Selasa, 01 November 2011

Hack Akaun Facebook Untuk Balas Dendam

Salam semua

Kita selalu menyalahkan hackers sebab dia jahat hack account kita. Tak kisahlah akaun fb atau blog. Biasanya, kita akan berfikir sebab musabab kena hack adalah dari aspek kelemahan password sesebuah akaun atau mungkin si hackers saja nak aniya kita. Tapi aku baru tersedar, kadang-kadang hack akaun orang lain adalah sebab untuk MEMBERI PENGAJARAN.


Well, ini adalah akaun fb salah sorang kawan aku yang telah dihack oleh siapa aku tak tahu. Tapi aku rasa tuan punya akaun mesti tahu. Kau baca ayat-ayat dia. Mungkin ada perlakuan kawan aku yang menyebabkan si hackers ni geram dan salah satu cara nak memberi pengajaran dan membalas dendam adalah dengan memalukan kawan aku ni di hadapan kawan-kawan yang lain. 

Tapi, personally aku tak suka cara hackers tu lah. Kalau ye pun tak suka atau geram, terus terang. Jangan main cara kotor macam ni. Dia ubah DP kepada gambar perempuan bogel, hackers tu flirt dengan kawan-kawan lelaki yang ada dalam FB tu, upload video blue dan macam-macam lagi. Memang memalukan. 

Well, this is the colour of the cruel world kan. What you give you will get back. So, think about ourself! Kalau boleh janganlah sakitkan hati orang lain. Sebab once orang sakit hati, macam-macam dia boleh buat untuk balas dendam pada kita. 

p/s: hati-hati dalam dunia maya ni! Kita tak memiliki hati nurani yang sama. 




0 komentar:

Posting Komentar


Top