Kamis, 10 November 2011

Kenapa Perlu Curang Terhadap Pasangan Hidup?

As Salam semua


# Pertama sekali sebelum aku menulis entry ni aku nak mohon maaf pada mana-mana pihak yang mungkin terasa selepas membaca entry aku ni. Tapi aku menulis sebab aku rasa perkara ni perlu diberi kesedaran. Ia sama sekali tidak mengaibkan mana-mana pihak tetapi hal ini adalah dari perspektif pandangan aku sendiri. Pandangan seorang muda yang belum tahu apa itu kehidupan berumah tangga. Bacalah dengan rasional dan bukan emosional. Segala pandangan, aku sudi menerimanya. 



Kalau korang melihat pada usia aku, memang betul...aku belum layak untuk mempersoalkan perkara ni. Its about SKANDAL SUAMI & ISTERI. Kalau bahasa kasarnya, CURANG dan kalau bahasa Indonesia, PERSELINGKUHAN.  Aku tak paham kenapa dunia hari ni seolah-olah semua orang hanya memikirkan keseronokan dan melupakan hal dosa pahala. Aku tak tahu mana orang-orang tu letakkan akal dorang. Kat kepala atau kepala lutut. 

Memang, aku masih setahun jagung. Belum berkahwin, belum bertunang malahan belum bercinta. Tapi atas tiket itulah aku bercakap soal ini. Ye lah, kata orang mata aku belum dibutakan dengan cinta. Masa aku belasan tahun, aku tak amik pusing sangat soal skandal di tempat kerja ni sebab masa tu aku sangat naif dan fikir mereka adalah kawan baik, seorang lelaki dan seorang perempuan. Sama macam aku dan kawan-kawan lelaki aku. Tapi setelah sekian lama ni, aku mula berfikir. No no no! Situasi mereka dan situasi aku berbeza. Aku single tapi mereka semua adalah seorang suami dan seorang isteri kepada pasangan masing-masing. Dan ketika itulah, aku baru tahu yang mereka curang di belakang pasangan. 

Aku sendiri malu dengan perbuatan mereka. Tanpa segan silu melakukan adengan romantis. Tanpa ada rasa bersalah bermesra-meraan di khalayak ramai. Skandal berlaku di mana-mana. Masa aku sekolah, ada cikgu yang berskandal sesama cikgu. Ada kerani yang berskandal dengan bosnya. Ada pegawai yang berskandal dengan anak buahnya dan lebih mengejutkan ada ustazah yang berskandal dengan suami orang. Apa semua tu? Kalau kata perhubungan atas dasar kerja perlu ke sampai ke adengan romantis dan sms manja? Bukan ke itu namanya nafsu semata-semata? 

Aku sedih bila melihat perlakuan "ORANG-ORANG TUA" sebegini. *maaf kalau kasar*. Aku kesian melihat pasangan mereka yang ditipu hidup-hidup. Melihat pada zahirnya, yes mereka bahagia. Tapi hakikatnya, ada gunting dalam lipatan. Lebih sedih, skandal kepada pasangan mereka yang curang tu adalah orang yang dikenalinya sendiri. Kesian....

Masyarakat selalu menyalahkan orang ketiga dalam keretakan sesuatu hubungan. Malahan orang ketiga dianggap perampas, pengacau dan banyak lagi nama jolokan. Lebih hebat lagi cemuhan jika orang ketiga tu adalah perempuan berstatus janda. *aku nak mintak maaf pada golongan ini. Bukan semua seperti tu, tapi disebabkan satu atau dua, rosak semuanya!*. Aku sendiri berdepan dengan perkara ni. Di tempat kerja aku satu masa dulu. Seorang janda, senang cerita lah ye, memang gedik gila bila dia jumpa jantan! Kalah anak dara wei. Sehinggakan sampai satu tahap selepas aku tahu perangai dia tu, aku membenci golongan janda! 

Kes paling dasyat,  aku pernah berhadapan dengan kes seorang ustazah yang bertudung labuh lagi litup tetapi sanggup memberikan gambar separuh bogelnya kepada skandal. Kau rasa itu juga urusan kerja ke? Kau rasa perangai dia keji dan dia  sebenarnya mempersendakan agama.  Dan ketika tu, aku rasa macam nak bogelkan je ustazah tu sebab hipokrit dan berlagak alim padahal dalamnya kotor! Ingatlah, agama kita membenci perlakuan curang. 

Aku rasa, perlu aku ingatkan kat sini. Curang dalam perhubungan suami dan isteri amat menyakitkan. Kawan aku sendiri pernah tumpas dalam pelajaran bila mana ayahnya curang dan mengabaikan keluarga. Depan mata aku benda ni jadi. Sekali lagi anak yang menjadi mangsa. Aku sendiri ingatkan diri aku supaya jangan kacau kebahagiaan orang lain. Jangan curang dengan pasangan hidup. Jangan lah hidup semata-mata kerana nafsu, sebab kalau nafsu jadi raja, hidup kau binasa! Kau tak nak pasangan kau curang, tapi kalau kau curang boleh pulak?  Dan kalau kau kata pasangan yang sedia ada itu bukan yang terbaik buat kau, itu adalah sebab kau bandingkan dia dengan orang lain. Cuba kau terima dia seadanya, dan jadilah pelengkap kepada kekurangan dia, kau akan sedar nikmatnya hidup berumah tangga! 





0 komentar:

Posting Komentar


Top