Rabu, 28 Desember 2011

Ciri-Ciri Lelaki Dambaan Wanita

As Salam semua

Aku bukanlah doktor cinta yang selayaknya berbicara pasal cinta. Tapi aku tulis entry ni guna akal yang waras dan kebiasaan yang kita dengar daripada mulut gadis-gadis. Well, aku rasa minat semua orang lebih kurang sama je. Basic thing mesti ada kan? Jadi, guys cuba tengok ni apakah ciri-ciri lelaki dambaan wanita! Fuh...Fuh...



1. TINGGI
- Kalau korang tanya dengan semua perempuan, dia mesti nak lelaki yang lebih tinggi daripada diri dia. Barulah dia rasa dilindungi. Lelaki tinggi itu selalunya digambarkan sebagai seorang yang tegap dan mampu memberi tempat perlindungan yang baik. Ini kredit ni untuk lelaki yang tinggi. Kira peluang cerah lah. Tapi macam mana pulak dengan lelaki yang rendah? Peluang dorag amacam? Don't worry! Mak aku kata, kalau suami lebih rendah dari isteri, maksudnya murah rezeki. Haaa, jadi lelaki yang rendah apa kata korang guna alasan tu untuk memikat gadis yang lebih tinggi dari korang. Hehehe.

2. TIDAK MEROKOK
- Rugilah lelaki merokok! Lelaki selalu kata merokok tu cool. Boleh pikat hati wanita, but the real situation it is not! Kalau korang perasan, bila seseorang wanita menjalin hubungan dengan lelaki, soalan pertama yang basic dia akan tanya "Are you smoking?". Jawapan biasa lelaki, "Yes, tapi sekarang I dah mula kurangkan!". Betul tak? Dan mulalah perjanjian dibuat. Tapi sampai kahwin pun tak stop smoking. So, kenapa masih terus merokok lelaki? Stop it now. Korang lagi nampak cool dan kacak tanpa rokok tu tau! Gunakan kekacakan semulajadi anda!

3. PANDAI MEMUJUK
- Perempuan memang selalu merajuk. Tapi kalau merajuk lebih-lebih, aku pun menyampah! Perempuan biasanya mesti nak cari lelaki yang pandai memujuk. Bukan pujuk gila-gila pun. Cukuplah dengan kata-kata romantis dan berlembut sikit. Bukan api dibalas api. Dalam pada pandai memujuk tu, sifat romantis kena ada sekali. Barulah cair hati perempuan tu! Ewah. 

4. ADA MASA UNTUK DILUANGKAN BERSAMA
- Perempuan suka lelaki yang berkerjaya. Sebab kerjaya yang bagus, sumber kewangan yang baik. *hehe* Tapi, perempuan tetap nak lelaki yang pandai bahagikan masa antara peribadi dan kerja. Tak kan lah setiap minggu tu perempuan je yang terhegeh-hegeh tanya "Bila awak free?". Sekali-sekala apa kata lelaki yang ajak keluar. Tanya soalan tu pada perempuan pulak. Barulah perempuan tu rasa diri dia penting dalam hidup si lelaki. 

5. KEMAS
- Sapa je lah nak lelaki yang serabai plus yang berbau badan busuk. Memang tak lah. Lelaki perlu sentiasa kemas barulah kelihatan kacak. Pakai perfume, rambut terurus, bulu-bulu muka pun mesti diurus jugak. Kulit  bersih, halus mulus. Lagi smart kalau kerja-kerja korang jugak kemas. Lagi cepat perempuan tu cair. 

6. KACAK ITU BONUS
- Perempuan takdelah memilih sangat sebenarnya. Kalau korang perasan, ramai je perempuan-perempuan cantik dapat lelaki yang muka biasa-biasa je. Tapi kenapa? Sebab pada diri perempuan, kacak itu bonus bukan semestinya. Yang penting kena ada karisma sebagai bakal suami yang baik. Barulah dia rasa terjamin hidup dengan lelaki tu. Another part kan, perempuan suka dengan lelaki yang ada mata dan bibir yang seksi. Ouch! *ini fakta, bukan aku yang cakap ye*

7. BUKAN PEMARAH & PENGONGKONG
- Pemarah memang paling perempuan tak suka. Apatah lagi yang suka mengongkong kehidupan perempuan. Ada lelaki yang jenis semua benda nak kena report kat dia. Sampaikan masa bersama kawan-kawan pun dia sibuk nak amik tahu. Perempuan rimas dengan cara macam ni. Jadi, lelaki buatlah macam main layang-layang. Lepas-lepas, kemudian slow-slow tarik. Get it loose sayang! 


Wah. Pandai je aku list downkan kriteria ni. Sebenarnya, apa pun yang diidamkan, it start from ourself. Hati kita kena baik dan ikhlas menerima seseorang tu dalam hidup kita. Kata orang kalau dah suka, busuk pun wangi. Ini cuma sebahagian daripada perahan otak aku je. Kalau nak tambah boleh. No hal. This is just a basis thing. So, good luck guys!

p/s: Aku rambang mata nak letak gambar lelaki hensem. Ouch!

0 komentar:

Posting Komentar


Top