Senin, 24 Oktober 2011

Blog Hosting : Apa Perlu Aku Tahu? Bantuan Diperlukan!

Salam semua



Aku tak sure dalam membuat keputusan ni. Sebab aku takde guidance dan aku takde pengalaman dalam bidang ni. Ada basic knowledge je. Tapi masih banyak persoalan yang berlegar-legar. Melalui pemahaman aku ni lah kan *entah betul atau tidak*, hosting ni ibarat kita beli bilik kita sendiri. Kalau under blogspot maksudnya kita menumpang je. Jadi keselamatan blog tak terjamin. Betul ke? Secara amnya, yang aku tahu beberapa kebaikan berhosting sendiri:

1. Boleh elakkan blog daripada hilang sendiri didelete blogspot. Tahap keselamatan meningkat kot.
2. Boleh naikkan trafik blog.
3. Lebih mudah untuk disearch dalam enjin pencarian
4. Nampak lebih "Kelasss Kau Maria" sebab ada '.com' kat belakang URL kita
5. Blog akan secara sahnya milik kita

Ha, itulah basically yang aku tau pasal hosting sendiri ni. Ciput giler kot. Maksudnya banyak benda yang nak tanya. Tapi aku tak tau nak tanya pada sapa dan macam mana. Maklumlah benda macam ni, aku memang akan banyak tanya. Antara soalan yang aku nak tanya:

1. Hosting sendiri tu macam mana sebenarnya?
2. Bayaran tahunan tu, maksudnya setiap tahun kita kena bayar fee lah ye.
3. Hosting sendiri, space akan limited. Kalau nak guna lebih, kena tambah duit lagi? 
4. Bandwith tu semua bagai, apa dia ye?
5. Apa kebaikan paling utama & sebab orang pilih hosting berbanding guna blogspot ni?
6. Tips dan perkara utama yang perlu diambil kira untuk memilih pakej hosting yang terbaik?
7. Macam mana nak transfer semua data blog kita ni? 
8. Kalau tak guna hosting sendiri, tak boleh ke?
9. Ada keburukan atau kelemahan tak berhosting sendiri ni?

Kalau nak diikutkan banyak lagi yang aku nak tanya. Maklumlah, aku tak berapa mahir bab-bab dalaman internet ni. Basic je tau lah. Sebab aku ada terfikir untuk berhosting sendiri ni. Cuma, masih 50-50. Jadi, aku memang berharap sangat ada pihak yang sudi menjawab persoalan aku ni. Tak kisahlah nak jawab kat komen atau nak forward link entry korang yang berkaitan hal ni ke. Lagi aku bersyukur kalau ada yang sudi untuk bincang face to face. Maklumlah, aku ni kan banyak tanya. Kehkehkeh. So, i really appreciate mana-mana blogger yang sudi membantu. Especially yang dah ada hosting sendiri tu. Apa perbezaan yang korang rasa sebelum dan selepas berhosting ni. Atau mungkin ada saranan, pendapat. Apa sahaja buah fikiran korang berkaitan hosting, sangat-sangat aku alukan. Terima kasih! 


p/s: Tiba-tiba rasa macam nak deal project besar pulak. hehehe



0 komentar:

Poskan Komentar


Top