Kamis, 29 Desember 2011

Macam Gampang! Apa Tu?

As Salam semua

Kau orang pernah dengar tak orang cakap...

"Ko niey cam GAMPANG, dowh!"

Kau orang nak tahu tak, sampai sekarang ni aku memang tak tahu maksud MACAM GAMPANG tu. Adakah dia bermaksud yang baik atau tak baik? Sumpah, aku tak tahu! Bukan sebab bodoh. Tapi aku memelihara bahasa aku. Aku sayang bahasa aku. Tak payah nak tunjuk macho sangatlah kalau guna bahasa yang entah-apa-apa tu. Buat sakit telinga orang lain je mendengarnya. Kau tau tak bahasa itu cerminan bangsa? Jadi dengan bahasa kau yang macam tu, aku tak tahu kau bangsa apa. 

Kesian budak sekarang. Muka lawa, tapi takde bahasa! Haish....rugi je cikgu-cikgu mengajar bahasa Melayu dulu. Sedih Pendita Za'ba kalau tengok bahasa anak muda hari ni. Langsung hilang sifat hormat, sifat kemelayuannya apatah lagi. Sibuk meniru bahasa orang lain. Mengagungkan bahasa asing. Takde identiti langsung lah dan aku rasa bahasa kau tu tak cool pun... 


P/s: Aku nak suruh Kementerian Pelajaran wajibkan semua student BM dapat A!






0 komentar:

Posting Komentar


Top