Selasa, 13 Desember 2011

Penonton Ombak Rindu Kena Lempang!

As Salam semua


Setelah kutipan RM 9 juta, aku baru berkesempatan tengok Ombak Rindu. Kalau korang fikir aku nak review movie O.R tu, korang salah lah. Sebab aku rasa, dah banyak blog yang review filem OR tu. Done!

Tapi ini pasal kelakuan kurang adab penonton movie tu ye. Serius aku sakit hati sangat. Aku baru nak feeling-feeling dengan abang Haris, tapi sepasang couple lepasan SPM sebelah aku ni dok pok-pek-pok-pek. Yang perempuan pengulas novel, yang lelaki comentator. Itu salah, itu tak kena. Siap boleh pulak dorang berdrama dalam tu. Tanya kalau si perempuan berada dalam situasi macam Izzah, perempuan tu tinggalkan dia tak? Fuh! Berasap je hati aku ni dengar suara-suara annoying kau tu! Bermanja-manja. Pegang tangan lah, lentok kat bahu lah. Sialan dalam hati aku! 

Lama jugak aku menahan geram. Lebih separuh cerita aku diam je. Eh, tak diam-diam jugak budak dua ekor ni. Makin galak pulak dorang berborak dan mengomen. Sakitnya hati aku. Aku pandang pun tak paham, aku ehem-ehem pun tak paham. Last-last...



Paaaaaaaaaaaaaaanggggggggggg!!!! Aku lempang muka dua budak couple gedik tu.



 *bayangan aku je!kehkehkeh*

"Sorry ye dik, tolong senyap sikit. Orang lain nak tengok movie bukan nak dengar awak berborak!" Aku masih tahu hormat orang. 

Rasa panas tu aku hamburkan kat muka dua ekor budak tu. Terkebil-kebil. Senyap! Dalam hati aku, bagus faham bahasa rupanya. Tapi tak lama. Setengah saat je. Mula bisik-bisik pulak. Walaupun tak sekuat tadi, but still annoying kan...Time tu aku rasa kalau movie masih on lagi 1 jam, dah sure aku lempang budak dua ekor ni.  Dalam movie senyap sunyi kan. Bunyi orang kentut angin pun kadang-kadang boleh dengar. Ini dia, dari movie start sampai nak habis, bercakap je! Sakit jiwa aku. 

Walau apa pun aku sangat puas hati. Sebab berani nak menegur daripada tahan geram. Lama-lama kau je yang mati cepat. Dia hidup bahagia. Aku memang pantang betul dengan orang yang tak paham bahasa ni. Lain kali kalau dah tau semua jalan cerita, tak payah tengok. Kalau nak bercinta, bermadu asmara, keluar. Banyak tempat. Dalam ni, orang nak fokus. So senyap lah! Hormat orang lain. Tak payah nak tunjuk kau pandai sangat tahu semua benda. Meluat tahu! 



p/s: Pernah alami situasi macam ni? Apa korang buat? 





0 komentar:

Posting Komentar


Top