Sabtu, 29 Oktober 2011

Movie Tak Layan, Sushi Ok Jer!

Salam semua

Aku bukanlah peminat Korea dan Jepun segala bagai. Sampai sekarang aku tak pernah tengok satu pun Drama Korea. Entahlah kenapa. Tak ada hati langsung. Running Man tu just tengok sikit-sikit je. Knowledge aku pasal Korea ni sangatlah cetek ye. 0.01% je agaknya. Kumpulan Penyanyi Korea yang aku tau tak sampai 10 pun. Tapi, akak dan adik aku peminat tegar Korean Drama. Sanggup berhabis beratus-ratus ringgit nak beli DVD bagai. Download sana sini. Kalau balik cuti tu, channel kat TV wajiblah ONE HD tu kan. Geram je rasa. 

Itu cuma part movie je lah. Part makan aku tak tolak. Walaupun baru start tahun ni lah tekak aku ni boleh menerima Sushi. Maklumlah aku kan anak Malaysia. Tekak aku terima masakan Banjar dan Jawa je. Yang lain tu boleh lah terima jugak tapi terkulat-kulat lah nak masuk perut. Kehkehkeh. Tapi, disebabkan kasih seorang akak pada adiknya, ikutkan jugaklah ye. Tadi aku belanja adik aku makan kat Sushi King Kluang Mall. Hampir kopak jugaklah dibuatnya tapi tak kisahlah sebab ni hadiah untuk dia. Exam yang lepas keputusan dia Dean List katanya... so asyik menagih janji je lah pada aku. Selagi tak tunaikan, merengek je manjang! Hehehe. Sorry Seha!


Pening aku tengok sushi pusing-pusing
Wajiblah ada gambar tukang sponsor kan.


Meal adik aku

Meal aku

Green tea je yang aku mampu

Dapat voucher RM 20 and membership card. 10% discount lg... jimat

To my dear adek. Belajar sungguh-sungguh. Senangkan mak dan ayah. Tahniah sebab dapat Dean List. dan lepas ni dapatkan flat ye....Dah senang nanti jangan lupa akak pulak. 


0 komentar:

Posting Komentar


Top