Jumat, 04 November 2011

Bukan Nak Condemn Blogger Muda Remaja, Tapi...

As Salam semua


Baru je sekejap aku publish ENTRY INI, Alhamdulillah ada yang sudi memberikan respon. Tak kisahlah respon positif atau negatif. Tetap aku terima, publish dan tetap aku fikirkan. Sebab aku betul-betul suka respon daripada pembaca. Maklumlah, tak semua benda kita betul. Dan muncul komen ini...



Partially, aku jugak bersetuju dengan dia. Memang betul yang join that contest semua blogger muda remaja. Umur 12-18 tahun dan memang tak patut jugak aku letakkan high expectation. Kira kena down grade sikitlah. Mereka masih belum punya banyak pengalaman hidup dan belum mahir menganalisis sesuatu. Malahan aku jugak memang tak de hak nak menentukan apa yang blogger nak tulis. 

Tapi, cuba renungkan hadis Rasulullah ni...

"Sesiapa yang beriman pada Allah dan Hari Kiamat, hendaklah dia bercakap benda yang baik atau diam"

Jadi, adakah perlu untuk seseorang itu menulis perihal sakit perut sehinggakan nak buang air besar pun dicerita dalam blognya? Rasa macam tak perlu kot. Dan aku menegur bukan untuk condemn tapi sebagai nasihat supaya bakat menulis itu boleh diasah lagi dan seterusnya menggunakan bakat tersebut untuk kebaikan bukan perkara-perkara remeh. 

Itu je tujuan aku, terpulang nak terima atau tidak. Sebab aku percaya pada "melentur buluh biar dari rebungnya". Jadi, mulakan bakat menulis yang berfaedah tu dari kecil lagi, barulah sampai besar nanti dia akan terus menulis perkara yang baik dan bermanfaat pada semua. Bukan cerita merepek-repek yang seterusnya menghalalkan apa yang diharamkan.....


p/s: berlapang dada dalam menerima teguran. Thanks anonymous!

0 komentar:

Posting Komentar


Top