Senin, 16 Januari 2012

"Saya Berpendapatan RM 50k Sebulan!" - Student MLM

As Salam semua

Kau percaya tajuk entry tu tak?


Kalau korang yang kat luar nak tahu, sekarang ni ada satu trend yang menular dalam liputan student IPT. Trend menghasut masuk SKIM CEPAT KAYAP KAYA. Oh, ada sapa-sapa yang tak sound familiar? Great! Semua orang tahu kan. Dan sebagai student yang boleh bercakap secara persuasif, aku sangat-sangat selalu di-approach untuk join pelbagai skim dan venture. 

Personally, aku memang tak percaya! Kau letak lah duit satu guni suruh aku join pun, memang aku tak sanggup. Sebab aku percaya kepada teori kerja-gaji. Bukan labur-dan goyang kaki! Memanglah, ada yang kata tu kira kerja part time.. Sebab kau kena cari segala menatang downline ke hape, tapi cuba kau fikir rasional. Kau student! Celah mana masa kau ada untuk pergi dari satu orang ke satu orang menjaja cerita. Celah mana pulak orang nak percaya "Oh, pendapatan saya 50k sebulan"  sedangkan kau disara JPA atau PTPTN! Tell me. Lagi pulak, sekarang ni kepercayaan masyarakat pada skim MLM ni menjunam sampai tahap negatif. So, secara basicnya skim-menyekim ni memang bukan pilihan aku hari ini, esok mahupun selamanya. Noktah. Tapi, bila orang approach, aku akan reject dengan cara terpaling sopan dalam dunia. Terpaling lembut bahasa aku sebab aku tak nak kawan jadi lawan. Bukan musuh yang aku cari kat IPT ni. 

Tapi, malangnya... reject-kan aku dibalas dengan sadis. 

Tadi, aku nak ke fakulti, atas dasar urusan rasmi,  penghujung semester kan... tengah-tengah panas aku tunggu bas tu, muncullah sebuah kereta tak berapa mewah lah, tapi mewah di kalangan student kot berhenti depan muka aku. Dalam hati, "Alhamdulillah panas-panas ni ada jugak insan berhati mulia!" Slide bertinted hitam diturunkan. Muncul seraut wajah kesayangan hamba berkaca mata hitam. *tak kacak pun* 

"Eh kau nak pegi mana? Fakulti ke?"
Aku angguk kepala sambil senyum. "Kenapa?"
"Haaa, dulu aku suruh kau join skim aku tu, kau tak nak. Kalau kau join confirm sekarang make up kau tak cair panas-panas tunggu bas. Macam aku ni, bawak kereta sendiri!"

Oh-ho! Dahlah panas tengahari, kau bagi aku mengelegak lagi ye. Kau salah der! Aku tengok je muka dia terkebil-kebil. Biadap sungguh ayat kau tu. Kau carutkan aku tengah-tengahari ni? Senyum dan nah kau...

"Ala tak guna kalau kau senang atas kesusahan orang lain. Kau amek duit dorang, lepas tu kau enjoy. Dorang yang bawah kerja macam nak mampus. Kau yang senang. Kau pun kena bahan je wei!  Berapa kaya sangatlah orang yang join MLM ni. Paling-paling pun tahan setahun dua! Kita tengoklah nanti ye." Peluru aku lancarkan. 
"Hahaha, terpulanglah. Kalau kau nak join, aku tetap ada!"
"Eh, takpelah. Memang tak minat pun sebab aku rasa nanti kalau aku jadi lawyer, aku lagi boleh beli kereta lagi hebat dari kau. Baru puas hati. Usaha sendiri! Bukan atas sebab komisen lah hape jadahnya!" 
Kali ni giliran dia pulak kebil-kebil.


Bas pun muncul, aku naik bas sambil tinggalkan dia kat situ. Buat apa layan mulut puaka cam tu. Ingatkan nak bagi tumpang, rupanya nak mem-bahan aku. Memanglah kau kan! Kerek. Takbur sangat. Baru tiga empat bulan join, konon-konon dah boleh pakai kereta. Dah boleh pakai ipad kehulur-kehilir. Eh, tengok jelah berapa lama skim kau tahan. Dah banyak dah yang aku dengar pasal MLM ni. Tapi at the end semua telungkup lah derrrr!!!

Aku memang tak faham macam mana seorang student sanggup menggadaikan duit biasiswa semata-mata nak masuk skim MLM ni. Atas dasar apa yang korang percaya sangat tu pun aku tak pasti. Aku rasa kesian sangat pada mereka yang sanggup ikat perut sebab duit habis dikaut skim MLM. Percaya yang pelaburan sedang bergiat bercambah, padahal... habuk pun takde!  Rugi sangat kalau kau percaya pelaburan yang entah mana hujung pangkalnya. Ingatlah, student ni selalu jadi props je! Sebab kita ni semua 'pure'. Sebab tulah mudah je orang yang takde hati perut nak mempergunakan kau! Watch out ye... 


p/s: Tu kes DATUK Ac Mizal. Apa jadi? Celah mana ntah boleh dapat datuk pun aku tak paham. Apa sumbangan dia haa? Sekadar nyanyi FIooooooona! 




0 komentar:

Poskan Komentar


Top