Minggu, 22 Januari 2012

Jangan Beranak Je Pandai, Jaga Tak Pandai!

As Salam semua



Kau tahu kan, daya sensitiviti aku sangat tinggi. Aku pun tak tahu entah celah mana aku dapat sifat macam ni. Tapi memang aku sangat peka pada persekitaran aku Bukanlah nak jadi perfectionist, tak langsung... but at least be a rational person. Maksud aku, seseorang yang menggunakan akal yang waras untuk bertindak dan membuat keputusan. Aku betul-betul nak mintak maaf pada para ibu. Lagi-lagi yang ada anak kecik atau baby. Aku harap mereka ni tanamkan sikap sensitiviti tu lebih dari 200 peratus. Bukan untuk aku pun tapi untuk anak dorang jugak. Sensitiviti yang aku maksudkan adalah dalam bab penjagaan kesihatan dan keselamatan anak mereka! Tolonglah peka dan rasional ibu-ibu muda sekalian. Korang nilaikanlah kisah berikut...

KISAH 1

Sedang aku meluncur laju dekat satu jalan utama menghala ke bandar, dihadapan aku ada sebuah kereta Proton Saga. Di kawasan tepi jalan utama tu  wujud beberapa buah rumah. Tiba-tiba sedang kereta depan aku meluncur laju...Screeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeet!!!! Dengar bunyi brek emergency. Aku pun cepat-cepat tekan pedal brek. Tengok depan Proton Saga tu.... aku nampak seorang ibu muda berlari-lari mengejar anaknya umur lebih kurang 1-2 tahun yang berdiri tengah jalan!!! Ya Allah. Mengucap panjang aku tengok. Aku tak tahu nak cakap apa. Akibat kelalaian ibu tu yang biarkan gate terbukak, baby berlari ke tengah jalan.  Salah dia... Careless!!!

Rasional : Dah tau rumah kau tepi jalan, baby lari lagi laju dari kau... make surelah gate kau tu ditutup 24 jam. Kunci gate tu. Perhatikan baby selalu!! 


KISAH 2

Aku tengah beli barang di sebuah kedai, lebih kurang pukul 2 tengahari. Panas terik yang ampun. Muka aku perit sangat sebab cahaya matahari yang mengigit-gigit kulit. Tiba-tiba lalu seorang ibu muda mendukung anak perempuannya yang usia entah berapa bulan. Masalahnya, baby tu langsung tak ditutup atau dilindung kepalanya. Dibiarkan je dibawak berjalan bawah matahari terik tu. Aku perhatikan memang jauh dia berjalan. Aku perasan baby tu, muka dah merah padam. Mata dah kecik menahan perit matahari. Oh, mak dia buat tak tahu je. 

Rasional : Bawaklah payung! Tak pun tutup kepala baby tu dengan kain atau apa je. Jangan disalai budak tu. Boleh sebabkan baby kena demam panas, tak pun lagi teruk baby boleh kena sawan kalau terdedah pada panas dalam masa yang lama. 


KISAH 3

Berlaku di Bangsar. Sekitar jam 12-1 pagi. Keadaan yang sudah berembun ditambah lagi ketika tu hujan gerimis. Orang-orang tua percaya kalau hujan gerimis ni, paling jahat sebab boleh buat demam. Sedang asyik aku lepak dengan member aku, muncul sepasang suami isteri dengan baby masih tidur dan aku tak tahu berapa bulan. Kecik lagi yang penting. Pasangan ni sedang cari meja untuk diduduk. Dalam keadaan hujan gerimis dan berembun tu, baby dia langsung tak ditutup kepala. Kesian lagi, habis muka baby basah sebab kena air hujan. Mak dia buat tak tahu! Ah!!! Aku geram lagi. 

Rasional : Balut anak kau dengan selimut. Tak pun tutup muka atau kepala dia dengan kain atau apa je sebagai penghadang air hujan. Hujan asidlah sekarang ni! Baby boleh demam!


KISAH 4

Berlaku di KFC Universiti. Sekitar 3-4 pagi. Sepasang papa dan mama yang muda. Yes dengan baby yang jugak masih kecil. Suasana dan suhu sangat sejuk. Sebab lepas hujan. Dalam KFC tu lagilah sejuk. Berwap-wap cermin sekeliling. Malangnya, ibu muda ni selamba je biarkan anak dia berbaju tanpa lengan, tak berstokin, apatah lagi bertutup kepala. Memang dipeluk dengan mak dia, tapi aku yang tua dan berbaju tebal ni pun rasa air cond tu sejuk, kau dapat bayangkan tak baby tu cemana. Alahai sian kau baby dapat mama tak rasional macam tu! 

Rasional : Pakaikan lah baby baju lengan panjang, seluar panjang, berstokin. Tak pun, selimutkan dia. Baru dia tak menggigil! Kalau sejuk macam tu, kesihatan baby akan terganggu. Boleh demam dan selesema. Kang nanti menyusahkan korang jugak.


KISAH 5

Di kedai makan, ada baby dalam stroller. Mak dengan bapak dia sibuk makan. Aku jengah baby tu. Memang jadi habit aku. Kalau ada stroller, aku akan jengah sebab baby dalam stroller mesti mata bulat. Geram! Bila aku jengah, aku tengok baby masih kecil dan di atas dada baby ada satu bantal kecik yang disendal di bawah botol susu. Baby tu sedang menyusu. Tapi dengan cara sendal. Maksudnya baby tu tak pandai lagi pegang botol susu. Tapi akibat mak dia malas nak pegang botol, dia sendal bantal kecik supaya botol sentiasa tinggi masuk ke mulut baby. Gila punya mak!

Rasional : Cara penyusuan yang boleh sebabkan baby tersedak susu! Kalau kau lapar sangat pun, suruhlah laki kau susukan baby dulu. Jangan buat gitu. Boleh menyebabkan baby mati  sebab air tak berhenti masuk mulut. Bodoh tak mak macam ni? Tak dipantau pun anaknya minum susu dalam cara merbahaya tu.


Haa, kau nampak tak kenapa tajuk aku kejam macam tu. Aku yang belum kahwin ni boleh fikir rasional. Mana yang boleh, mana yang tak. Aku tak tahu kenapa ibu-ibu muda zaman ni takde kepekaan tu. Mungkin tak semua, tapi tolonglah fikirkan kesihatan dan keselamatan anak korang. Janganlah nampakkan korang bodoh sangat dalam parenting issue ni. Bukannya tak pandai, sekarang ni google je semua keluar. Kau janganlah selfish sangat. Baby tu kan kecik lagi... apalah dia tahu. Kitalah yang corakkan mereka. Kang kalau jadi apa-apa, aku kesiankan pada baby tu! Mereka tak bersalah. Semoga baby-baby tu semua sihat dan dapat membesar dengan baik! Insya-Allah. 




0 komentar:

Posting Komentar


Top