Kamis, 12 Januari 2012

Biore Make Up Remover Memang Terbaik!

As Salam semua


Masih ingatkan korang pada PRODUK FREE ini? Kalau ingat, bagus. Sekarang ni, aku nak kasi reviewnya. Dah lama dah dapat produk ni. Tapi baru hari ni teringat nak tulis reviewnya. Secara keseluruhannya, aku nak bagitau yang produk ini SEMEMANGNYA TERBAIK!!! Ada beberapa sebab kenapa aku katakan produk ni terbaik. Bukan sebab dia free ke hape, tapi memang keberkesanannya terbukti. 


Satu. Efektif


Kalau kau make up tebal mana pun, biasanya tang mata tu memang payah nak hilang kan? Lagi-lagi eye liner yang jenis gel. Memang payah sebab dah kering. Tapi dengan Biore Make Up Remover ni, korang tak perlu risau atau genyeh mata korang kuat-kuat. Dengan sekali sapuan sahaja, segala calitan eye liner dan eye shadow akan tanggal. Tak perlu tenaga yang banyak! Malahan produk ni sangat sesuai untuk water-proof mascara sebab ejen mikro pembersihannya bertindak aktif untuk membuang segala make up! 


Dua. Tak Berminyak


Aku ada satu lagi produk Biore ni yang juga berfungsi sebagai make up remover *seperti diatas*. Tapi aku tak berkenan sangat sebab ia terlalu berminyak. Bila berminyak, secara tak langsung bila nak basuh tu rasa macam tak selesa sangat. Manakala Biore pink ni, it contains more water than oil. So, bila kena kat muka rasa gentle semacam je! 


Tiga. Lembut Dan Selamat
Bahagian mata dan bibir adalah part yang paling sensitif dan tak boleh nak tonyoh macam kau berus baju tu. Jadi, Biore Pink tu sangatlah suka aku gunakan untuk tanggalkan make up sebabnya, ia bukan sekadar menghilangkan warna make up tapi kandungannya juga menyebabkan wajah korang jadi fresh-up lepas dicuci. Takde rasa melekit dan kulit akan rasa lembut. Selain tu, Biore Pink ni jugak tak akan memedihkan mata korang sekiranya terkena pada mata. Sebab ada sesetengah make up remover yang jenis kuat akan menyebabkan mata menjadi merah dan gatal bila terkena. 

Empat. Jimat
Disebabkan ia tidak digunakan dalam portion yang banyak untuk menghilangkan segala make up, maka secara tak langsung penjimatan dapat dilakukan. Jadi memang sesuailah produk ni untuk student macam aku yang selalu kering-kontang poketnya. Hehehe. 

sumber gambar : SINI
Jadi, memang dah dalam perancangan aku dah, lepas habis je free sample ni aku nak rembat satu botol Biore Pink yang omel-omel-omel angat ni. Berbaloi sangat rasanya untuk dibeli. Harganya pun taklah mahal sangat. Tak ingat pulak berapa. Tapi dalam belas-belas ringgit je kot. Selain tu, aku jugak lebih sarankan guna liquid make up remover dari pakai wet wipes. Wet wipes penggunaanya sangat terhad sebab permukaan tisu yang kecil kan. Ye lah muka aku kan besar talam. Hehehe....






0 komentar:

Poskan Komentar


Top