ini paling banyak*, kau mesti boleh dapati ada segolong manusia yang rajin mengomen! Bagus. Itu perlu dipujian. Sebab ye lah bukan senang tau satu-satu entry untuk memikat hati para pembaca dan pengunjung memberi komen. Kejayaan besar buat penulis entry bila entrynya dikomen. Tapi, ada beberapa jenis pengomen yang aku analisa daripada dunia blog ini...


1. PENGOMEN 1ST

Aku tak tahu celah mana jenis pengomen ni muncul. Pengomen ini akan berlumba untuk jadi orang pertama yang memberi komen kat entry tersebut. Kiranya sapa nombor satu tu, dia yang menang. Dia yang hebat. Tapi yang tak boleh blahnya dia just komen gini "I'm FIRST!" tak pun, "1st!". What?! Itu je. Takde respon yang berkaitan langsung pada entry yang kita tulis. Dan kemudian melarat-larat sehingga 2nd, 3rd and so on! Apa kau ingat entry aku tu track lumba kuda? Aku memang betul-betul tak faham. Lepas dah main lumba-lumba komen, mulalah timbul perbalahan. "Eh aku firstlah, kau second!" Tak ke kau rasa nak menampar je pengomen gini. Annoyed gila!


2. PENGOMEN KONSPIRASI

Ini jugak satu masalah. Pantang nampak benda yang pelik sikit, akan mengaitkan dengan teori konspirasi, teori Yahudi, teori Illuminati. Nampak huruf 'T' kata salib, nampak segi tiga kata itu simbol mata Lucifer. Aduhai, rimas aku dengan orang-orang macam ni. Semua benda dia nak berfikir macam tu. Kau percaya tak cakap aku bahawa itu semua hanya persepsi mereka. Padahal takde pun entry tu bercorak sebegitu. Kau ingat semua orang ada konspirasi tersendiri ke? Kalau Zack Zukhairi aku percaya, sebab dia ada Realiti Konspirasi. Kehkehkeh


3. PENGOMEN TAK BACA HABIS

Ye, ada jugak pengomen macam ni. Jenis yang baca tajuk entry, baca 2-3-4 patah perkataan, tak pun baca entry skip-skip than, drag to conclusion, lepas tu bagi komen. The crucial part dia tak baca. Jadi komen yang diberikan juga agak out-of-track. Aku pernah lah sekali dua kena komen macam ni. Sampaikan aku kena baca semula entry aku berulang kali, sebab nak relate kan komen dia dengan entry aku. Tapi malang,  masih tak nyambung. Walau apa pun, aku tetap approve sebab itu tandanya dia memberikan pendapat. Pendapat kan luas definisinya. Ye tak?


4. PENGOMEN HENTAM/ANON

Hehe, aku pernah kena. Eh, bukan aku sorang. Ramai blogger yang kena jugak. Well, tak thrilled lah kalau kau blogger tapi takde sapa hentam kau. Bukan semua orang suka cara kau. Itu fakta! Kau jangan cepat melenting. Apatah lagi memaki hamun dia tak tentu pasal. Kau kena bijak handle manusia berkrisis dalaman ni. Kau jangan layan sangat. Sebab kajian membuktikan 'haters' sebenarnya adalah peminat setia kita. Sebab dia peduli tentang kita dari segala aspek dan segi. So, just smile when you read their comment! Cuba tengok CONTOH DISINI dan DISINI JUGA.


5. PENGOMEN PENYOKONG

Ini kategori pengomen pilihan mak mertua. Paling ramai dikalangan blogger hari ni. Sokongan mereka tu pelbagai rupa. Walaupun komen yang diberikan berbaur positif tapi jangan sampai lalai. Tak semua benda betul. Yang mana perlu ditegur, tegurlah dengan baik. Bukan didiamkan aje blogger tu dan terus hanyut buat kesalahan. Biasanya pengomen sebegini adalah mereka yang jugak berjiwa positif. Bagus. Aku suka!


Walau siapa pun pengomen dan pengunjung yang bertandang ke blog kita, kita sebagai tuan blog perlu bersikap profesional. Tunjukkan tanda terima kasih kita dengan approve mana-mana yang baik itu sebagai satu pandangan, perkongsian dan saranan membina buat diri kita dan blog kita. Komen sememangnya bagus sebab komen bukan sekadar jadi kayu pengukur untuk penerimaan orang luar terhadap entry kita malahan komen jugak membuka ruang untuk kita bersikap matang dan lebih terbuka. Jadilah pengomen berhemah dan luahkan atau kongsi ilmu korang dengan penuh barakah!


p/s: Antara entry aku yang berkaitan KOMEN!




0 komentar:

Poskan Komentar


Top