Selasa, 20 Desember 2011

Macam Mana Nak Tentukan Jantina Kura-Kura?

As Salam semua

Disebabkan masalah Wifi kat UM beberapa hari lepas, terus mood aku untuk  berbloging menjunam. Takde idea. Kepala kosong. Blank! Cis! Memang potong stim betul. Dah lah aku tengah running Give Away kan. Macam mana nak promote kalau Wifi terus tak dapat. Bukan lembap, memang terus tak dapat. Seteresss aku. Rasa macam tak tau hal ehwal semasa. Nak study pun payah. *kalau ada Wifi pun, macamlah kau study!* 

Kalau orang ada anak, bolehlah main-main dengan anak dia kan. Lagi-lagi kalau comel macam Adam Irfan Xaharis. Memang tak lekang lah aku melayan. Tapi, takde baby. So aku main-main dengan Kontot je lah. Aku bersihkan akuarium Kontot sambil tengok Kontot berlari terkedek-kedek  main air. Lantaklah. Janji kau happy.



Lepas aku post ENTRY INI, ada beberapa orang yang tanya aku mengenai totis. Jadi, aku jawab kat sini ek. *dah macam doktor haiwan dah*


1. Totis boleh hidup tanpa pasangan?

Yes, boleh. Aku dah google dan dapat confirmation dari expertise. Tortoise boleh hidup tanpa pasangan. Lagipun kalau aku nak beli pasangan dia, kat pasaran semua totis kecik-kecik lagi. Jadi, expertise kata dia tak boleh satu besar, satu kecik. Nanti yang besar akan gigit yang kecik.


2. Ada berapa banyak jenis totis yang boleh dibeli kat Malaysia ni?


Ni aku tak boleh nak jawab dengan details. Sebab aku pun tak pasti. Tapi kalau korang pergi kedai pet, yang biasa dijual adalah yang sama spesies dengan Kontot. Yang ada jalur oren kat tepi bahagian kepala. Harga seekor RM 7-8.  Selain tu, yang aku pernah nampak ada dijual di pasaran, adalah Horsefield Tortoise (as picture). tapi mahal gile. Beratus jugak sekor. Ni ada dijual di Wonderland Pet, Mid Valley. 


3. Macam mana nak tahu totis Jantan @ Betina?


Aku suka soalan ni. Ramai yang tak tahu. Let me share. Caranya macam ni, korang kena rasa permukaan bawah totis korang. Cengkerang dia tu... kalau flat, dia betina. Kalau ada curve atau cekung sikit, dia jantan. Lagi satu, ekor jantan lebih panjang dari betina. 

Rasanya, sampai sini dulu. Aku ada debate sekejap lagi. Doakan aku berjaya ye dalam English Debate ni. Hehe. Lama dah tak berbahas. Harapnya, info-info tu dapat membantu. Kalau ada persoalan lagi, jangan segan boleh tanya! Insya-Allah kalau aku tau aku jawab. 

p/s: Aku rasa macam nak bela Leopard Totis pulak sebab lawa! Lagipun aku kan addicted leopard-printed. Sama macam Give Away aku. Nak join, KLIK SINI CEPAT! 









0 komentar:

Posting Komentar


Top