Rabu, 25 Januari 2012

Dah Tunaikan Janji!

As Salam semua

Sebagaimana yang pernah aku janjikan DISINI, Alhamdulillah hari ni aku dah lunaskan. Kesemua hadiah-hadiah para pemenang telah selamat aku poskan.



Sekali lagi aku mohon ampun dan maaf kepada mereka yang terlibat. Akibat beberapa halangan dan perkara yang tak dapat dielakkan, aku tak dapat memenuhi janji aku secepat mungkin. Terima kasih jugak aku ucapkan pada mereka semua sebab bersabar tanpa berbelah bagi. Mereka memahami dan mereka memberi sokongan yang seeloknya. Aku sangat-sangat mohon maaf dengan penuh tulus! 

Sekarang ni, anda yang terlibat boleh tunggu hadiah sampai ke muka pintu rumah anda ye. Insya-Allah dalam masa 2-3 hari. Sekiranya ada sebarang permasalahan, jangan segan silu bagitahu aku. Aku akan cuba sebaiknya memuaskan hati semua pihak. Oh ye, bermula Isnin depan, kalau tak ada aral melintang 5 blog pemenang Give Away aku akan mula diprebiu. Korang semua tunggu ye. Special review buat mereka-mereka ini... Sekali lagi, ucapan tahniah dan sekalung kemaafan! 




0 komentar:

Poskan Komentar


Top