Selasa, 25 Oktober 2011

Potong Stim Betul Lah Kalau Jumpa Blog Macam Ni...

Salam semua



Aku memang dah lama gile tak berblogwalk. Jadi disebabkan hari ni macam damai je, aku pun berblogwalk. Tapi, memang potong stim betullah kalau blog korang macam ni....


1. TULISAN MACAM CACING KERAWIT

Aku ni dah lah rabun. Bila dapat blog yang tulisan macam cacing kerawit melingkar-lingkar ni, aku memang tak berapa gemar lah! Susah nak baca wei. Kalau boleh carilah font yang tak banyak bunga. Plain and simple. Sebab blog kan tempat kita berkongsi idea, jadi macam mana mesej kita nak sampai kalau tulisan tak boleh dibaca?

2. TAK MESRA PEMBACA

Ni pun agak pantang lah bagi aku kan, aku suka entry yang dia tulis. Suka gile kadang-kadang. Tapi bila scroll sampai habis entry, "Erk...mana button comment kau?" Kadang tu, aku siap klik Title Entry untuk full view, tapi masih takde. Yang banyak, link churp-churp dok blinking. Perh, memang terbantut niat aku nak mengomen. Kita buat entry untuk dapatkan feed back, tapi macam mana nak dapat response kalau entry tak mesra pembaca?

3. WIDGET MERAPU KELILING BLOG

Aku dah penah bebel pasal hal ni dalam ENTRY INI. Korang boleh bacalah. Malas nak bebel lagi. 


4. TAK RETI EJA

Dah ramai blogger tegur benda ni. Aku pun tak faham, adakah mereka tak reti mengeja atau saje menggedik. Menyampah nak mampus aku bila buat entry, wording cam "SHAYER GHASE SY CUMEYL SHANGGGGAAAAT!"  Please lah, please lah. Aku tak boleh terima wei. The whole entries pulak tu. Mabuk aku baca. Apa susah sangat ke nak eja perkataan dengan betul? Bukan ke BAHASA ITU CERMINAN BANGSA? Aku masih boleh terima lagi orang yang guna Manglish sebab blog bukan satu benda formal, tapi kalau dah keterlaluan macam tu, aku rasa sekali tu je lah aku pergi blog dia....


So far itu aje lah yang aku nak cakap. Bukanlah nak kata my blog is PERFECT. Tapi aku rasa kita semua kena berusaha untuk capai PERFECT tu. At least be the best. Jadikan blog ada nilai-nilai intelektual bukannya satu benda yang membazirkan masa. Happy blogging! 



0 komentar:

Poskan Komentar


Top