Sabtu, 29 Oktober 2011

Iklan Kosmetik Ini Menghina Kejadian dan Ciptaan Allah SWT!!!

Salam semua

Aku tau dalam dunia hari ni, persaingan dalam arena bisnes memang sangat sengit. Sapa yang tak nak untung kan. Kalau boleh semua orang nak jadi jutawan. Kaya raya. Produk laku ribu-ribu lemon. Barulah gempak jadi bisnesman atau bisneswoman macam tu. Part tu aku tak marah pun. Memang kita digalakkan untuk mencari rezeki di Bumi Allah ni seolah-olah kita akan hidup seribu tahun lagi. 

Tapi ada satu part yang aku kesalkan. Kesal sekesal-kesalnya. Bila doktrin "matlamat menghalalkan cara" diterapkan dalam diri,  itu yang jadi dah tiada lagi sifat kepedulian dalam diri. Aku tak pasti kesalahan ni daripada pihak mana. Tapi yang pasti, ada suatu hinaan dalam pengiklanan produk ni. Korang nilai dan bukak mata hati tu luas-luas. Cuba fikir di luar kotak pemikiran.

Sumber iklan ni : Majalah Wanita *cover depan perkahwinan Eira Syazira*


Korang nampak tak yang aku line merah tu. Kalau masih tak dapat tangkap apa yang aku cuba sampaikan, here it is...

1. "Rahsia Wajah Hodoh Bertukar" ---- Mengucap panjang aku bila baca statement ni. Semata-mata nak lariskan produk sanggup MENGHINA KEJADIAN & CIPTAAN ALLAH SWT. Mengatakan sebaik-baik kejadian Allah adalah hodoh yang bermaksud buruk, keji dan banyak lagi perkataan negatif. Adakah pengeluar produk itu tak percaya dengan ayat kat bawah ni atau dia tak percaya Al-Quran? *nauzubillah* :



Allah telah berfirman dalam surah At-Tin ayat yang ke-4;

لَقَدْ خَلَقْنَا الإنْسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ

"Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya."

Ibnu Khatir telah menjelaskan ayat ini dengan berkata" Allah SWT telah menciptakan manusia dalam sebaik-baik bentuk kejadian, ketinggian dan keindahannya.

Manakala, Al-Maraghi pula berkata "Kami telah mencipta manusia dalam bentuk yang paling baik. Kami jadikan manusia bersifat tegap, bertulang tumit indah, mampu mencapai maksud yang diinginkannya dengan tangannya, tidak seperti haiwan yang memungut sesuatu dengan mulutnya" 


Jadi, pada hemat korang wajar atau tidak promotion keterlaluan sebegitu? Tidakkah pengeluar produk itu menghina Allah SWT semata-mata kerana apa? Yes, keuntungan!


2. "Wajah Hodoh Bertukar" ---- Mampukah seorang manusia biasa mengubah atau menukar kejadian yang terbaik ini? Dalam masa 5 saat pulak tu. Sedangkan Allah mencipta 'sebaik-baik kejadian ini' dalam masa 9 bulan *semasa dalam kandungan* Tahukah pengeluar produk tentang hukum mengubah kejadian Allah? 

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Mas'ud  "Allah mengutuk para wanita yang mentatu dan ditatukan kulitnya, yang mencabut bulu kening dan dicabut bulu keningnya, para wanita yang mengasah giginya untuk kecantikan dan yang mengubah ciptaan Allah".

Huraian:

Maksud mengubah ciptaan Allah s.w.t. ialah membuat perubahan pada ciptaan Allah S.W.T yang telah sempurna secara pandangan umum dan adat atas dasar tidak berpuas hati dengan anugerah itu, bukan kerana memperbaiki atau memulihkan kecacatan. 

Kalau ada yang kata produk tu tidak mengubah kejadian Allah sebab tak termasuk dalam kategori tatu, cabut bulu kening dan mengasah gigi, hanya sekadar memperelok  tapi perkataan "BERTUKAR" tu telah menyebabkan niat pengguna berubah. Bukankah lebih sesuai jika diiklankan sebagai "Wajah Kusam atau Bermasalah Hilang!" Fikirkan ye...


3. Pada hakikatnya...

Masya-Allah, wajah testimoni tu sempurna. Sangat sempurna. Cukup sifat. Bersyukurlah! Cuma kulit mukanya sahaja yang bermasalah. Bukan kejadian atau rupa mukanya! Segala pancaindera terletak di tempat yang sebaiknya sebagaimana orang lain jugak. Bukankah iklan tu menghina kejadian Allah? Satu persoalan lagi, Bukankah iklan tu menjatuhkan maruah dan air muka testimoni tersebut? Kalaulah akak testimoni tu atau mungkin ahli keluarganya seperti anak-anak, suami dan ahli keluarganya baca dan tahu tentang iklan ni, korang rasa akak ni malu tak bila dikatakan sebegitu rupa? *Aku pasti akak ni jadi testimoni tanpa tahu agenda iklan sebegini*


Aku memang terperanjat sangat bila tengok iklan ni. Macam-macam aku fikir. Memang orang nak cepat kaya! Tak kisahlah apa cara, yang penting produk laku dan dapatkan keuntungan. Niat aku bukan untuk memalukan atau merugikan syarikat tersebut tapi aku harap syarikat pengeluar produk D'Herbs Healthy Marketing bersifat terbuka dalam menerima teguran dari seorang pengguna ni dan  lebih berhati-hati dalam mengiklankan produk. Tumpukan pada sensitiviti agama, kaum dan individu.  Jika tak pasti tanyalah pada yang pakar dan dapatkan kepastian sebab itu semua adalah tanggungjawab dan amanah sebagai seorang peniaga yang jujur.

Renungkanlah dengan minda dan hati terbuka bahawasanya diri manusia dan segala makhluk di alam ini adalah hak mutlak Allah S.W.T, Oleh itu kita hendaklah mematuhi segala hukum dan kehendak agama dengan baik. Janganlah tertipu dan terpengaruh dengan tabiat orang yang suka menurut hawa nafsunya disebabkan sikap tidak bersyukur dan tidak berpuas hati dengan ciptaan dan anugerah Allah di mana sikap ini sebenarnya merupakan sikap yang diwarisi daripada syaitan.


p.s: Seperti selalu, aku bukan muslimah yang sempurna tapi aku cuba untuk menjadi muslimah terbaik! 




0 komentar:

Poskan Komentar


Top