Kamis, 08 Desember 2011

Orang Baik Dah Tak Wujud Lagi?

As Salam semua


Orang-orang tua selalu menyebut "Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali". Dulu masa aku kecik, aku terima je bulat-bulat ideologi tu sebab yer lah aku kan anak solehah. Mak cakap tak de bantah. Tapi semakin usia meningkat, semakin besar dan matang , aku mula berfikir bahawa ideologi tu ada yang tak kena. 

Aku takde masalah dengan "buat jahat jangan sekali" sebab itu memang betul. Kalau boleh jangan sekali-kali kita berbuat jahat pada orang lain. Tapi yang part "buat baik berpada-pada" tu. Kenapa pulak kita disuruh berkira-kira kalau nak berbuat baik. Kiranya jangan all out. Bukan ke agama sendiri menyuruh kita melakukan kebaikan. Tapi ideologi seolah-olah menyekat orang berbuat baik yang melampau. Hmmmm....

No.no.no. Here is the reason. Orang tua-tua dulu memang menggalakan kita melakukan kebaikan. Tapi pada masa yang sama kita disuruh berhati-hati supaya kita tak dipijak orang. Sebenarnya, orang-orang tua ni kan banyak pengalaman. Dia memang tahu, dalam kehidupan ni ada orang yang suka ambil kesempatan pada orang lain. Lagi-lagi bila orang tu sangat baik. Kira macam senang je dia nak kacangkan orang baik tu. Sebab tu lah, nenek moyang kita berpesan macam ni. Bukannya menyekat perbuatan baik. Jadi jangan berhenti melakukan kebaikan.

Tapi satu benda yang aku percaya, BUAT BAIK MESTI DIBALAS BAIK! Itu janji Allah. Percayalah! Dan memang benda ni terbukti depan mata aku. Kisahnya, Kirin hilang wallet Isnin lepas. Duit ada RM100++ tapi dalam bank banyak kot. Kad ATM, I/C matrik kad semua dalam tu. Kesian dia. Aku nasihatkan dia yang Insya-Allah ada orang baik yang jumpa sebab Kirin selalu buat baik pada orang lain. Selalu membantu orang-orang sekeliling dia. Aku percaya Allah itu adil dan menepati janji. Alhamdulillah lepas 3 hari, tiba-tiba ada orang call Kirin. Seorang budak cina yang jumpa dan budak tu sangat jujur. Dia pulangkan balik pada Kirin tanpa usik apa pun. Melainkan dia bukak untuk cari nombor telefon Kirin. Syukur sangat! Kalau ikut logik akal, hilang wallet di KL memang satu kemustahilan untuk jumpa semula kan. Sapa kata dalam dunia ni dah takde orang baik? See. Masih wujud. Same goes to my sister's house-mate, Kak Wani. Handphone dia yang mahal cicir kat jalan. Depan kolej. Alhamdulillah, ada budak 1st year yang jumpa dan pulangkan. Dia tunggu orang call handphone tu. Sedangkan kalau dia nak ambil, boleh sangat. Sapa tahu kan! 

Pada aku, whatever reason just be kind and nice to all human being without any prejudice! Tak kisahlah walaupun dia peminta sedekah sekalipun. Bukan sekadar berbaik pada manusia, malahan seluruh makhluk Allah. Ini bukan hukum karma, tapi ini hukum Allah! Yang baik untuk yang baik dan sebaliknya. Sama macam konsep jodoh. Kalau nak pasangan yang baik, kita jadilah baik dulu. Insya-Allah ada seorang yang baik khas untuk kita. Amin.


P/s: Paling utama buatlah baik pada kedua ibu bapa kita dulu...




0 komentar:

Poskan Komentar


Top