Jumat, 04 November 2011

Blog Je Cantik, Tapi Entry Sampah!

Salam semua


Sebagaimana yang aku dah bagitau sebelum ni, CONTEST BLOGKU MENAWAN KALBU telah pun ditutup. Sekarang ni para juri sedang sibuk terjah setiap blog dan short listed kan mana-mana blog yang layak. Yes, hebat-hebat semua blog. Memang superb. Lawa giler design. Tapi kan...tapi kan...

Personally, aku rasa macam tak guna lah kalau design je lawa tapi entry tak berkualiti langsung. Buat blog sekadar ikut kawan ada blog. Tapi maklumat atau entry yang dihasilkan hampeh gila babas. Korang bayangkan lah, yes follower dia agak ramai around 900 ++ orang tapi bila aku bukak older post, aku rasa macam WATDER lah budak ni. 

Entri 1-

"Hr ni sy gdo dgn boyfie sy. Sy gewram! Ok bye."

Entri 2- 

"Boyfie sy belikn sy bunger ros. Nak pujuk lah tu. Suwwwwweeeeet!"

Entri 3-

"Sy skit pewrot ni, cirit birit. Ok dah nak pg toilet!"


Haaa...mana tak menyirap? Buat entry setakat tulis macam tu. Kau ingat kau artis nak orang semua tahu setiap detik, setiap jam kau buat apa? Eh, please lah tak matang langsung. Aku pun pelik macam mana budak ni ada follower. Itu bukan blog aku rasa, tapi dah jadi jadual harian. Kan? Everything yang tak make sense she put up there. And she only write it in one sentence. Do you think its style or what? Lagi satu, ejaan tu. Ejaan gewdix yang digunakan. Memang tobat lah aku nak tekan older post lagi kan! 

Pada aku, blog yang bagus adalah melalui entry yang bagus. Entry yang dapat berkongsi pengalaman hidup dan pengetahuan yang seseorang tu ada dengan pembacanya. Entry merupakan satu tarikan utama kepada sesebuah blog. Memang susah untuk asah skill menulis yang baik, tapi tak mustahil. Malahan once korang dah dapat tarik hati pembaca melalui kejujuran korang membuat entry, for sure readers akan minat dan datang sendiri ke blog korang. Sense "Automatic Readers" tu yang susah nak dicari. Tapi jangan give up! As long as korang berusaha memperbaiki setiap entry. Aku pun dulu merangkak dari bawah dalam penghasilan entry yang berkualiti. *tak lah kata semua entry aku bagus!* 

So, aku nak ingatkan pada semua blogger muda mudi kat luar sana, kalau nak berbloging buatlah secara bermanfaat pada diri sendiri dan orang lain jugak. Jangan tulis benda ngarut macam  tu. Aku harap masa akan mematangkan mereka semua. Believe me, kalau entry menarik, pembaca akan datang sendiri! 


p.s: teguran ikhlas bukan nak riak.



0 komentar:

Poskan Komentar


Top